Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, May 18, 2013

Sebelah happy sebelah ...

   Harap-harap masih belum terlambat untuk pos entry tentang Hari Guru.Bukan apa, semalam langsung tak sempat.Sampai rumah pukul 2 petang ,kemudian lebih kurang 2.30 petang dah ke hospital.Balik dah hampir 8.00 malam.Sempat masak untuk mak dan ayah kemudian baru aku balik ke rumah.Hajat hati nak terus buat persiapan untuk Lawatan Penanda Aras B Inggeris SMK Pemas Jaya 3 tapi badan aku rasa dah jadi ketam lembik!

   Anak saudara aku menderita ketumbuhan otak.Sebelah hati aku happy dengan sambutan Hari Guru yang cukup meriah tetapi sebelah hati aku sedih Allah saja yang tahu.Apa tah lagi bila anak saudara aku tu bertanya sendiri pada staff nurse bila boleh balik.Bila staff nurse kata tak boleh balik, anak saudara aku tu menangis. Tarikh pembedahan pada 21 Mei ni.Tinggal berapa hari saja lagi.Doakan anak saudara aku tu ye.

   Berbalik pada sambutan Hari Guru, tahun ini tema yang dipilih adalah Kesultanan Melaka.Tak sempat nak beli ke apa jadi pakai jelah mana yang ada.Cucuk sanggul pun pandai-pandai je buat sendiri.Hajat mula nak pakai crown.Maklumlah nak jadi permaisuri tapi seganlah pulak.Tu yang aku pakai cucuk sanggul je tu.Nasib baik aku tak pakai crown!Pengetua pakai crown jadi kalau aku pakai karang overshadow dia lah pulak.



Kenangan Hari Guru, bergambar bertiga dengan teman setugas.



Seronok juga pakai style zaman dulu ni.
Kalau pengacara bercakap style zaman kesultanan Melaka tentu tambah seronok.



Inilah acara paling gempak.Main futsal pakai kebaya, pakai sari, pakai lenga.
Yang best tu, Penolong Kanan 1 sporting habis ikut main futsal.
Yang mana satu?
Tu!Yang pakai kebaya hijau tu!



Macam-macam gaya.Ada Hang Tuah, ada Sultan Mahmud, ada permaisuri raja,ada puteri India, ada Pak Sheikh pedagang Arab dan isteri.
Puan Pengetua siap dengan crown lagi.



Time nilah aku kena paksa ke majlis satu lagi yang kebetulan berlangsung di sekolah aku juga hari tu.



Tak sempat nak tengok gimik Tengku Mahkota ni keluar dari kotak.

p/s:Doakan anak saudara aku tu sembuh, sihat sedia kala ye.


0 comments:

Let's have a break!