Thursday, November 18, 2010

Bertuah punya abang rambut ketak!


   Aku paling suka makan siput.Tapi jangan terkejut.Bukan cik siput 'babai' di atas.Itu haram dimakan.Disebutpun haram kata anak didikku.Ialah b*b*.Maksudku siput sedut lazat seperti contoh di bawah.


   Sejak kecil lagi siput sedutlah antara menu istimewa kegemaranku.Maka pada suatu hari, semasa aku di tingkatan 1, aku telah memilih siput sedut lemak cili padi sebiji gambar di atas sebagai lauk tengah hariku.Dengan penuh selera, aku menyedut isi si siput.Dah nama pun siput sedut, kenalah aku sedut!Lazat sungguh ku rasa.

   Semasa aku sedang berselera makan, aku perasan abang kantin si rambut ketak ( akan-akan Mr.Curly ) dengan cermin mata bulat seiras John Lennon, tersengih-sengih memandangku.Agak lama juga ku perhatikan.Namun sebagai anak hingusan gadis sunti 13 tahun, apalah yang aku tahu tentang pandangan nakal lelaki.Lalu aku terus makan, menambah siput sedut yang mula berlonggok di pingganku.


   Sejurus kemudian, si abang rambut ketak, tersengih-sengih menuju ke arahku dan berkata ," Suka siput ya?" "Haah" jawabku selamba. " Makan siput sedut mesti pandai sedut" Kata si abang ketak lagi. Aku masih lagi lurus bendul menjawab,'Ialah bang!Kalau tak pandai sedut camana nak makan siput sedut.Kena sedut kuat-kuat bang," jawapku selamba sambil menunjukkan demonstrasi. "Oooo...Kalau macam tu bolehlah kahwin dengan abang sebab pandai sedut maknanya pandai cium jugalah kan?"


   " What?" Aku terkedu tak terkata apa-apa.Teman-temanku gelak sakan ramai-ramai."Bertuah punya abang rambut ketak.Buat malu aku je.Tak ingin aku makan kat kantin ni lagi."Monologku dalam hati.Si abang rambut ketak iras John Lennon masih lagi tersengih-sengih.Dah serupa kartun Kampung Boy pulak aku nampak.Dan sejak hari itu,  aku menyampah yang amat sangat pada abang si rambut ketak.Akibatnya hingga ke tingkatan 5, aku tak pernah lagi menjejakkan kaki ke kantin sekolahku."Padan muka kau hilang seorang pelanggan!"

Eeiii!Malu nak letak gambar orang bercium.Letak gambar kartun bercium jelah ye!

5 comments:

sherry said...

Hi Scarlett.

Akak pun suka makan siput sedut ni. Tak peduli dah apa org kata. Ada juga yang macam memandang pelik kononnya jijik etc etc..tapi as long as kita suka, makan ajelah kan.

Bee said...

sedapnyer...lama toi tak jumpe siput ni

ctpayong said...

keliok...syioookkk oouh! kak ct pun akan buat tindakan yang sama...memang kat kampung kak ct terkenal dengan budak pompan yang garang...adeiih!

Unknown said...

wah..
siput sedut sedaplah..
tp, jantan kantin tu xmcm kuang hajar lah plak...
pew lah dia..
ptot report jerk kt pengetua..
anyway, follow ur blog..:)

Anonymous said...

huhuh
siput sedut sedap!!!!

Post a Comment