Siapa suka makan tapai pulut?Selalunya kita beli je kan?Tapi, takkan nak beli je?Dahlah mahal, sikit sangat pulak tu.Apa kata kita buat sendiri tapai pulut ni.Nak kata susah, tak le sesusah masak rendang.Nak kata senang macam buat pavlova pun tak juga.Pendek kata, sedang-sedang saja.Macam lagu dangdut Iwan pulak dah.Kalau dah siap dnegan pen dan kertas, apa kata catat resipi yang biasa aku ikut ni.
Mula-mula, tentulah kena pergi kedai beli bahan-bahan yang diperlukan.Apa kata try sekilo beras pulut cantik punya dulu.Cari beras pulut yang sihat tau jangan cari yang kena jangkitan kutu.Jangan lupa beli sebiji ragi putih suci saiz duit syiling 50 sen dulu punya.Yis tak boleh!Kalau tak tau apa itu ragi, tak dapeklah den nak nolong.Biasanya ragi ni aku beli di kedai runcit biasa.Di Tesco atau Jusco atau lain-lain tempat standard tak taulah ada ke tak.
Kemudian, bersihkan beras pulut tu dari apa pun anasir perosak.Kemudian, rendam dalam 5-6 jam.Lepas tu, sediakan pengukus.Toskan pulut dan bila air dalam pengukus dah mendidih, kukuslah pulut tu.(Letak beras pulut dalam pengukus yang berlubang-lubang tu dan cucuk-cucukkan sikit beras tu supaya cepat masak) Ni kena tau teknik ni supaya beras tak berterabur.Kalau tak tau, cuba tanya orang tua atau pakar masak macam Mat Gebu Tiffin biru.
Bila pulut dah separuh masak, keluarkan dari pengukus.Tuang atas dulang dan arunkan.(Arun ni maknanya jirus segelas air atas pulut tu dan gaul rata-rata.Tujuannya supaya pulut tak keras kedangkuk) Perkataan lain untuk arun, kalau di Terengganu, 'arung'.Tempat lain tak pastilah pulak.Yang pasti bukan Harun Salim Bachik.
Lepas arunkan, masukkan balik dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak.Pastikan air dalam pengukus sentiasa ada.Kalau tak rentung pulak pengukus tu.Bila dah masak, sejukkan pulut tu betul-betul.Tapi tak payahlah masukkan dalam peti sejuk.Biar dia sejuk secara semulajadi jangan main paksa.
Bila dah sejuk, ambil tapis air atau tapis santan yang diperbuat daripada steel( lupa BMnya apa) yang bersih, parutkan ragi tadi rata-rata atas pulut tu.Tujuan guna tapis tu adalah, supaya ragi yang ah diparut atau disagat menggunakan tapis tu, secara tak langsung turut ditapis supaya yang jatuh atas pulut tu, halus dan tak berketul.Bila dah sudah, gaul rata-rata dan pastikan semua pulut tu kena ragi.
Langkah seterusnya, bubuh pulut tadi dalam bekas sepatutnya.Kalau zaman dulu bubuh dalam pasu buat bahulu tapi zaman sekarang, bubuh dalam bekas plastik atau tupperware pun boleh.Cuma, ayah aku kata, jangan guna bekas ayan atau steel nanti tapai tu masam.Dah sudah tu, kalau ikut petua orang lama, bungkus dengan 2,3 helai kain.Orang dulu guna kain batik.Kita gunalah kain yang 'tak batik'Hahaha!Janji bungkus.Ayah kata, elok simpan bawah katil supaya cepat masak.Sebenarnya untuk elak anak-anak curi-curi makan tapai tu.Karang tak masaklah tapai tu.
Selepas 2,3 hari, pulut tadi akan menjadi tapai pulut yang manis leting kata orang Teganu. Tapi nasib jugalah sebab kalau ragi tak elok, simpan setahun pun tapai tu tak manis.Kalau ini yang berlaku, tabur jelah gula yang dah dikisar rata-rata.Manis tapi tak sesedap manis original menggunakan ragi yang baik.Petua untuk ragi yang baik adalah warnanya putih bersih.Ok, itu jelah caranya.SELAMAT MENCUBA!
Mmmm... kecur air liur!
Makan tapai dululah.
4 comments:
Hahaha kalau pulut tu aku suka.. tapai tu xboleh lalu la hak2 xD
Sedap tau!Try buat sendiri sbb beli punya tak best.
search google tadi jumpa sini :D hehe . macam mna nak tau ragi tu elok ke tak ?
Erm bestnye..selalu beli tak menepati selera..buat sendiri lg puas hati..nice sharing:)
Post a Comment