Alhamdulillah... hari ini dah pun hari keenam kita menyambut aidilfitri.Bagi setengah-setengah tempat, sambutan mungkin hanya sehari atau dua, tetapi di tempat aku, biasanya aidilfitri dirai hingga sebulan.Awal-awal raya, saling mengunjungi antara keluarga dan sahabat handai.Minggu ke 2 dan ke 3 diraikan dengan majlis-majlis marhaban yang diadakan berasingan antara lelaki dan perempuan.Kadang-kadang, ada juga kumpulan marhaban di kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang dipimpin oleh guru-guru.Sekolah tempat aku bertugas pun biasanya akan mengadakan majlis marhaban dengan berkunjung ke rumah para guru dan kaki tangan.Memang meletihkan tetapi sangat seronok kerana budaya itulah yang menghidupkan lagi suasana aidilfitri dibandingkan dengan hanya membuang masa menonton TV.
Selain itu, semasa aidilfitri inilah kami, aku dan adik-beradik yang tinggal jauh, dapat berkumpul di rumah ayah.Berborak hingga lewat malam, masak sama-sama, makan sama-sama dan melayan emak dan ayah.Tambah lagi emak memang dah tak berapa sihat, jadi tumpuan memang lebih pada emak.Ayah aku masih sihat tetapi mungkin keletihan semasa aidilfitri hinggakan ayah demam 2,3 hari.Mudah-mudahan hari ni, ayah tambah sihat kerana tetamu masih ada yang berkunjung. Semasa aidilfitri ini jugalah, aku tumpang seronok melihat kerenah anak-anak buah aku.Tak diam mulut emak ayah larang itu ini tapi dah nama budak-budak.... Sekejap lagi, aku ke rumah emak ayah lagi untuk bantu adik ipar aku di dapur.Menu pilihan hari ni adalah lontong.Bagaimana sambutan aidilfitri di tempat anda?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Anak buah aku balik beraya dari Shah Alam seronok main tarik upih.
Ni pun bukan di rumah ayah tapi di kampung kelahiran ayah iaitu Kg Teluk Empang, Pengerang.
-
1 comments:
lontong ! ika suka :)
sedap. hihihi
Post a Comment