Friday, November 26, 2010

Siput timba zaman laluku

   Apa menu untuk lunch hari ni ye?Hari-hari ayam, muka pun dah macam ayam.Bukan aku tak bersyukur tetapi entah kenapa tekakku memilih sejak akhir-akhir ini.Aku teringin sekali makan siput timba seperti di zaman kanak-kanakku.Bagi yang tak tahu apa itu siput timba, di bawah ada aku sertakan gambarnya yang ku pinjam daripada mila teman siberku.

   Resipi biasa yang ibu sediakan adalah siput timba masak serai.Caranya sangat mudah iaitu hanya memerlukan siput timba, bawang merah dan serai.Bubuh air sedikit saja dan bubuh juga garam dan serbuk perasa.Didihkan sebentar, dah pun siap.Atau pun siput timba masak lemak cili padi.Entah bilalah agaknya dapat ku rasa lagi nikmat hidup anak desa.

Gambar dipinjam daripada mila

1 comments:

Mila said...

Jomlah cari siput kat Pasir Gudang... Ahad ni Mak Mila ajak cari siput lagi... :)

Post a Comment