Wednesday, November 10, 2010

Maafkan aku, cantik!


   Sebagaimana dirancangkan, aktiviti amali penyembelihan ayam telah dapat dijalankan dengan jayanya.Meskipun 5 ekor ayam mati sebelum waktunya kerana sesak nafas, 15 ekor yang lain berjaya disembelih dan bakal menjadi habuan warga SMK** hari ini.Bersemangat sungguh ku lihat anak-anak didikku menjadi pakar-pakar bedah.Tak sangka mereka sangat teruja untuk melumurkan tangan mereka dengan darah dan bau hanyir sang ayam.

   Dalam ramai-ramai guru dan anak didikku, aku tabik pada seorang cikgu comel anak dara.Aku benar-benar rasa bersalah kerana ku sangkakan si cantik itu takkan sudi bergelumang dengan ayam seperti kami kakak-kakak ini.Namun semasa aktiviti dijalankan, si cantik manis itulah antara yang amat cekap menjalankan tugas; mencabut bulu ayam, menebuk perut, memotong dan memasuh ayam.Sedikit pun tak dihiraunya baju batik sutera cantik yang tersarung di badan.Sungguh aku kagum.Sempat juga ku pohobkan kemaafan kerana bersangka buruk akan keupayaannya.Maafkan aku ye!

1 comments:

Aini Ahmad said...

sembehliah ayam...wow menarik tu.....

Post a Comment