Selasa : 2 Nov 2010.Perhimpunan harian sedang dijalankan di dewan terbuka sekolah kami.Ia digelar 'dewan terbuka' kerana ia benar-benar terbuka.Maksudku ia terbuka kerana hanya berbumbung dan tiang tanpa dinding.Telah bertahun keadaan yang sama 'dideritai' oleh anak-anak didikku.Bangunan yang tak sampai separuh siap itulah tempat kami berteduh dari panas dan hujan semasa perhimpunan.Aku kasihan melihat anak-anak didikku yang rata-rata berpakaian kemas licin bergosok dari rumah, tetapi terpaksa bersesak-sesak bersila atas simen sejuk berhabuk.Kalaulah aku seorang jutawan, akan ku siapkan dewan indah berhawa dingin buat anak-anak didikku.Namun,siapalah aku...
Bulu halus mulusmu umpama anak-anak didikku yang tulus
Setiap kali perhimpunan, anak-anak didikku juga terpaksa sentiasa berwaspada.Bukan peluru atau bahaya datang menyerang tetapi di bumbung dewan merpati bersarang.Kasihan anak-anak didikku yang terkena buangan si burung.Bukan sekali, malah berkali-kali.Terkadang aku senyum sendiri ,gelihati melihat anak-anak didikku tak senang duduk cuba mengelak si burung yang galak.Dengan bunyi bagai baung dalam bangkar, aku terbayang anak-anak didikku seperti anak ayam baru menetas.Anak-anak didikku terlihat tetap tulus dan ikhlas semulus bulu-bulu ayam gebu baru menetas! Namun, anak-anak didikku anak ayam yang tegar dan takkan undur biar bumi bergegar!Dan aku ingin menjadi si ibu ayam yang tetap melindungi biar apa pun terjadi!
Anak didikku si ayam tegar
Aku ingin menjadi seperti ibu ayam ini
0 comments:
Post a Comment