Sunday, February 6, 2022

Bila rebung berjaya dilentur...

      Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Begitulah kata peribahasa kita.Betul sangat-sangat.Aku setuju.Sebab itulah di sekolah, selain pendidikan mengikut sukatan @ silibus yang telah ditetapkan, pengisian rohani (untuk anak-anak beragama Islam) setiap hari diterapkan.Kami bukan mahu membentuk generasi ekstrim yang semata-mata bijak dalam agama.Tidak!Tidak sama sekali!Tetapi kami inin membentuk generasi yang seimbang dunia dan akhirat.

     Oleh itu, setiap hari semasa perhimpunan, sementara menunggu masa masuk ke kelas, anak-anak di sekolah aku akan bersama-sama membaca surah Yaasin atau pun Al Mathurat.Biasanya dibimbing oleh pemimpun-pemimpin murid seperti pengawas sekolah, pengawas surau, ketua kelas dan sebagainya.Tetapi hari ini, oleh kerana banyak kelas yang telah dicutikan kerana persediaan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia,seorang murid bukan dari kalangan pemimpin murid, telah diminta untuk mengetuai bacaan Yaasin. 

     Masya Allah.... Bila keluar saja suara anak tersebut, seperti ada sesuatu menjentik hati aku dek kerana merdunya suara dan bacaannya.Meski ada sedikit kesalahan Tajwid, namun ia cukup baik bagi seorang anak tingkatan 2.Suara dan bacaannya mampu menginsafkan hati yang masih leka dengan hal dunia.Di luar sana, jangankan anak-anak seusia dia, orang dewasa pun masih ramai lagi yang buta Al Quran.Yang takkan mahu atau mampu menjadi pemimpin bacaan Al Quran dalam majlis atau pun di rumah.Paling malang, masih ramai yang terlalu alpa dengan urusan dunia!

     Anak sebaik itu, aku rasa mungkin telah biasa terdidik dengan suasana beragama di rumah.Maka dia tidak kekok seperti setengah-setengah yang lain.Mudah-mudahan, anak itu, Nurashraf Danish bin Mohd Khusni, akan terus terhindar dari tipu muslihat dunia dan terus membesar menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.Moga suatu hari nanti, Nurashraf Danish bin Mohd Khusni akan menjadi seorang bapa yang mampu mendidik dan menghasilkan lebih ramai Nurashraf Danish bin Mohd Khusni yang baru.Aamiin.....






0 comments:

Post a Comment