Friday, August 31, 2012

Ayam seksi yang miang.18sx

Tak malu betul!
Dahlah te***j**g bulat!
Suara pulak macam katak bentong!
Ada hati nak goda orang!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE. Best oi!


Semua nak gangnam.
Aku pun nak jugak!
Ni parody terbaik yang aku jumpa.

Resipi tapai pulut yang manis dan lazat.

   Siapa suka makan tapai pulut?Selalunya kita beli je kan?Tapi, takkan nak beli je?Dahlah mahal, sikit sangat pulak tu.Apa kata kita buat sendiri tapai pulut ni.Nak kata susah, tak le sesusah masak rendang.Nak kata senang macam buat pavlova pun tak juga.Pendek kata, sedang-sedang saja.Macam lagu dangdut Iwan pulak dah.Kalau dah siap dnegan pen dan kertas, apa kata catat resipi yang biasa aku ikut ni.

   Mula-mula, tentulah kena pergi kedai beli bahan-bahan yang diperlukan.Apa kata try sekilo beras pulut cantik punya dulu.Cari beras pulut yang sihat tau jangan cari yang kena jangkitan kutu.Jangan lupa beli sebiji ragi putih suci saiz duit syiling 50 sen dulu punya.Yis tak boleh!Kalau tak tau apa itu ragi, tak dapeklah den nak nolong.Biasanya ragi ni aku beli di kedai runcit biasa.Di Tesco atau Jusco atau lain-lain tempat standard tak taulah ada ke tak.

   Kemudian, bersihkan beras pulut tu dari apa pun anasir perosak.Kemudian, rendam dalam 5-6 jam.Lepas tu, sediakan pengukus.Toskan pulut dan bila air dalam pengukus dah mendidih, kukuslah pulut tu.(Letak beras pulut dalam pengukus yang berlubang-lubang tu dan cucuk-cucukkan sikit beras tu supaya cepat masak) Ni kena tau teknik ni supaya beras tak berterabur.Kalau tak tau, cuba tanya orang tua atau pakar masak macam Mat Gebu Tiffin biru.

  Bila pulut dah separuh masak, keluarkan dari pengukus.Tuang atas dulang dan arunkan.(Arun ni maknanya jirus segelas air atas pulut tu dan gaul rata-rata.Tujuannya supaya pulut tak keras kedangkuk) Perkataan lain untuk arun, kalau di Terengganu, 'arung'.Tempat lain tak pastilah pulak.Yang pasti bukan Harun Salim Bachik.

   Lepas arunkan, masukkan balik dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak.Pastikan air dalam pengukus sentiasa ada.Kalau tak rentung pulak pengukus tu.Bila dah masak, sejukkan pulut tu betul-betul.Tapi tak payahlah masukkan dalam peti sejuk.Biar dia sejuk secara semulajadi jangan main paksa.

    Bila dah sejuk, ambil tapis air atau tapis santan yang diperbuat daripada steel( lupa BMnya apa) yang bersih, parutkan ragi tadi rata-rata atas pulut tu.Tujuan guna tapis tu adalah, supaya ragi yang ah diparut atau disagat menggunakan tapis tu, secara tak langsung turut ditapis supaya yang jatuh atas pulut tu, halus dan tak berketul.Bila dah sudah, gaul rata-rata dan pastikan semua pulut tu kena ragi.

    Langkah seterusnya, bubuh pulut tadi dalam bekas sepatutnya.Kalau zaman dulu bubuh dalam pasu buat bahulu tapi zaman sekarang, bubuh dalam bekas plastik atau tupperware pun boleh.Cuma, ayah aku kata, jangan guna bekas ayan atau steel nanti tapai tu masam.Dah sudah tu, kalau ikut petua orang lama, bungkus dengan 2,3 helai kain.Orang dulu guna kain batik.Kita gunalah kain yang 'tak batik'Hahaha!Janji bungkus.Ayah kata, elok simpan bawah katil supaya cepat masak.Sebenarnya untuk elak anak-anak curi-curi makan tapai tu.Karang tak masaklah tapai tu.

   Selepas 2,3 hari, pulut tadi akan menjadi tapai pulut yang manis leting kata orang Teganu. Tapi nasib jugalah sebab kalau ragi tak elok, simpan setahun pun tapai tu tak manis.Kalau ini yang berlaku, tabur jelah gula yang dah dikisar rata-rata.Manis tapi tak sesedap manis original menggunakan ragi yang baik.Petua untuk ragi yang baik adalah warnanya putih bersih.Ok, itu jelah caranya.SELAMAT MENCUBA!



Mmmm... kecur air liur!
Makan tapai dululah.

   

Guru wanita tercantik di Malaysia.

Tada.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kenal tak?

JANGAN MARAH!

-
-
-
-
-
-

AC Mizal
Gambar versi jantina original.

Resipi Panna Cotta

   Selepas puas makan homemade pavlova, rasanya teringin pulak nak makan panna cotta atau 'cooked cream' sejenis dessert yang sangat sesuai sebagai pencuci mulut.Asyik makan kuih kole kacang atau kuih koci untuk pencuci mulut pun jemu juga kan?




panna cotta

Resipinya macam ni...

1 bungkus ( 7 gram ) serbuk gelatin tanpa perasa
1/4 cawan ( 60 ml) susu sejuk ( susu sejat )
2 1/4 cawan ( 540 ml ) krim putar ( aku pilih non dairy sebab aku tak suka susu)
1/2 cawan ( 60 gram ) gula ising
1/2 sudu teh esen vanila.
Buah-buahan atau coklat untuk tambah sedap dan cantik.

Caranya:

1. Sediakan satu mangkuk
2.Renjiskan serbuk gelatin pada susu sejuk.
3.Biarkan 5 - 10 minit.Campuran tu akan jadi lembut dan seolah-olah macam span.
4.Sementara tu, campurkan krim putar dan gula dalam periuk kecil atau saucepan pun boleh.
5.Didihkan sekejap dan jangan lupa kacau rata supaya gula larut.
6.Bila telah cukup panas, tuangkan pada campuran gelatin dan susu sejuk tadi.
7.Gaul rata hingga gelatin betul-betul larut.
8.Kalau gelatin tak cukup larut, panaskan sikit atas api sambil dikacau rata.
9.Kemudian, masukkan esen vanila dan kacau lagi.
10.Bila dah sebati, tuang dalam mangkuk dessert atau apa-apa bekas yang sesuai.Cawan aiskrim pun boleh.
11.Sejukkan sampai betul-betul sejuk dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
12.Kalau nak sediakan sehari atau dua sebelum dihidangkan pun boleh.
13.Untuk lebih sedap dan cantik, taburlah apa-apa buah yang sesuai asal bukan buah hati sudah le.

SELAMAT MENCUBA!

Jom tengok Joy of baking buat.



Panna Cotta Tested Recipe & Video



p/s : Jangan lupa cari bahan-bahan yang halal.

Resipi kailan ikan masin : Tenggiri atau kurau.

   Nak marah ke tak ni?Habis mood nak masak.Aku suruh beli ikan tenggiri jeruk untuk buat kailan goreng ikan masin tapi yang dibawa balik ikan kurau kering keras kedangkuk!Macam mana nak masak?Geramnya!!!
-
-
-
-
-
-
-
-

Nak kailan ikan masin macam mama punya

seikat kailan-potong
ikan tenggiri/ kurau masin
sos tiram
3 ulas bawang putih-ketuk
2 ulas bawang merah-tumbuk
5 biji cili padi-ketuk

CARA2
panaskan minyak, goreng ikan masin..ketepikan dulu
masukkan bawang merah n putih dan tumis hingga naik bau
masukkan sos tiram n sedikit air
kemudian, masukkan kailan..kacau rata..
angkat dan tabur bawang goreng...

Resipi mama boleh guna kuraulah.

Cuba tengok resipi My Resipi

Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td


Try cara Mamalah hari ni sebab yang ada ikan kurau je.

Merdeka!

Merdeka!

Kucing sambut merdeka


MERDEKA!!!

Bengang kena tipu blogger (?)

  Pernah tak alami keadaan macam ni... Pergi check shout di chatbox.Dah tu nampak satu nama yang agak asing.Tengok pada ayat, macam blogger baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog.Komen di shout pun bunyi innocent je.. Contohnya: i like your blog colour !! just create my blog . can u give me some comments and follow me ? i'll follow you.  Kita yang lurus bendul dan baik hati terlebih ni pun cepat-cepatlah klik konon nak bagi support pada blogger baru. Tapi bila klik link, rupa-rupanya blog jual barang!Geram tau!Menyampah!Meluat!Apalah salahnya tulis je kat chatbox tu... Saya menjual ubat bla bla bla.Kalau sudi, datanglah beli.Tak jujur!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni yang buat aku hot ni!

Logo merdeka Google

55th Merdeka Day

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55.
MERDEKA!!!

Thursday, August 30, 2012

Mengidam nak makan...

   Tetiba rasa teringin pulak nak makan benda tu.Tak pernah dengar pulak orang makan tapi aku tahu benda tu halal.Tak salah nak mencuba kan?Tapi, mana nak cari?Harap-harap, tercapailah hajat aku nak makan benda ni....

-
-
-
-
-
-
-
-
-

... daging angsa.

Ada sesiapa pernah makan tak?
Macam mana rasanya?

Monday, August 27, 2012

Marhaban; adat, budaya atau agama

   Malam ni, giliran rumah-rumah di lorong aku pulak terima kunjungan marhaban.Kalau tak de apa-apa aral jam 8.30 malam ni, sampailah rombongan marhaban tu ke rumah aku.Seronok sebenarnya ikut sama marhaban ni tapi atas kekangan tertentu, tak dapatlah aku join cuma dapat terima je.

   Di kampung aku yang tak serupa kampung ni, dah lama marhaban dibuat tiap kali hari raya.Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara jiran sekampung, dapat juga menghidupkan lagi suasana berhari raya.Tapi, aku pelik sebab ada suara-suara sumbang yang kata marhaban ni cuma buang masa.Bukan suruhan agama pun.

   Pada aku yang ilmu tak tinggi ni, biar pun tak wajib, marhabanlah salah satu cara yang membolehkan jiran sekampung saling mengunjungi.Maklumlah, kalau nak harap pergi ke setiap rumah, alamat sebulan hari raya pun tak cukup.Selain mengeratkan silaturrahim, time marhaban ni lah, kita boleh bersedekah pada budak-budak yang ikut.Kalau ikhlas, insya allah, ada ganjarannya.

   Jadi, kesimpulannya, aku suka tiap-tiap kali hari raya, ada marhaban. Selain dapat makan kuih, dapat juga cuci mata tengok rumah jiran-jiran yang 'aduhai' cantik dan mewah.Lambang kemewahan dan kesenangan rakyat Malaysia.Tak gitu?

-
-
-
-
-
-
-
-

Lebih kurang macam nilah majlis marhaban tu.
Gambar ni hak milik Sg Nibong

Awas!Kutu merayap!

   Kalau dah penakut tu penakut juga.Aku tak cakap orang lain tapi aku bercakap tentang diri aku sendiri.Alkisah hari ni aku plan nak blogwalking setelah berzaman aku tak blogwalking sebab sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Aku pun merayaplah dari satu blog ke satu blog.Tiba di satu blog tu, aku asyik sangat dengar lagu Mimpi sampai ke bintang.Tajuk sebenar aku tak tau.Aku main taram je bagi tajuk ni. Ala... lagu Asmidar yang menang Vokal bukan sekadar rupa tu!Padahal si Asmidar ni boleh tahan juga cunnya.

   Sedang aku asyik melayan perasan campur perasan sikit tiba-tiba macam nak tercabut jantung aku!ADA KUTU MERAYAP!!!Aku pun dengan rasa geli geleman, kuis-kuislah kutu tu dengan hujung jari.Tapi, hampeh!Langsung kutu tu tak pandang!Kuis punya kuis, baru aku perasan, kutu tu belaan blogger Orkid Kristal!Patutlah puas aku kuis dia dok tang tu jugak!Kalau nak try kuis-kuis kutu ni, silalah jenguk blogger Orkid Kristal.Bawak sekali kuih raya tau!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kutu kepala yang buat aku geli geleman


*:oRkiD KriStaL:*

p/s : Header dia pandai main jimnastik tau!

Yes!Jumpa pun!


Kuih putu kacang yang hampir pupus.


Sampai ke Pengerang aku cari, baaaaaru jumpa!

Kasih sayang Aaliyah


Aaliyah Yoong Hanifah dan adik-adiknya, Aiden dan Adam.

   Aku rasa tumpang bahagia tengok anak-anak keluarga Yoong Hanifah ni.Bukan setakat bahagia dan bangga dengan kejayaan anak-anak mereka dalam sukan je, tapi bangga dengan kasih sayang yang ditunjukkan biarpun berbeza bangsa.Inilah baru keluarga 1 Malaysia.Tapi sebaliknya, aku sedih bila ingatkan seorang anak berbangsa melayu yang dah pun besar panjang dan beranak-pinak, tapi tak ingat pada orang tuanya.

-
-
-
-
-


Aaliyah dan kakaknya Philippa.Walau pun berlainan ibu, tapi kental kasihnya.

-
-
-
-
-





Lagi bukti kasih sayang satu keluarga.
Yang posing manja tu, Puan Nozie, si ibu yang sangat bertuah!


Tapai pulut hari raya

   Kalau di Johor, tapai pulut tak de nilai time raya.Tapi, kalau di Terengganu, memang laku.Terutama tapai pulut yang dibungkus menggunakan daun getah.Jadi, untuk melayan selera time raya yang tiba-tiba teringin nak makan tapai pulut, aku pun buatlah berapa kilo entah.Muat dua kukus jadi banyak juga tu.Tahun lepas aku try buat tapi tak jadi.Mungkin sebab ragi tak berapa ok atau aku yang tak berapa pandai.Jadi kali ni, aku buat dengan penuh kasih sayang, dengan harapan tapai pulut yang aku buat manis, semanis si tukang buat! 

    Pagi raya kedua, aku kukus pulut tu.Oleh kerana sibuk beraya dan melayan tetamu, malam baru aku bubuh ragi.Lepas tu, aku letak je dalam 3 bekas dengan diameter 1 kaki tiap satu.Teringin nak bungkus dengan daun getah, tapi walau pun tempat aku tinggal ni namanya kampung, bayang pokok getah pun tak de.Lepas tu mak kata kena bungkus dengan kain.Aku pun bungkus dengan dua helai kain batik.Agaknya supaya panas kot dan cepat sikit jadi tapai tu.

    Hari raya ke 4, molek je tapai yang aku buat tu.Fuh!!!Manis gila kata orang.Bak kata Ajis dalam Seniman Bujang Lapok, Sukses!Cukup sukses!!!( Ala... babak dia masak ayam yang masin terlampau tu!)Macam tulah aku rasa.Ayah pun kata tapai tu cukup sedap.Hehehe!Ada bakul tak? Maknanya, petua aku buat tapai dengan kasih sayang tu, oklah kan???????  :D





Mondayitis

Budak gemuk pakai jeans

Akibat terlebih beraya

Sunday, August 26, 2012

Cara paling berkesan menghilangkan Monday Blues.

   Aku percaya, selepas seminggu bercuti hari raya, tentu ramai yang rasa malaaaaaaas sangat nak bekerja atau bersekolah semula.Lebih-lebih lagi yang tak siap kerja tu.Kadang-kadang, aku terkena juga penyakit Monday malas  blues tu tapi aku ada cara tersendiri untuk naikkan balik semangat bekerja.Nak tau caranya?Mula-mula......

-
-
-
-
-
-

1.Rehatkan minda
2.Tarik nafas dalam-dalam
3.Setkan dalam otak, taklah teruk mana pergi kerja atau sekolah hari isnin.
4.Cepat-cepat siapkan kerja yang tertangguh
5.Berfikiran positif

-
-
-
-
-
SELAMAT BEKERJA!


Result Trial.Siapa nak tahu?

   Akhirnya, berjaya juga aku menyemak jawapan kertas B.Inggeris percubaan untuk PMR.Markah pun telah selamat aku key in.Terlanjur dah siap awal tu, aku key inlah awal.Jadi, taklah terkejar-kejar.Manalah tau, bila key in last minit, line pulak tak de.Kepada anak-anak murid aku yang asyik sms je tanya markah tu, berikut adalah markah-markah anda. Anda cuma diberi sehari je iaitu esok, Isnin, 27 Ogos 2012, untuk menyemak dan betulkan markah.Jadi, bila dapat kertas je esok, semak cepat-cepat ye.Tapi, awal-awal teacher nak beritahu, tak de markah kesian tau!Ok.Sila semak markah anda di bawah............

1.Arifah - 62
2.Afif D - 76
3.Lokman - 62
4.Mirza - 74
5.Daniel Q - 66
6.Fandi - 59
7.Najib - 73
8.Aliff A - 69
9.Iffa - 41
10.Syakir - 60
11.Aisyah AK - 54
12.Maslina - 57
13.Raihan - 67
14.Syafiqah - 68
15.Amirah Karim - 66
16.Zuhaily - 66
17.Ain MNoh - 66
18.Aisyah Rahim - 73
19.Syasya - 72
20.Nazurah - 72
21.Ishlah - 71
22.Hazim - 84
23.Yaqzan - 77

1.Liyana Hanani - 80
2.Amree - 87
3.Khairul - 62
4.Annisa - 77
5.Fatihaha - 77
6.Safirah - 66
7.Atiqah A - 77
8.Atika Isnin - 67
9.Syuhadah - 72
10.Ain Syaz - 71
11.Natrah - 67
12.Jana - 76
13.Syazwan - 76
14.Amirah Hazlan - 78
15.Ranjita - 76
16.Daus - 76
17.Nita - 74
18.Suhailah - 76
19.Aidil - 77
20.Navi - 74
21.Sabrina - 86
22.Syakirah - 81
23.Farisha - 81
24.Hanis - 80
25.Adriana - 81
26.Munirah - 82
27.Faiz Nazmi - 83
28.Fatin A - 82
29.Thiya - 86
30.Gaya - 87
31.Wina - 80
32.Ainur - 80
33.Aina - 81
34.Nava - 88
35.Syafiq - 84
36.Sarah Atiqah - 81
37.Diyanah - 81

p/s : Nama mengikut nama manja yang biasa teacher panggil tau!



Nah!Coklat untuk mereka yang dapat A.
Yang dapat 77 atau 78 dan lain-lain tu cuba lagi bersungguh-sungguh untuk PMR sebenar ye!





Apa di Facebook

Friday, August 24, 2012

Pavlova raya ke 5

   Seperti dijangkakan, pada hari raya ke 4, bakal adik ipar dan keluarganya dari Kajang, datang berkunjung.Jadi nak lah sambut istimewa sikit.Kami adik beradik, pakat-pakat masak nasi ayam dan lain-lain.Aku ditugaskan untuk menyediakan pavlova sebagai pencuci mulut.Kedai masih banyak yang tutup, jadi terpaksalah aku ke TESCO dalam hujan lebat untuk mencari bahan yang diperlukan.Alhamdulillah.... dapatlah aku sediakan pavlova istimewa...



Buah-buhan untuk pavlova.Terbeli golden kiwi pulak.
Nasib baik ada sebiji lagi kiwi hijau dalam peti sejuk.

Harap-harap, bakal adik ipar dan keluarganya suka pavlova yang aku buat.







Wordless hari Jumaat.


Gambar perkahwinan Ustaz Don dan blogger Mialiana

   Alhamdulillah.... Ustaz Don Daniyal telah pun bergelar suami kepada Husna Zahry Rafie, pada 23 Ogos 2012.Mudah-mudahan, berbahagia hingga ke akhir hayat.Berita lanjut, tanya Busuk atau Cik Google ye. :D

-
-
-
-
-
-


Gambar semasa majlis pertunangan

-
-
-
-


(tahniah) ustaz don kini bergelar suami kepada husna

Comel gambar kad undangan Ustaz Don.
Credit :  Google
-
-
-
-
-
-


Eh!Rupa isteri Ustaz Don Daniyal ni macam blogger Mialiana!

p/s: Jangan keliru dengan tajuk ye.
:D