Terima kasih kerana sabar menunggu.Cerita bermula semasa aku di tingkatan 2.Masih anak dara sunti aku waktu itu.Dengan rambutku yang panjang dan kerap bertocang dua, ( ayah yang tocangkan sebab aku manja dengan ayah ) aku duduk di baris kedua di depan seorang teman bernama Ghazali Daud.Waktu itu adalah kelas Geografi dan guru yang mengajar adalah Puan Rosni.
Entah kenapa aku 'kurang berkenan' dengan Puan Rosni.Mungkin kerana raut wajahnya yang agak sombong atau kerana lagaknya yang 'pandai seorang'.Waktu sesi soal jawap diadakan, Puan Rosni menunjuk ke arahku.Dengan bangga dan yakinnya aku berdiri untuk menjawap.Puan Rosni berjalan menghampiriku tetapi bukan aku yang diminta menjawap soalan tersebut tetapi si Ghazali Daud.
Langsung Puan Rosni tidak memberi respon padaku yang tercegat berdiri.Hanya jelingan dan senyum sinisnya yang buat aku sakit hati.Aku malu yang amat sangat.Kalau betul pun soalan ditujukan pada temanku, apalah salah andai Puan Rosni berkata begini, " Terima kasih ye cuba jawap.Tapi cikgu nak Ghazali yang jawap" Ini tidak!Bertuah punya cikgu.Hingga ke hari ini, aku benar-benar rasa malu kerana aku rasa jatuh air mukaku sebagai seorang manusia.
Kini, sebagai seorang pendidik, aku akan cuba sedaya-upaya agar anak didikku sentiasa berasa cerdik.Takkan aku menjatuhkan maruah mereka kerana aku tak mahu ' cik cimpanzi malu' berlaku lagi.
0 comments:
Post a Comment