2 Mei 2013: Satu hari yang amat memenatkan.Jam 5 pagi seperti biasa mata dah celik.(Walau pun tidur pukul 3 pagi) 6.15 dah dalam perjalanan ke sekolah.6.30 pagi, punch in ( alamak!Aku lupa punch out time nak balik!) Terus ambil kertas exam di Bilik Exam letak di tingkat 4 Mak Datuk!Naik longgar lutut aku dok panjat tangga. 7.00 pagi, start masuk kelas kesayangan aku yang amat ceria pagi tadi.Rasa macam di fairy land le pulak.Lepas tu kelas kemas sikit-sikit apa yang patut dengan anak-anak murid kesayangan aku.Kemudian, beri taklimat sikit tentang kelas bertema dan lawatan pengetua-pengetua daerah Pasir Gudang hari tu.Share gambar jap.
Alas kaki pun kena ikut tema.
Bunga recycle adik aku bertunang dan nikah.
Aku silaplah sebab ingatkan nak wakil je nyanyi lagu kelas.Rupanya semua!Habis markah untuk lagu, out! Pamplet kelas, jadual waktu, pelan kedudukan dan lain-lain semua ok.Siap ada buku pelawat lagi tu.Semangatlah katakan!Tapi, tak kisahlah.Yang penting, bila masuk kelas, rasa macam masuk dunia magic je.Hehehehe!
Yang ni Sudut Bacaan.Nampak tak bekas telur ada love tu?
Itulah Pelan Kedudukan pelajar time exam.Recycle juga tu.
Yang nilah Buku Pelawat.
Yang ni pamplet kelas.
Ok.Sambung balik.7.30 pagi, mula jaga exam sampai 8.40 a.m.Kemudian, cepat-cepat ke ofis nak tutup register / buku kedatangan pelajar. Ayo.... Tak tutup kedatangan bulan April lagi.Hari ni dah 2 hb.Tapi tak sempat sebab 9.50 dah kena masuk kelas 5 Akaun.Sempatlah bagi tips exam.Sambil tu hati berdebar kerana pengetua-pengetua akan mula berpecah dalam kumpulan kecil untuk lawatan dari kelas ke kelas.Aku tengok, budak 5 Akaun masih sibuk nak tampal apa entah.Tak baik kerja last minute.Aku kata le tu.harap-harap dia orang tak kecik hati aku tegur.
Habis kelas tu, aku kena relief kelas 5 SK 3.Jujur aku mengaku rasa cuak nak masuk kelas tu.Maklumlah kelas agak hujung, konon katanya.Entah macam manalah agaknya.Risau aku kalau-kalau pengetua-pengetua tu masuk time aku relief.Tapi, aku rasa teruja sangat bila aku melangkah masuk je, aku disambut dengan pandangan yang sungguh indah!
Huiiii!!! I like!!! So sweet!Kata hati aku.
Jam 10.40 pagi.Masih lagi time rehat tapi ketua kelas dan beberapa orang lagi dah ada dalam kelas.Dah standby nak belajar.Rasa bersalah pulak sebab aku risau nak relief kelas ni mula-mula tadi.Tiba-tiba, 3 orang pengetua masuk ke kelas!Alamak!Budak-budak masih rehat lagi ni.Kata hati aku.Tapi, tak sampai 5 minit kemudian, kelas dah penuh!10.45 habis waktu rehat.Berdisiplin sungguh anak-anak aku.Kemudian, pengetua bertiga tu mulalah tanya macam-macam soalan tentang Kelas Bertema.Mula-mula mereka bertanya dalam BM tapi kemudian, mereka perasan yang anak-anak murid aku tu speaking London!Biasalah... Bila tengok muka aku je, budak-budak tau, sorry!No BM!Padahal aku relief kelas BM time tu.Tapi aku tetap nak ajar BI sebab aku nak anak-anak aku capai 90% kelulusan untuk BI tahun 2013 ni.
Dari kiri, Mr Gan, Mr Panir dan.... alamak!Lupa pulak sorang lagi tu.
Lebih kurang dalam 20 minit pengetua-pengetua ni interview anak-anak murid aku.Last sekali, satu kelas kena menyanyi lagu kelas.Ha?Satu kelas?Habislah anak-anak kelas 5 SK 1 aku sebab aku mintak wakil je yang standby untuk menyanyi. Tapi, serius aku rasa nak menangis sebab terharu kerana betapa 'bijaknya' anak-anak 5 SK 3 kelas yang aku relief ni menjawab soalan-soalan tu.Sampaikan ada yang kata, betul ke kelas 5 SK 3 ni?Bukan 5 SC 3 ke?Serius aku rasa macam nak peluk anak-anak murid aku tu sorang-sorang.Aku sukaaaaa sangat pamplet dan frame yang dia orang buat.
Pinggan tu ada nama pelajar.Yang di depan tulah pamplet kelas bertema.
Selepas pengetua-pengetua tu beredar, aku sambung bagi tips sampai habis masa jam 11.55.Kemudian, cepat-cepat aku ke 4 SC 1.Jenuh aku jalan laju-laju sebab kelas tu di blog lain.Sampai di kelas, aku tengok ada 3 orang pengetua perempuan sedang bertanya soalan-soalan pada pelajar.Kemudian, pelajar diminta menyanyi lagu tema kelas.Tiba-tiba, pengetua tu mintak aku menyanyi sama.Alamak!Manalah aku tau lagu tema kelas tu! Dah cuak dah!Tapi, bila tengok lagu tema tu lagu Season in the sun, aku pun ikut sama menyanyi.Komen?Positif sangat.
Kemudian, rutin biasa, mengajar dan lain-lain.Jam 1.30 petang, aku ke SMKPG 2 kerana sekolah aku finalis debat B.Inggeris daerah Pasir Gudang.Tajuknya, English patut jadi subjek wajib lulus semasa SPM.Sekolah aku diundi sebagai government.Dengan hujan dan ribut petir, anak-anak aku berjuang.Sempat juga aku sms Pengetua aku dan PK 1 yang tentunya masih lagi sibuk melayan tetamu di sekolah.Akhirnya jam 4.15 petang, diumumkan kami menang!YEAH!!!!Best speaker pun kami dapat!Alhamdulillah....... Cepat-cepat aku beritahu Pengetua dan beliau balas seperti berikut:
Congrats to all.I love all of u.
Tomorrow c me.
Bab I love u tu aku rasa appreciated sangat tapi bab tommorrow c me tu, aku rasa cuaklah pulak!Risau nak jumpa Pengetua.Hehehe.... Kemudian, on the way balik, PK 1 aku call dan ucap tahniah.
Inilah tulang belakang aku yang betul-betul tulang belakang.Kalau harapkan aku, memang tak boleh harap.
Inilah wajah-wajah pemenang. Yang tengah duduk atas stage tulah best speaker.
(Dua-dua gambar ni hak milik tulang belakang aku)
Sekarang ni, jam dah pukul 10.25 malam.Badan letih yang amat tapi seronok sangat.Hajat hati nak tidur awal tapi, lesson plan esok dan Isnin tak siap lagi.Esok kena hantar pada pengetua.Nak blogging?Jangan harap.Dapat post satu entry ni pun dah cukup baik.Apa-apa pun, aku redha jelah.... Berkorban Untuk Negara kan? SELAMAT MENGUNDI.( Esok nak bawak anak-anak murid aku melawat ke kelas-kelas lah.Seronok tengok semua kelas cantik dengan macam-macam tema.Rasa macam tak nak balik rumah.)
0 comments:
Post a Comment