Tuesday, November 19, 2019

Di sebalik kejayaan The Haunted House ku.......

   Tahun 2019 telah meninggalkan seribu kenangan buat aku sebagai seorang guru.Selain merana 4,5 bulan kerana mengajar 8 kelas (patutnya maksimum 5 kelas je),banyak juga kenangan manis yang tersimpan.Antaranya adalah, pengalaman menguruskan The Haunted House @ Rumah Hantu semasa Karnival Keusahawanan bulan Julai lalu. Dari awal aku dah plan, by hook or by crook, tahun ni aku nak juga buat Rumah Hantu.Tak kira.Dah Masuk 15 tahun aku di sini, tak pernah sekali pun ada Rumah Hantu.Asyik-asyik jualan makanan.Jadi aku nakkan kelainan.

   Awalnya, kos jadi masalah kerana nak buat hantu tu, perlukan duit.Jadi, aku sajalah tanya pendapat anak-anak murid aku cara nak jimat kos.Kelas pertama aku tanya adalah 2 Gemilang.Cadangan mereka adalah, kami buat sendiri hantu-hantu tu menggunakan bahan terbuang.Maka satu kelas tu bekerjasama membuat pocong dari suratkhabar.Mulanya kami balut dengan mahjong paper.Yes!Jadi!Dalam masa sejam tu, siaplah 10 ekor pocong saiz mahjong paper.Bersemangat sungguh budak-budak tu!


Inilah antara hasilnya.

   Kemudian, untuk promosi, aku adakan pertandingan melukis poster Rumah Hantu di kelas 2 Dinamik. Fuyoooo!!!Hasilnya sangat memuaskan.Tak sangka berbakat sungguh anak-anak murid aku.Tengok poster pun dah seram. Cadangan anak-anak murid aku untuk buat salinan poster-poster tu dan tampal di setiap kelas dan laluan yang strategik sebagai promosi.Kami juga bincangkan tentang harga tiket.Cadangan awal RM5.Kemudian tukar ke RM4. Tuan pengetua mintak lagi murah iaitu RM2.Oklah.Final desicion, RM2 untuk warga sekolah dan RM4 untuk orang luar.Karnival ni peringkat negeri dan melibatkan banyak daerah serta kunjungan guru dan murid luar.Kami makin teruja!Yeah!! Awalnya aku buat untuk 300 tiket dengan nilai RM600.


Team kaunter tiket.Terbaiklah anak-anak murid aku.
Jaga kaunter pun jadi hantu juga.
Ikut tema.

   Sebenarnya English Language Society sesi pagi dan petang yang uruskan The Haunted House ni.Tapi kami libatkan mana-mana murid bukan ahli yang berminat.Maka berpuluh-puluh lah yang terlibat.Seronok! Langkah seterusnya adalah perbincangan antara guru.Kami setuju untuk mewujudkan section Annebelle, tanah kubur, pocong, tengkorak, pontianak  dan lain-lain lagi.Selain dummy, kami juga perlukan murid menjadi hantu.Jadi wujudlah hantu-hantu mengikut section masing-masing.Macam-macam ada.Solekan pun hasil kerja murid sendiri.

   Untuk menjadikan Rumah Hantu tu satu realiti, kami perlu mewujudkan labah-labah gergasi, eyeballs with blood, orang-orang, tengkorak, kubur, pontianak, keranda, mumia, kelawar dan macam-macam lagi.Entah berapa kelas yang bergotong-royong menyiapkan semua props yang perlu dan yang seronoknya kos sangat minimum.Kami cuma gunakan bahan terbuang seperti kotak, surat khabar dan lain-lain.Kos cuma untuk lampu-lampu kecil, bateri, cat dan masking tape.Sehari sebelum karnival pun kami masih lagi bertungkus lumus menyiapkan semua yang perlu.Bila siap, kami susun semua props dan hantu dan kami  masukkan lighting dan sound effect.Dengan cahaya yang sangat minimum, Astana Bahasa @ kelas bahasa kami bertukar menjadi The Haunted House!!! Betul-betul menyeramkan!Tu belum ada hantu-hantu yang berkeliaran!



   Hari yang dinanti-nantikan pun tiba.Pagi-pagi lagi anak-anak murid aku dah bekumpul untuk mekap dan pakai kostume.Kami, guru-guru, langsung tak campur tangan.Semua inisiatif anak-anak murid kami.Mekap pun mereka bawa sendiri.Aku betul-betul terharu dengan komitmen mereka.Pada masa yang sama, guru-guru perlu berada di dewan untuk majlis perasmian rasmi peringkat negeri.Masing-masing memakai kostume yang telah ditetapkan dan bersedia di section ditentukan seperti di tanah pekuburan, dolls corner dan menyorok dalam almari.Selain di section, ada juga yang ditugaskan untuk roaming around dalam Rumah Hantu.Kami juga sediakan bodyguard  di pintu masuk dan pintu keluar untuk mengelakkan kejadian tak diingini.Ada juga yang bertugas merayau seluruh kawasan sekolah menjadi promoter dengan lengkap bermekap in character sebagai hantu.



Mumia dalam keranda.Ni coffin untuk literature class 2 tahun lepas.

   Selesai majlis perasmian di dewan, menderu-deru pengunjung ke Rumah Hantu.Kami ada sediakan photo wall untuk pengunjung bergambar tetapi kerana ramainya pengunjung, photo wall pun dah tak rupa photo wall.Tinggal banner Rumah Hnatu je yang nampak kerana kami gantung tinggi.Tak sampai sejam, tiket semua sold out.Anggaran nilai tiket adalah RM600.Jadi terpaksalah aku buat tiket baru hingga nilai dalam RM1500.Sold out juga dan aku tambah hingga RM2000.Tak sangka!Macam pisang goreng panas!Beratur punyalah ramai sampai hujung.Menunggu hingga 2 jam untuk masuk kerana sekali masuk kami benarkan cuma maksimum 5 orang untu mengelakkan kecederaan. Dalam ramai-ramai yang beratur tu, aku nampak seorang budak kenit umur dalam 3,4 tahun.Ala... Kesiannya beratur panjang.Siap beli tiket pulak tu.Aku pulangkan duit tiket dan pimpin budak tu masuk Rumah Hantu.Kira express lane la.Buka je pintu Rumah Hantu tu, si kenit tu kejung tak nak bergerak!Terpaksalah aku dukung sampailah pintu keluar.Hahaha!Harap-harap tak sampai jadi mimpi ngeri.



Si Grim Reaper dan pengunjung.Di belakang tu la photo wall kami 
sebelum musnah dilanda tsunami pengunjung

   Oleh kerana terlalu ramai yang beratur, kami terpaksa tutup kaunter tiket 2 jam awal.Yang dah beli tiket, bergilir-gilir masuk hinggalah pengunjung terakhir.Walau bagaimana pun, ada lagi yang merayu-rayu untuk masuk.Kami redha je la.Bayar RM2 dan masuk tanpa tiket.Selain warga sekolah, ramai juga orang luar yang masuk dengan bayaran RM4.Team tiket, terus mengira jumlah kutipan.Wow!!! Kami berjaya kutip RM1219!Jumlah yang langsung kami tak jangka.Modal tak sampai RM200.Kami juga dipilih sebagai juara untuk kutipan tertinggi.Hilang semua rasa leih lesu berhari-hari menyiapkan prop dan lain-lain.Terima kasih kepada team English Language Society, guru-guru English dan semua yang terlibat.Akhirnya suatu yang mustahil telah menjadi kenyataan.


Cara buat tengkorak yang mudah dan jimat


   Tada!!!!!Hari ni aku tunjukkan cara buat tengkorak pulak ye. Tengkorak ni team rumah hantu aku buat sempena Karnival 3K bulan Julai lalu.Adalah dalam 30 biji tengkorak yang kami buat.Kos? Ilek!Macam mana caranya? meh aku ajar.Pertama sekali, kita mestilah sediakan bahan-bahan yang diperlukan:
1.   Suratkhabar lama
2.   Cat putih ( Aku tak beli tau.Guna cat lebih-lebih yang ada)
3.   Selotap atau masking tape
4.   Tali
5.   Cat hitam 

Cara-caranya:
1.Buat bola suratkhabar beberapa lapis hingga besar saiz tengkorak yang kita nak.
2.Bentukkan seperti bentuk tengkorak.
3.Balut dengan selotap atau masking tape.Tekankan sedikit bahagian yang berlekuk supaya jadi bentuk tengkorak tu.
4.Cat dengan cat putih dan biar hingga betul-betul kering.
5.Bila dah kering, lukis atau catkan bentuk mata, mulut dan gigi.Kalau suka, boleh contengkan sedikit dengan cat merah seperti darah.
6.Biarkan kering.
7.Bila dah kering, lekatkan tali untuk gantung atau ikut suka nak letak macam mana.
   Dah pun siap.....SELAMAT MENCUBA!