En.Beruk dan keluarga pun berfacebook.Takkan kakitangan kerajaan tak dibenarkan.
INI TAK ADIL!!!
Seperti biasa, aku mencari peluang untuk blogwalking dan facebooking sebelum ke sekolah.Oleh kerana aku bersekolah di sesi petang, maka dapatlah aku menjalankan aktiviti rutinku itu selama 1 jam setiap pagi.Pelbagai kerenah warna-warna kehidupan yang aku temui.Apa yang baik aku jadikan teladan dan apa yang buruk ku jadikan sempadan.
Semasa berbw juga aku berpeluang menambah pengetahuan amku.Tidaklah aku menjadi seperti katak bawah tempurung.Pagi ini, sewaktu aku blogwalking, tiba-tiba, aku terpandang suatu entri yang dipos oleh seorang teman siberku : Kakitangan kerajaan dilarang menggunakan Facebook.Aku yang tertanya-tanya ingin tahu, dengan segera membaca entri yang dimaksudkan.
Kakitangan kerajaan ( terutama yang bertugas di pejabat ) didapati terlalu asyik berfacebook hinggakan tidak dapat atau dengan kata lain lalai menjalankan tugas.Walau pun aku juga seorang kakitangan kerajaan, aku bersetuju 100% dengan kenyataan bahawa ada kakitangan kerajaan yang lalai.Namun janganlah kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar.Aku juga berfacebook dan berblogging tapi tidak pernah aku mengabaikan tugasku sebagai seorang guru.Aku tidak akan membuka akaun facebookku semasa sesi persekolahan.Kakitangan kerajaan mesti tahu etika perkhidmatan maka sekiranya individu itu punya nilai positif dalam diri dan tahu yang mana satu tugas hakiki, dia takkan berfacebook waktu bertugas.
Kepada teman-teman kakitangan kerajaan yang mungkin gila berfacebook atau berblogging, ingatlah bahawa kita ada tugas hakiki yang perlu dijalani.Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Kiranya ketagihan berfacebook atau berblogging mengaburi mata melihat tugas hakiki, dapatkanlah bantuan dan nasihat kerana itu penyakit namanya. Kepada teman-teman kakitangan kerajaan yang memang berfacebook dan berblogging, tetapi tidak pernah mengabaikan tugas digalas, ku ucapkan syabas.Moga kalian boleh menjadi contoh kaki tangan kerajaan yang patuh dengan semangat yang teguh.(Takkan kita kalah dengan EnBeruk dan keluarga !!!)
4 comments:
sokong! hehe...klu time break/lunch, leh je fb atau blogging, jgn ar pulak bukak fb sebelah-belah dari kol 8am-5pm.....klu aku boss confirm marah gak kan, :P
najib yang promote FB kat malaysia. dia yang galakkan kita buka akaun. he...he...sekarang kerajaan baru tahu bala yang datang dari penggunaan FB.
kalau pendapat seri blog tu lebih baik dari FB. FB tu lambat laun boleh merosakan generasi muda kita. takkan yahudi nak cipta sesuatu tanpa ada udang di sebalik batu.
dgr cite kat gomen dh block fb.
sunyi la fb nnti. hehe
Salam, haa eloklah tu. Mana oleh bertenet waktu koje! Salam perkenalan Adik Scarlett!
Post a Comment