Mangsa kemalangan di Kilometer 36, Jalan Genting Sempah,yang kini kudung sebelah kaki
Sedang aku berjalan-jalan sambil bersarapan di alam siber pagi ini, aku terdengar berita ringkas di Sinar.Pemandu bas kemalangan Kilometer 36, Jalan Genting Sempah, mengaku memandu dengan satu tangan kerana cacat.What?Aku rasa pelik.Bukan aku menidakkan keupayaan orang kurang upaya tapi memandu sebuah bas dengan lebih 40 nyawa bagiku tindakan orang tidak berotak!Entah-entah lesen memandu pun tiada!Betul-betul aku geram kerana orang beginilah yang merosakkan nama Malaysia kerana orang luar menganggap kita bangsa tidak berperaturan.
Memang benar malang tidak berbau tetapi memandu bas dengan sebelah tangan seolah-olah membunuh penumpang yang ada.Akibatnya banyak nyawa melayang dan ramai yang bukan setakat cedera tetapi cacat seumur hidup.Maaf boleh dipinta tapi apa gunanya kerana ia takkan dapat mengembalikan mereka yang pergi atau menggantikan kaki atau tangan yang tiada.Betul-betul tidak berotak mengalahkan spesis katak!Harap-harap setimpallah hukuman yang bakal diterima kerana orang otak di lutut begini tak patut hatta dibiar hidup!
2 comments:
setiap orang ada alasan. Cuma untuk diterima pakai atau tidak.
Singgah sini :D
kalau x silap drebar bas tu India..
xde lesen plak tu..
Post a Comment