Showing posts with label permainan tarik upih. Show all posts
Showing posts with label permainan tarik upih. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Aku pun nak naik jugak!

   Zaman dulu, benda ni jadi favourite.Maklumlah, time tu, senang je nak jumpa.Kat mana-mana pun ada.Teringat zaman kanak-kanak dulu, aku pun suka main benda ni.Lagi-lagi kalau main dengan kawan-kawan sekampung.Riuh rendah gelak kami ketawa.Sambil enjoy, sambil exercise.Bukan macam budak-budak sekarang, dok exercise jari je....

   Oleh kerana benda ni dah makin pupus, sesekali jumpa excited bukan main.Tu pun kebetulan jumpa time balik ke Teluk Empang masa raya hari tu.Kalau boleh, aku pun nak ikut main sama tapi apa nak buat.... Dengan baju ala-ala datin, takkan aku nak main benda tu lagi.Kalau aku pakai baju yang sesuai, aku pun teringin nak naik sama.... Anda bagaimana?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Tengok!
Seronok bukan main anak-anak buah aku!
Walau pun time tu hujan gerimis...

Friday, August 24, 2012

Sambutan hari raya di Johor.

  Alhamdulillah... hari ini dah pun hari keenam kita menyambut aidilfitri.Bagi setengah-setengah tempat, sambutan mungkin hanya sehari atau dua, tetapi di tempat aku, biasanya aidilfitri dirai hingga sebulan.Awal-awal raya, saling mengunjungi antara keluarga dan sahabat handai.Minggu ke 2 dan ke 3 diraikan dengan majlis-majlis marhaban yang diadakan berasingan antara lelaki dan perempuan.Kadang-kadang, ada juga kumpulan marhaban di kalangan kanak-kanak sekolah rendah yang dipimpin oleh guru-guru.Sekolah tempat aku bertugas pun biasanya akan mengadakan majlis marhaban dengan berkunjung ke rumah para guru dan kaki tangan.Memang meletihkan tetapi sangat seronok kerana budaya itulah yang menghidupkan lagi suasana aidilfitri dibandingkan dengan hanya membuang masa menonton TV.

   Selain itu, semasa aidilfitri inilah kami, aku dan adik-beradik yang tinggal jauh, dapat berkumpul di rumah ayah.Berborak hingga lewat malam, masak sama-sama, makan sama-sama dan melayan emak dan ayah.Tambah lagi emak memang dah tak berapa sihat, jadi tumpuan memang lebih pada emak.Ayah aku masih sihat tetapi mungkin keletihan semasa aidilfitri hinggakan ayah demam 2,3 hari.Mudah-mudahan hari ni, ayah tambah sihat kerana tetamu masih ada yang berkunjung.  Semasa aidilfitri ini jugalah, aku tumpang seronok melihat kerenah anak-anak buah aku.Tak diam mulut emak ayah larang itu ini tapi dah nama budak-budak....  Sekejap lagi, aku ke rumah emak ayah lagi untuk bantu adik ipar aku di dapur.Menu pilihan hari ni adalah lontong.Bagaimana sambutan aidilfitri di tempat anda?

-
-
-
-
-
-
-
-
-




Anak buah aku balik beraya dari Shah Alam seronok main tarik upih.
Ni pun bukan di rumah ayah tapi di kampung kelahiran ayah iaitu Kg Teluk Empang, Pengerang.


-