Monday, August 13, 2012

Baju kurung bertuah!

   Plan asal, weekend lepas nak kemas-kemas rumah.Tapi bila belek-belek baju lama, terjumpa pulak kain potong belum buat baju.Kalau tak silap dah 3 tahun aku beli di Pasar Khamis Ulu Tiram.Nak hantar pada tailor tapi fikirkan mahal sangat upahnya, aku pun campak je dalam almari.Tiba-tiba teringin pulak nak buat baju.Bukan untuk aku tapi untuk anak dara aku.Entah apa angin budak bertuah tu time raya mintak baju maxilah, kaftanlah, baju lacelah... Jadi aku pun trylah buat baju kurung guna kain lace tu.

    Lepas 3,4 jam siaplah aku mencantum pesak, kekek, tangan dan badan untuk sebelah kanan.Hajat hati sebelum berbuka, aku nak siapkan baju tu, tapi penat aku cari seluruh rumah, tapi aku tak jumpa sebelah lagi tangan, kekek dan pesak!Berpeluh juga aku dibuatnya.Selepas sehari aku penat selongkar sana, sini, aku jumpa benda alah tu di antara buku-buku sekolah!Fuh!!!Lega!Kalau tidak, tak siaplah baju kurung bertuah anak dara aku tu.

-
-
-
-
-
-


Baju kurung bertuah!

3 comments:

QasehSuci said...

alolo...cantiknya...sama warna ngan saya taun nie...heheh

Aimacomel said...

wah, ini betul2 bertuah ni ;)
ala-ala purple gitu.. nk sewa boleh?? ;) hehe

Tulip said...

cantiknya kaler baju neh....

Post a Comment