Tuesday, November 9, 2010

Ha?Bertuah punya budak!


   Hari ini teruja sangat untuk ke sekolah.Hinggakan tak tidur lena malam tadi.Termimpi-mimpi dalam lena yang seketika.Bukan kerana apa, tetapi kerana hari ini akan diadakan amali penyembelihan ayam di kalangan pelajar.Walau pun aku bukan seorang ustazah, aku juga ditugaskan untuk turut serta.Bukan sebagai penyembelih ayam, tetapi sebahai pembersih ayam.Dengan kata lain, aku akan membantu membuang isi perut dan mencabut bulu ayam selain membantu memotong ayam.Jadi doktorlah aku hari ini.

   Ramai guru lain yang geli geleman mendapat tugasan ini.Namun aku teruja kerana aku teringat zaman kecilku dulu aku pernah melarikan ayam emak.Waktu itu aku berumur 9 tahun.Entah mengapa aku teringin sekali menebuk ayam yang telah disembelih.Lalu sebaik sahaja ayah tidak melihat, aku melarikan seekor ayam yang telah disembelih.Senyap-senyap aku menjadi doktor hari itu.

   Sewaktu aku sedang membedah pesakitku, aku dengar emak membebel kerana ayam yang hilang.Macam-macam andaian ku dengar tentang kemungkinan mengapa ayam itu hilang.Aku yang berada di belakang rumah, dengan selamba terus menjalankan operasiku.Selesai menebuk ayam, aku pun menyerahkan ayamku kepada emak.Apa lagi buntanglah mata emak seolah-olah nak menelanku hidup-hidup.Mak datuk!Panjang telingaku dipiat oleh emak kerana kata emak makan ayam pahitlah kami hari itu kerana hempedunya pecah semasa aku membedah.(Benarke?)

   Sampai ke saat ini aku masih ingat dialog emak, "Bertuah punya budak!"

1 comments:

Gayahspears said...

hahaha.. bertuah punya budak...

Post a Comment