Saturday, May 18, 2013

Ketumbuhan Otak @ brain tumor

   Mata tak boleh pejam walau pun dah jam 2 pagi.nak ronda-ronda blogwalking, banyak sangat 'kura-kura CELCOM' tumpang lalu.Jadi, aku pun Google cari maklumat pasal KETUMBUHAN OTAK.Maklumat ini aku petik dari SUMBER INI.

Ketumbuhan Otak

Definisi
Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah disahkan menghidap ketumbuhan di otak boleh sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan  otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Akibatnya, ramai kanak-kanak yang dirawat untuk tumor otak mengalami masalah jangka panjang yang penting, seperti perubahan dalam fungsi intelek dan motor. Justeru, kanak-kanak ini memerlukan penilaian yang berterusan dan penjagaan yang khusus untuk membantu mereka  ke sekolah dan meneruskan  kehidupan harian dengan sebaik mungkin.
Anatomi otak
Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanya mengawal ke semua fungsi-fungsi badan.
Antara otak dan tengkorak terdapat tiga lapisan membran yang dipanggil meninges. Lapisan ini meliputi otak dan saraf tunjang sepenuhnya. Terdapat cecair yang dipanggil cecair cerebrospina (CSF) di antara dua lapisan ini. Cecair ini  berfungsi sebagai pelapik kepada otak (cushioning  of the brain). Cecair ini juga terdapat pada rongga di dalam otak yang dipanggil 'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf kranial yang khusus, yang  mengawal pergerakan mata, muka dan lidah.
Otak, seperti setiap organ lain dalam badan terdiri daripada sel-sel. Terdapat kira-kira 40 bilion sel saraf yang dipanggil neuron di dalam otak. Sel-sel ini berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan bahagian badan yang lain dengan menghantar mesej atau impuls saraf melalui sistem laluan saraf atau rangkaian (nerve pathway or network).
Bahagian-bahagian utama otak adalah seperti berikut: -
  • Cerebrum – Bahagian terbesar otak. Terdiri daripada dua bahagian atau hemisfera. Hemisfera kanan mengawal pergerakan sebelah kiri badan dan sebaliknya. Salah satu fungsi utama cerebrum ialah mengawal  fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi seperti pemikiran, ingatan, pertuturan, pendengaran, dan penglihatan.
  • Cerebelum - Terletak di bahagian belakang otak dan dan mengawal keseimbangan dan koordinasi badan.
  • Brain stem- Mengawal fungsi asas yang penting untuk mengekalkan kehidupan termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah.
Sebab-sebab ketumbuhan otak
Punca tumor otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik yang jarang berlaku (seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau , sindrom Li-Fraumeni) diketahui mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak.
Klasifikasi ketumbuhan otak
Tumor otak utama boleh terbentuk daripada mana-mana jenis sel yang terdapat di dalam otak. Ketumbuhan ini mungkin  bukan kanser (benign) atau kanser (malignan).
Tumor otak yang paling utama adalah benign, yang bermakna mereka cenderung untuk kekal dalam bahagian otak di mana mereka bermula dan tidak merebak ke kawasan lain atau ke laman yang jauh. Pembasmian sepenuhnya tumor ini melalui pembedahan adalah mencukupi.
Ketumbuhan otak yang malignan boleh merebak dan menyerang kawasan-kawasan lain. Walaupun ketumbuhan ini dibuang melalui pembedahan, mungkin terdapat sel-sel yang tertinggal yang berkemungkinan besar untuk tumbuh semula dan  menyerang badan.
Pengelasan tumor otak kepada benign dan malignant kadang-kala boleh  mengelirukan. Ada kalanya, ketumbuhan yang benign boleh membawa maut sekiranya ia memberi tekanan kepada bahagian otak yang penting seperti brain stem. Ketumbuhan yang  tidak dapat dibuang akan terus membesar dan mengancam nyawa pesakit. Ini bermakna semua ketumbuhan pada sistem saraf  adalah berbahaya.
Gejala ketumbuhan otak
Gejala ketumbuhan berbeza, bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan.
Sesuatu ketumbuhan  boleh menyekat aliran cecair serebrospina dan menyebabkan pengumpulan cecair dalam ventrikel. Ini dipanggil hydrocephalus. Tekanan yang dibangkitkan di dalam otak akan menimbulkan gejala seperti:
  • Sakit kepala.
  • Loya dan muntah.
  • Resah gelisah
  • Mudah marah/gelisah.
  • Mengantuk.
  • Perubahan personaliti.
  • Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat.
  • Bagi bayi, tekanan yang meningkat ini boleh menyebabkan bahagian yang lembut di kepala bonjol dan saiz kepala menjadi besar.
Ketumbuhan yang berlaku dibahagian cerebellum boleh menyebabkan lemah dan ketidak seimbangan semasa berjalan. Gejala lain akan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas oleh tumor. Ini termasuk:
  • Sawan.
  • Juling.
  • Kelumpuhan saraf/otot muka atau separuh badan.
  • Hilang ingatan jangka pendek.
  • Petuturan yang tidak jelas.
  • Gangguan fungsi usus atau pundi kencing, sakit belakang bagi ketumbuhan yang melibatkan saraf tunjang.
Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:
  • sawan
  • juling, penglihatan yang kabur
  • saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan
  • Hilang ingatan jangka pendek
  • Pertuturan kurang jelas
  • Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalah melibatkan saraf tunjang
Gejala ketumbuhan otak mungkin menyerupai masalah perubatan yang lain. Sentiasa rujuk kepada doktor anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Jenis ketumbuhan otak
Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glioma.
Rawatan
Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Modaliti rawatan terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak ketumbuhan yang mungkin. Ini akan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.
Kadang-kala saluran getah atau tiub perlu dimasukkan untuk mengalirkan cecair serebrospina berlebihan daripada otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Proses ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan intrakranial dan meredakan gejala.
Sekiranya ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah di tapak yang berbahaya seperti brain stem, atau jika pembedahan tidak lengkap atau jika ada kemungkinan bahawa sesetengah sel kanser tertinggal,  maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.
Kemoterapi adalah penggunaan dadah anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Ia digunakan secara rutin untuk merawat medulloblastoma dan semakin digunakan untuk merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.
Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang mengidap ketumbuhan otak?
Prognosis banyak bergantung kepada:
  • Jenis ketumbuhan.
  • Tahap penyakit.
  • Saiz dan lokasi tumor.
  • Kehadiran atau ketiadaan metastasis.
  • Respons tumor itu kepada rawatan.
  • Umur dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak.
  • Toleransi kanak-kanak terhadap ubat-ubatan tertentu, prosedur atau terapi.
Seperti kanser-kanser lain,  prognosis dan masalah jangka masa panjang berbeza daripada individu ke individu. Tumpuan segera perubatan dan terapi yang agresif adalah penting untuk memastikan  prognosis yang terbaik.
Apakah jenis penjagaan susulan jangka panjang yang perlu dijangkakan?
Salah satu matlamat utama adalah untuk memaksimumkan fungsi setiap kanak-kanak. Ini boleh dicapai melalui pemantauan dan campur tangan  pelbagai disiplin, mengikut keperluan termasuk:
  • Fungsi Intelek.
  • Penilaian endokrin dan rawatan.
  • Penilaian neurologi.
  • Penjagaan psikososial.
  • Pendengaran, penglihatan.
  • Fungsi motor.
Kanak-kanak yang dirawat untuk ketumbuhan otak selalunya mengalami perubahan dalam fungsi intelek dan motor yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Oleh itu, program yang boleh memenuhi keperluan khas mereka dan yang mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan secara individu bagi membantu  kepulangan mereka  ke sekolah dan memaksimumkan potensi mereka adalah penting.
Semakan akhir:26 April 2012
Penulis:Dr. Zulaiha bt. Muda
Penyemak:Dr. Eni Juraida bt. Abdul Rahman

   Bagi kes anak saudara aku ( umurnya 13 tahun, jantina lelaki), saiz ketumbuha yang dikesan adalah sebesar telur ayam, terletak di sebelah kiri atas otak.Gejala yang dilihat adalah, penglihatan semakin kabur, pertuturan kurang jelas dan saraf terganggu di sebelah badan iaitu di sebelah kanan.
   Mudah-mudahan, pembedahan yang akan dijalani pada 21 Mei 2013 ini, dapat membantu anak saudara sembuh sepenuhnya.Apa pun, aku harap, sesiapa pun yang membaca entry ini, sudi mendoakan kesembuhan total anak saudara aku tu, AHMAD BADRUZZAMAN B JASIM.

2 comments:

whitecappuccino said...

semoga dipermudahkan segala urusan..moga dia sembuh dan selamat.

Uji Hussein said...

Alhamdulillah.... Selepas pembedahan, dah makin sihat walau pun ada kesan sampingan.

Post a Comment