Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, February 21, 2017

Monolog

   Alhamdulillah.... Ku singgah lagi ke blog kesayanganku meski pun mengambil masa terlalu lama untuk muncul lagi.Sepanjang ketiadaan entry terkini, pelbagai dugaan yang ku hadapi.Sebagai seorang insan yang lemah, terkadang, aku rasa lemah.Terasa seolah-olah Allah tak sayang kerana ujian datang bertimpa-timpa. Namun, sebagai hambaNya yang lemah, aku sedar aku perlu redha.Aku perlu pasrah.Aku perlu muhasabah diri.Mungkin banyak dosa-dosaku sama ada yang aku sedari atau tidak telah aku lakukan dan ujian bertimpayang hadir adalah sebagai satu cara yang maha kuasa untuk menyedarkan aku selain untuk menunjukkan kasih sayangNya. Alhamdulillah...

   Sebagai hambanya yang lemah, aku hanya mampu berdoa agar aku akan sentiasa dilindungiNya dari apa juga musibah di masa hadapan.Lindungi keluargaku, anak-anakku, dia yang tersayang, ayah, ibu, adik-beradik, anak-anak didikku dan sahabat-sahabat yang tersayang. Cukuplah dengan apa yang ku tanggung selama ini.Aku hanya merancang untuk memiliki pelangi namun apa yang bakal berlaku di masa hadapan hanya Allah yang tahu.Aku cuma mampu berdoa agar bahagia akan jadi milikku juga suatu masa nanti.... 

Friday, January 13, 2017

Tak semua lelaki sama

   Assalamualaikum.Salam Jumaat 13 Januari 2017 yang indah.Hari ini sempat singgah blog BEN ASHAARI, blogger hebat sifu aku dalam dunia blogging sejak dari 2010.Padaku BEN ASHAARI bukan semata-mata hebat kerana sisi yang biasa kita lihat, tetapi juga kerana sisi lain yang tak dimiliki oleh kebanyakan lelaki di luar, iaitu seorang bapa kepada tiga anak yang penyayang dan bertanggung jawab.

   Dalam realiti kehidupanku, aku juga mengenal seorang bapa seperti Ben Ashaari, yang tanpa jemu menjaga, mendidik dan memberi segenap kasih sayang berserta tanggung jawab kepada 3 orang anak .Cuma bezanya, dialah bapa dan dialah juga ibu kerana statusnya sebagai bapa tunggal.Meski dengan badan ala-ala body builder dan profession yang tak semua orang mampu terajui, dia tak kekok berapron memasak, membasuh, mengemas rumah, menggosok baju dan segala tugas seorang ibu untuk anak-anak.Aku tersentuh!Ternyata masih ada lelaki sebaik ini!

   Moga Allah memberkati hidupnya dan anak-anak, bahagia dunia dan akhirat.Cukup.Aku tak mampu terus menulis.Tiba-tiba rasa sebak.Maafkan aku kerana pernah melabel semua lelaki sama!Semua lelaki tak guna!.......................................................... Catatanku berhenti di sini.





















   

Let's have a break!