Tuesday, November 30, 2010

1+ A = ?

Cuba anda perhatikan gambar-gambar di bawah.

Kemudian fikirkan apakah isu yang akan aku perkatakan kali ini.

Sedia?

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5
( Semua gambar dengan ikhsan Cik Google )

   Gambar-gambar pelik?Bukan!Aku ingin membicarakan tentang kahwin campur.Sebagai sebuah negara berbilang kaum di Malaysia, perkahwinan campur memang tidak dapat dielakkan.Senario pertama adalah perkahwinan campur antara kaum dan agama.Bagiku boleh saja asalkan pasangan yang asalnya Islam dapat membimbing suami atau isteri yang mualaf.Namun kebimbangan mula melanda kerana ada tanda-tanda pasangan Islam pula yang dibimbing ke agama asal isteri atau suami.

   Senario kedua adalah perkahwinan campur antara suku.Contohnya sama-sama berbangsa Melayu tetapi berlainan suku iaitu  Bugis dengan Jawa.Ataupun sama-sama Melayu tetapi berlainan negeri contohnya Jawa Johor berkahwin dengan Melayu Terengganu.Meskipun sama-sama Melayu terkadang timbul juga masalah komunikasi antara menantu dan mertua.Contohnya : Si ibu mertua, yang berbangsa Melayu dari Terengganu meminta menantunya, anak Melayu negeri Johor, memakan 'timun'.Lalu si menantu pun memakan 'timun' yang biasanya dibuat ulam dengan nasi lemak.Sedangkan maksud si ibu mertua adalah ' buah tembikai' yang dipanggil timun cina di Terengganu.Andai tiada usaha merapatkan jurang komunikasi, masalah juga buat menantu atau mertua.

Tembikai atau timun?


Yang ini timun atau mentimun bagi orang Johor.Tetapi orang Terengganu memanggilnya 'timun batang' 
Timun batang?Habis gelak orang Johor sebab bunyi 'semacam' pula.


Ikhsan daripada forum.mykmu.net
Opps!Yang ini tiada kaitan dengan kahwin campur!

Tepi!Jangan lindung!

Cahaya apa tu?Ooo....matahari!

"Tepi! Jangan lindung!"
"Tu kita punya"

   Dan berlarilah aku ke arah cahaya matahari.Dulu, semasa aku kecil, rumahku adalah rumah kampung berdinding papan.Atapnya aku lupa tapi mungkin atap zink.Oleh kerana rumah kampung, adatlah jika ada lubang-lubang halus yang dapat ditembusi oleh cahaya matahari.

   Zaman kecilku dulu, manalah ada mainan-mainan canggih dalam rumah seperti anak-anak sekarang.Mainan kami anak-anak kampung adalah pondok-pondok, teng-teng, belon acah atau sepak yem.Oleh kerana aku tidak dibenarkan oleh emak untuk bermain lama-lama di luar, maka mainan dalaman menjadi pilihan.Ada bermacam-macam permainan dalaman aku dulu-dulu.Tetapi buat kali ini aku ingin menceritakan tentang permainan tangkap cahaya matahari.

   Berbalik pada atap rumah yang ditembusi sinaran matahari, maka akan terbentuklah bulatan-bulatan cahaya di atas lantai rumah.Berulang kali aku cuba menangkap cahaya dengan tanganku namun ajaibnya ku fikir waktu itu bulatan cahaya akan muncul kembali atas tanganku.Konsep cahaya dan sains tak aku ketahui maklumlah sekolah tadika pun belum aku hadiri.Hingga berpeluh-peluh aku mengejar cahaya berjam-jam lamanya namun cahaya tak mampu ku tangkap jua.

   Kini, bila ku kenang, anak-anak zaman sekarang, dunia mereka seluas lautan.Terokalah apa saja asalkan ilmu dapat dipelajari.Itulah hasil pembangunan negara.   

Jangan kau pilih ular berbisa...

Anda kenal wanita di atas?Jika tidak, bermakna anda ketinggalan satu kes yang boleh meruntun jiwa dan menggelegakkan otak.
Wanita manis di atas adalah Allayarham Fazlina Ahmad

   Benar, beliau adalah allahyarham.Beliau telah meninggal dunia di tangan suami sendiri.Kes pembunuhan beliau sedang dibicarakan di mahkamah dan aku berharap benar agar si pembunuh spesis bukan manusia (tak tahulah nak dikategorikan sebagai apa.Batu kot?Kerana tak berotak ) dapat dibunuh di tali gantung.Nyawa dibalas dengan nyawa.

   Saban hari aku terbaca berita isteri bukan saja didera tetapi juga dibunuh.Nyawa seorang isteri yang sepatutnya disanjung, dijaga penuh kasih sayang, begitu mudah melayang.Jika manusia tidak beragama, mungkin boleh diterima tetapi kes-kes terkini pembunuh kononnya Islam makin berleluasa.Terkadang aku terfikir, lebih baik hidup sendiri daripada menyerahkan nyawa pada spesis badger.Tapi, aku dikatakan bukan umat Muhammad pula jika menjadi andalusia.

   Bila membaca akhbar hari ini, otakku menggelegak tak habis berfikir betapa mudahnya manusia menyerah kepada hasutan syaitan.Islam mengingatkan apabila 2 manusia berlainan jantina dan bukan muhrim,berdua-duaan maka yang ketiga adalah syaitan.Itulah yang berlaku kepada suami allahyarham yang berkhalwat bersama sang kekasih, yang dengan muka tak malu setebal tembok mengaku melakukan hubungan **** sedangkan keduanya bukan suami isteri.Makhluk bertudung beginilah yang menjatuhkan agamanya sendiri.Kasihan ibu dan ayah malah satu keturunan malu mengaku sedaging sedarah.Patutlah si ayah menghalang hubungan terlarang kerana lelaki spesis badger tak layak dibuat suami.


   Buat anda yang juga seorang suami, sayangilah isteri anda sepenuh hati.Jika ada salah dan silap, bantulah isterimu agar rumah tangga bahagia sentiasa.Jika bertemu kekasih baru, janganlah kau campak isterimu sesuka hati kerana mereka bukan patung tidak bernyawa.Buat anak-anak gadis yang masih mencari cinta, carilah suami yang benar-benar setia.Janganlah kau pilih ular berbisa kelak hidupmu yang merana.Janganlah agama kau tolak ketepi semata-mata kerana kekasih hati.

   Buat allahyarham Fazlina Ahmad, hanya Al Fatihah dapat ku sedekah.Moga hidupmu bahagia di alam sana.

       
MOHAFRI ( apa makna nama ni?Jika anda tahu, mungkin boleh berkongsi bersama akan maknanya)
si suami spesis badger.Tenunglah temanmu peneman akhir riwayat.


Semoga makin ramai insan berakhlak mulia seperti adik Muhammad Ahmad Zahid

... atau Ahmad Tirmizi Ali

Semua orang kenal kan?

   Pagi hari ini, sebelum aku memulakan operasi melipat baju ( yang paling aku lemah ), aku ingin berkongsi dengan pembaca setia blogku, tentang betapa aku menyanjung tinggi beberapa personaliti atau tokoh yang bagiku sukar dicari ganti. Tan Sri P.Ramlee?Memang aku sanjung tinggi tapi kali ini aku ingin berkongsi tentang mereka yang masih bernafas di alam ini.


                  
Seniwati Mariani Ismail yang selalu aku kagumi bakat lakonannya.


        
Seniwati airmata Neng Yatimah ( Aku tak pasti sama ada beliau masih hidup atau telah meninggal dunia tetapi aku amat kagum dengan bakatnya )

     
Seniman Aziz Satar yang bagiku umpama bintang terang dunia perfileman.Watak kecil sebagai p****n tua dalam Sutun 1 hingga kini berbekas dalam mindaku.

     
Seniwati Latifah Omar, si Bawang Merah

     
Seniman S.Shamsuddin

Yang berikut ini mungkin ramai yang tak kenal, tapi aku memang kagum bakatnya

M.Ramlee ( berbaju batik) pelakon, penyanyi dan pelawak dari Singapura

Penyampai SINAR, pelawak, penyanyi,pelakon dan penghibur hatiku kala sunyi
Salih Yaacob

Akhir sekali, satu dalam sejuta 

Semua orang kenal kan?

Izinkan aku bersama kekasihku

   Kau tahu aku suka merayau-rayau malam.Kau tahu aku takkan tidur selagi aku tak berjumpa kekasih hatiku ini.Sampai hati kau ganggu aku.Sampai hati kau halang aku bertemu kekasihku.Aku tahu, aku tak punya hak untuk menghalangmu dari menggangguku.Tetapi, kau kasihanilah aku.Biarlah aku sendiri di malam sepi ini tanpa gangguan suaramu.

   Beratus kali aku cuba mengusirmu namun kau datang juga mengganggu malamku.Tidakkah kau malu pada dirimu sendiri kerana kau hanya bertepuk sebelah tangan?Aku tak pernah menerima kehadiranmu.Janganlah kau bohongi aku dengan senyum manismu.Sedarlah!Biar sekerap mana kau cuba mengganggu hatiku, di hati ini tidak akan pernah ada kamu kerana hatiku telah dimiliki.Pergilah kau .......

-
-
-
-
-
-
-

Pergilah kau sang nyamuk pengganggu

Izinkan aku bersama kekasihku ...
-
-
-
-
... Cik Lenovo Ungu

(p's : Orang blogwalking pun tak senang)

Monday, November 29, 2010

BERANI MATI : BLOG AKU BEST

BERANI MATI : BLOG AKU BEST
( Versi Cik Scarlett ; Berani jamin dengan yakin, blog saya best juga)

image
1.Header blog En.Ben ( Tu kat atas tu )

2.Mengapa saya berani mati kata blog saya best
( Seganlah nak puji blog sendiri tetapi sebagai pendidik saya selalu galakkan anak didik saya supaya yakin dengan keupayaan sendiri jadi saya pun kena yakinlah )

   Pada saya, blog saya yang dinamakan SCARLETT'S PETALS cukup BEST kerana ia lain dari yang lain.Saya menjadi diri saya sendiri yang simple dan sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan sama ada sebagai seorang pendidik, teman atau seorang insan dengan blogger atau bukan blogger yang menjadi pembaca.Semua orang boleh buat blog tetapi bukan semua orang dapat menghasilkan blog yang berkualiti, ilmiah dan dapat menjadi rujukan sebagai pengetahuan.

   Saya tahu sekiranya ilmu yang ingin saya kongsi,disampaikan dengan cara 'kuliah' tentu tiada siapa pun yang sudi membaca kerana tentu menjemukan.Maka saya pelbagaikan mood penceritaan atau penyampaian dengan lebih santai dan segar.Buktinya pengikut setia saya bukan saja anak-anak muda celik IT tetapi juga anak-anak baru mengenal dunia yang belajar di sekolah menengah dan kakak, abang yang lebih matang.

   Kesimpulannya, blog saya adalah IDENTITI saya yang takkan sesiapa pun jumpa di blog-blog yang lain.
( Jika ada, beritahu saya supaya saya kenal seorang lagi SCARLETT O'HARA)
p.s: Blog saya romantik.(Kata oranglah.Buktinya lagu Love Story Andy William tu)

3.Kategori blog
Kategori blog saya adalah PERSONAL / PERIBADI  iaitu catatan tulus dari hati

4.Usia blog
Saya blogger anchovy maknanya masih muda sangat umur blog saya ni.Ia telah dilahirkan pada 
8/5/2010.
( Tak percaya? Rujuk entry What a relief!

5.Tujuan buat blog
Tujuan sebenar adalah berkongsi pengalaman dan pengetahuan di samping menambah pengalaman dan pengetahuan sendiri.
Saya seorang yang pemalu ( malu nak mengaku) jadi blog saya adalah medan saya meluahkan perasaan.

6.Apa yang bestnya blog saya
a) Blog saya menggunakan bahasa yang boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar
(BM dan juga BI.Saya kurang menggunakan bahasa short form yang terkadang saya pun tak faham.Saya suka bermain dnegan bahasa contohnya bahasa berirama.Bukan senang nak buat tu kalau tiada bakat.Maknanya BEST lah blog saya ni )
b) Blog saya mendamaikan jiwa dengan warna ungu yang lembut dan taklah berserabut dengan macam-macam widget.
c)Blog yang romantik.( yang ini saya tak rancang )
d)Tulisan ( font ) saya cantik sebab tulah BEST.

7.Sasaran tahun depan ( sehari berapa UV )
Unique Visitors?Kalau boleh sampai beribu-ribulah.Lagi ramai lagi bagus.Tercapai hasrat berkongsi ilmu.
p.s:Makna UV tu betul tak?

8.Pastekan URL kat blog En.Ben
Ok.Saya buat ek.( slanga orang Johor )

p.s: Maaf En Ben.Terpanjang pula entry ni.Harap masih boleh diterima ya.

TERIMA KASIH

Kazar dan Katak kelakar.

    Habis saja menonton Putera Katak slot Legenda TV3, aku terus mengadap Cik Lenovoku ini.Buat masa ini aku beri 3 bintang.Rupa-rupanya putera katak kelakar.Dialog pun kelakar.Biasanya Syarifah Abu Salem buat skrip romantik ala-ala "Kuala Lumpur Di Mana Suamiku'.Tapi tak mengapa, kerana bila watak Tini lakonan Nora Danish telah berjumpa dengan putera katak ( Zizan Nin ) tentu bertukar romantik.Kalau tak pun komedi romantik.Oklah tu.


   Watak yang lain biasa saja cuma watak Nenek Sihir lakonan Mak Jah nampak paling menonjol.Macam ahli sihir betul!Lain rupa Mak Jah.Tambah cantik bila disolek.Yang paling aku suka ( dan  teruja ), tak ku sangka watak bapa si Tini ,Kazar yang bawa.Seronoklah aku kerana berilah apa juga watak, Kazar tak pernah menghampakanku.Dan esok terpaku lagilah aku di depan TV menonton Kazar si bapa Tini.Buat ASTRO, terima kasih kerana siaran terang dan jelas walau pun hujan tak berhenti turun.

Akhirnya dapat juga ku google foto macho Kazar.Latar pink pula tu!

Susah juga cari gambar Mak Jah.Yang ini Mak Jah dan Pakcik Hamid Gurkha.

Bagi yang ada masa, silalah menonton Putera Katak di TV3.Masa tayangan.....lupa pula kerana aku jarang menonton TV3 sebenarnya kerana iklan melampau banyaknya.
(Opps!Maaf ye TV3)

Oiii!Buang tebiat ke?



   Apakah perkataan jika dieja dari kanan bunyinya sama sekiranya dieja dari kiri? Jawapannya ialah : K A T A K!Hari ini aku ingin bercerita tentang katak.Bukan kitaran hidup katak kerana aku bukan guru Sains.Salah fakta pula nanti.Aku ingin bercerita tentang pengalamanku dengan katak waktu aku kecil dahulu.

   Seperti yang pernah aku ceritakan, sejak aku mula pandai membaca aku memang obses dengan cerita dongeng.Salah satunya adalah kisah putera katak.Aku baca buku yang ku pinjam dari perpustakaan itu berulang-ulang kali.Maka terpengaruh jugalah aku.Maklumlah gadis kecil 7 tahun, tambah pula zaman kecilku manalah tahu fakta atau fantasi.

Inilah contoh buku yang 'merosakkan' fikiranku

   Maka aku berangan-angan untuk memiliki putera kacak dengan mencium sang katak.Zaman kecilku, rumahku adalah rumah kampung.Waktu itu air paip pun belum ada.Emak menadah air hujan dalam tempayan untuk kegunaan di bilik mandi.Di situlah aku selalu melihat seekor katak puru yang agak-agak sebesar genggaman tanganku.

Gelinya!!!!Macam manalah aku boleh jadi lurus bendul dulu?

    Suatu hari tanpa pengetahuan sesiapa apatah lagi emak yang garang seperti singa, aku telah menangkap si katak puru berwarna kelabu.Dalam hati berkata,"Inilah agaknya putera katak yang ditunggu.".Lalu ku dekatkan si katak ke mulutku.Tiba-tiba," Oiiii anak dara!Buang tebiat ye!Katak pun nak dicium!Pergi buang jauh-jauh!" Tercampak sang katak dek terkejutnya aku melihat emak terpacak di belakang.Nasib baik emak datang, kalau tidak, sampai sekarang agaknya aku gelakkan diriku sendiri.Lurus bendulnya aku.

    Petang nanti, aku pasti takkan melepaskan peluang menonton Putera Katak lakonan Nora Danish dan Zizan Nin.Cuma harapanku, janganlah hujan lagi ( waktu ini hujan mula turun mencurah-curah) kerana jika hujan musnahlah harapanku menonton Putera Katak.Kenapa?Tanyalah ASTRO.

Nora Danish dalam Putera Katak TV3

"Siapa kata aku tak kacak?" kata sang katak

Lebih kurang katak puru je rupa katak ni.

Aku pun tak tahu

  " Cepat sikit bersiap!Ayah dah nak pergi tawaf ni."

   Aku pun dengan segera mengikut ayahku menuju ke kaabah.Sungguh damai rasa hatiku.Suatu perasaan yang sukar aku gambarkan.Aku tak pernah menyangka bahawa aku berpeluang menunaikan haji,mengucup hajaraswad dan melihat kaabah dengan mataku sendiri.

Hajar aswad

   Selesai tawaf, ku lihat orang ramai berpusu-pusu menuju ke suatu tempat.Aku tak pasti apakah tempat tersebut.Namun yang nyata, aku melihat cahaya kehijauan yang amat indah seolah-olah terpancar daripada sebutir permata.Aku cuba untuk menuju ke arah cahaya tersebut tetapi ayahku menarik tanganku dan kami segera berjalan  ke arah selatan.


Kaabah yang ku lihat

   Dengan sekelip mata, kami telah berada di hadapan masjid Nabawi.Alangkah indahnya masjid yang kulihat dilimpahi cahaya kebiruan.Kami melangkah masuk ke dalam masjid tersebut untuk menunaikan solat sunat.Aku terkejut yang amat sangat kerana di kananku dipenuhi manusia yang besar dan tinggi.Aku dan ayah hanya separas pinggang mereka sahaja.Sebaliknya di kiriku, dipenuhi manusia kecil hanya sebesar ibu jariku.Hampir-hampir aku dan ayah memijak mereka.Kesemua mereka sedang khusyuk beribadat dan kami berpeluang solat berjemaah bersama mereka.

Masjid Nabawi indah dilimpahi cahaya kebiruan

   Selesai solat, ayah mengajakku ke pasar kurma.Aku terlalu asyik melihat ragam orang-orang yang sibuk di pasar hinggakan aku tak sedar ayah telah hilang dari pandangan.Puas ku cari tak kutemui.Aku berjalan pantas menuju ke tempat penginapan.Tiba-tiba sayup-sayup ku dengar azan subuh.Ku buka mataku.Rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

Pasar kurma seperti dalam mimpiku

   Mimpiku cukup indah.Mungkin aku terlalu rindukan ayah yang masih berada di tanah suci.Ku tunggu kepulangan ayah pada 5 Disember ini.Makna mimpiku?Aku pun tak tahu.

Sunday, November 28, 2010

Kazar @ Kazarudin Saisi


   Sutun?Kenapa Sutun?Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang Sutun 1 atau Sutun 2 tetapi aku teringin sekali menulis tentang Kazar, yang memegang watak bapa si Sutun aka adik.Aku memang minat sungguh pada si Kazar ni.Kalau tak silap namaya Kazarudin Saisi.Dulu Kazar seorang penyanyi tetapi entah masa bila bertukar menjadi pelakon pun aku tak ingat.Namun lakonan Kazar bagiku kelas satu biar apa pun watak yang diberikan.

Tentu anda kenal kan yang mana satu Kazar?Tentulah yang kacak beruniform tu.
Gambar dipinjam daripada AyoiAyeenFasha

   Buat ke sekian kalinya, aku tak pernah ketinggalan menonton lakonan Kazar.Contohnya drama Dalil Cinta yang sedang diulang tayang waktu aku menulis entry ini.Aku tak kisah andai pilihan ku atau seleraku selera orang tua kerana bagiku Kazar memang pelakon sejati.Semoga beliau terus aktif berlakon menghibur hatiku yang sunyi.

p.s: Kalau tak silap dulu rambut Kazar ikal ala kerinting tetapi sekarang botak.



"Ani!Kenapa tak tunggu abang?"

   Aku jarang menonton filem.Apatah lagi untuk ke panggung wayang.Namun aku sering juga mengikuti berita terkini tentang filem-filem Melayu di pasaran.Contohnya filem 2 Alam yang tenggelam.(Opss!Maaf Dr.Rozmey!)Aku juga pernah mendengar promosi filem Mantra semasa musim tayangannya mulai 15 Julai lalu.Seperti biasa aku anggap filem-filem Melayu seperti lauk tak cukup rasa.

   Tetapi pandanganku berubah apabila aku menonton filem Mantra di Astro ABO.Niat asal hanya untuk membuat mataku mengantuk selepas penat melawat ke blog teman-teman.Namun hinggalah filem ini tamat kira-kira jam 3 pagi, mataku masih segar enggan tidur lagi.Rasa puas menonton Mantra.Ada juga filem Melayu bagiku yang cukup hebat dan berkualiti.


   Meskipun aku tak sempat mengenali pelakon-pelakonnya, aku beri 5 bintang buat semua kerana bagiku lakonan mereka sungguh bermutu.Terutama Zul Handy Black ( kalau tak silap ) yang memegang watak Muzir.Suaranya cukup enak didengar semasa berkata, " Ani!Kenapa Ani tak tunggu abang?" dengan ekspresi wajah yang sungguh berkesan.Rasa bersalah pula kerana selama ini aku jarang menonton filem Melayu kecuali filem-filem P.Ramlee.


Babak pertarungan antara Muzir dan Hasbi.

   Aku tak pasti berapa kutipan semasa filem ini ditayangkan.Tinggi atau rendah bagiku bukan masalah kerana pengarah dan tenaga kerja filem ini telah berjaya menunjukkan kerja yang berkualiti.


Zul Handy Black patut diberi peluang lagi untuk memegang watak utama dalam mana-mana filem.

Haa....Yang ini aku selalu juga lihat lakonannya.Kalau tak silap namanya Hamdan.


Watak hantu hitam berulat yang sering muncul, walau siapa pun pelakonnya juga aku beri pujian kerana berjaya membuatkan jantungku berdegup laju.


Babak di penjara awal-awal lagi telah meremangkan bulu roma.


Wanita cantik seksi ini sebenarnya bukanlah manusia tetapi hantu.Yang ini  yang aku tak suka kerana tak menjejaskan cerita andai si hantu menyamar ni tak berkemban seksi.


Walau apapun sekali lagi sekalung tahniah buat tenaga kerja Mantra kerana berjaya membuatkan aku celik mata  walaupun penghuni bumi yang lain telah lama diulit mimpi.


Barisan pelakon yang menjayakan filem "Mantra". Dari kiri Hasnul Rahmat, Mon Ryanti,
Ana Dahlia dan Zul Handy Black. 

(Gambar dipinjam daripada Tupai )

Tolong!Tolong!Aku rentung!


Gambar dipinjam daripada Cik Google

  " Alamak!Rentung ketupat aku!"
   
   Itulah ayat yang laju terpacul dari mulutku semalam.Entah kenapa teringin benar aku makan ketupat walau pun musim raya haji baru saja berlalu.Kebetulan masih ada sebungkus lagi ketupat mini segera jenama Nona maka dengan segera aku merebusnya.Aku gunakan periuk nasi elektrik comelku yang berbunga-bunga.Adat memask ketupat, mestilah rajin menambah air supaya masaknya cantik dan sekata.

   Sambil menanti masa menambah air, aku pun duduk menghadap Cik lenovo unguku.Wah!Ada entry baru dari En.Ben Ashaari.Maka aku pun terus menghantar penyertaan.Tiba-tiba aku teringat, aku mesti menghadiri Majlis Dialog bersama MPPG.Dengan segera aku menyiapkan entry untuk En.Ben dan bergegas ke majlis yang dimaksudkan.Langsung aku tak teringat ketupat miniku.


   Selepas lebih kurang 1 jam, aku pun pulang dan perut mula berkeroncong.Aku menuju ke periuk nasiku dan ku lihat ketupat miniku seolah-olah menjerit meminta pertolongan.Tolong!Tolong!Aku rentung!Mujur aku segera pulang kalau tidak mungkin dengan rumahku sekali rentung dek kerana penyakit lupaku.Mulai saat itu, aku sentiasa mengingatkan diriku sendiri agar tidak cuai lagi walau apa pun yang aku lakukan.

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI
( VERSI CIK SCARLETT : MELAWAT KE BLOG CIK SCARLETT DAN EN.BEN ASHAARI)
< CIK SCARLETT UBAH SIKIT TAJUK TU SEBAB BUNYI GANAS SANGAT TAK SESUAI DENGAN PERSONALITI CIK SCARLETT>

5 entry di blog En.Ben Ashaari yang saya suka adalah :


5 entri dari Scarlett's Petals yang berbaloi dibaca adalah :

( Sebenarnya banyak lagi entry yang berbaloi dibaca.Tak percaya? Jemputlah baca ya!Syarat penyertaan terakhir iaitu tinggalkan link url Scarlett's Petals telah pun dilaksanakan.)
Layak bertanding kan En.Ben?



Kalaulah aku....

   Melihat si Rapunzel yang jelita dengan rambut yang panjang mayang mengurai, tiba-tiba aku teringat pula kenangan di zaman kanak-kanakkku.Aku dulu hanya bersekolah kampung.Tinggal juga di kampung.Zaman TV hitam putih lagi.Maka aku amat teruja melihat gambar-gambar berwarna dalam buku-buku di perpustakaan sekolahku.

   Antara buku-buku yang sangat aku gemari adalah dongeng inggeris dan tentunya watak-watak puteri ciptaan Walt Disney.Aku sanggup tak makan pada waktu rehat asal dapat membaca dan menatap wajah puteri-puteri jelita yang ku sangkakan benar-benar wujud waktu itu.Hinggakan aku memasang angan-angan untuk menjadi seorang puteri bila aku dewasa.

   Minatku pada watak puteri terbawa-bawa hinggalah kini meski pun aku bukan gadis sunti lagi.Semasa di UKM, jika teman-temanku mengusung fail ke hulu ke hilir, yang ku usung adalah buku nota dengan kulit wajah pelbagai watak puteri.Hinggalah kini aku masih lagi obses dengan puteri.Oleh itu jadilah aku penggemar setia cerita-cerita dongeng seperti Ulik Mayang atau pun hikayat-hikayat Melayu lama.

Aku pernah berangan-angan untuk memiliki Prince Charming.

Yang ini pun wujud di zaman kanak-kanakku

Cinderella yang ingin sekai aku temui waktu aku kecil dahulu

Puteri-puteri yang pernah menjadi teman imaginasiku waktu kecil dulu.

Puteri-puteri Ulik Mayang yang membuatkan aku jatuh cinta pada Terengganu


Enchanted

Little Mermaid