Saturday, November 20, 2010

Terima kasih daun keladi

Cuba teka apakah gerangan gambar di atas?

   Meskipun hari ini adalah hari pertama cuti persekolahan akhir tahun bermula, telah ada undangan majlis-majlis perkahwinan yang aku terima.Esok adalah majlis perkahwinan anak jiranku.Seperti biasa, sebelum hari langsung yang sebenar, jiran tetangga akan sibuk bergotong royong atau rewang.Maka bertemulah aku dengan sesuatu yang telah lama tidak ku temui iaitu seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.Cuba teka gambar apakah itu? 

   Kuih bom, kuih denderam, buah keranji, buah berangan?Ada pula yang kata asam jawa.Bukan, salah tu.Makjun?Bukan!!!Sebenarnya objek di atas adalah antara bahan penting dalam sebuah majlis perkahwinan di negeri Johor terutama di kalangan masyarakat Jawa.Orang Jawa amat mementingkan tetamu maka walau pun hanya hadir untuk rewang, pelbagai makanan disajikan.Makanan-makanan itu pula disediakan juga dengan cara rewang terutama kuih yang menggunakan gambar di atas.

   Sebenarnya gambar yang dimaksudkan adalah gambar inti kuih koci.Bagi yang tidak tahu kuih koci versi Johor, bolehlah rujuk gambar di bawah.


   Kuih koci yang lazat biasanya menggunakan inti kelapa muda yang diparut dan dimasak bersama gula merah dan daun pandan.Manakala kulit luarnya menggunakan keledek atau labu yang dijadikan doh setelah dicampur sedikit tepung pulut.Kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga masak.

Ini adalah rupa kuih koci tanpa pembalutnya.Sedia untuk dimakan tetapi awas bagi yang bergigi palsu!

   Selain kuih koci versi Johor, ada juga variasi kuih-kuih koci lain yang tidak kurang lazatnya.Jika di negeri Johor kuih koci berbentuk tiga segi, tetapi di negeri-negeri lain ada yang dibuat berbentuk segi empat.Walau bagaimanapun rasanya tetap lazat.Tak percaya, cubalah rasa!

Kuih koci pulut hitam

Kuih koci labu kuning

Kuih koci keledek kuning


   Selain kuih koci, disediakan juga sambal goreng pengantin yang juga tidak kurang lazatnya.Antara bahan-bahannya adalah hati lembu, limpa, udang kering dan lada kering.Ia dimasak dengan santan sehingga kering dan naik minyak.

Inilah rupa sambal pengantin di Johor.

Acar buah juga antara menu istimewa majlis perkahwinan di sini.

Telur busuk ke ni?

   Oh tidak! Sebenarnya itulah telur pindang yang juga sangat popular di majlis perkahwinan di negeri Johor.Bukan mudah menyediakan telur pindang asli kerana memerlukan pelbagai bahan pelik seperti daun senduduk dan kulit bawang.Namun hasilnya amat lazat dan berkhasiat.

Inilah rupa daun senduduk
(Opss!Pembetulan yang bawah ni adalah daun senduduk.Silap pulak ! ^_^ )



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimbVyVayFpOKKaNWSS0TLgQouJX-S6REMpB7UHQ__Iany_jUkgTN8h19w11YHXd1gW-ktEuvlBq-WjwwnK72TC9frfeLd96F1stRwLJ9aMfdu3r6oKnzfJdp7vMdyjMw742Ko5aQfaE8Y/s320/khasiat+daun+senduduk.JPG

   Walau pun letih kerana kerja sekolahku pun bertimbun-timbun, malam ini pasti ku hadir lagi ke rumah jiranku untuk meraikan pengantin kerana majlis berkhatam quran dan berzanji akan diadakan.Maknanya malam ini, aku tak dapat berjanji untuk tetap hadir ke dunia siberku untuk membuat kunjungan persahabatan.
Sementara itu, teruskan kunjungan kalian dan terima kasih daun keladi, ada masa, berkunjunglah lagi.

0 comments:

Post a Comment