Walau pun penat ( penat makan! ^_^ ), aku tetap nak mengadap juga cik Lenovo ungu berbungaku yang comel lote ni.Alhamdulillah, majlis khatam quran pengantin berjalan dengan jayanya.Tuan rumah yang juga jiranku memang baik hati.Bahkan bukan dia saja, malah seluruh keluarganya.Maka ramailah jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai yang hadir.
Namun kata orang, Allah selalu menguji orang-orang yang sabar.Maka ujian yang amat berat diberikan kepada jiranku sekeluarga.Kelmarin, semasa majlis rewang baru bermula, nenda pengantin iaitu bonda jiranku yang juga terkenal berhati mulia, dikejarkan ke hospital kerana menglami pendarahan di otak.Maka awal subuh tadi, satu pembedahan mengeluarkan darah beku di otak telah dijalankan.Semasa aku mengadap cik Lenovoku ini, keadaan masih membimbangkan.Maka majlis berkhatam quran disekalikan dengan bacaan Yaasin mudah-mudahan Nenda Kamsiah selamat dan dipanjngkan umur.Jujur aku nyatakan, aku juga sayang padanya kerana beliau selalu membantuku apabila aku menghadapi apa juga masalah.Mohon doakan nendaku tercinta selamat dan dipanjangkan umurnya.
Oleh kerana majlis telah dirancang, maka dijalankan juga sebagaimana direncana meskipun rasa sedih tak mampu dihindari.Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis yang didakan.
Antara tetamu yang hadir
Pengantin (Berbaju putih ) dan sepupunya berkhatam quran.
Semasa bacaan Yaasin diadakan suasana pilu mula terasa
Singgahsana nan indah tak dapat ditatap oleh nenda tercinta
Gerbang ke peterakna
Alangkah bahagianya mempelai andai nenda ada di sisi
Semoga Nenda Kamsiah diselamatkan oleh Allah. AMIN.....
0 comments:
Post a Comment