Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, October 11, 2014

Bonus setengah bulan gaji.Cukup ke?

   Hari ni, esok dan lusa, di mana-mana orang cakap pasal bajet 2015.Aku nak mengulas panjang lebar, aku tak reti.Yang aku reti, cerita pasal bonus setengah bulan gaji je.Kwang!Kwang!Kwang!Sebagai seorang 'yang menurut perintah',dapat bonus ke tidak aku syukur je.Takdelah sampai terpaksa ikat perut.Walau pun kadang-kadang aku terpaksa ikat perut sebab tak suka makan di kedai.Tapi badan membuntal juga.Opps!Alhamdulillah....

   Cerita pasal bonus setengah bulan gaji tu, walau pun macam sikit, tapi sekurang-kurangnya dapat membantu terutama mereka yang masih menanggung anak-anak sekolah.Walau pun bayaran persekolahan dihapuskan, tetapi banyak belanja lain yang perlu dikeluarkan.Tambang bas, duit buku, duit uniform, beg, kasut dan macam-macam lagi.Sebagai seorang yang biasa dengan sepak terajang dunia pendidikan, aku harap sangat yang ibu bapa sanggup mengeluarkan sedikit belanja untuk anak-anak.Jangan pulak nanti, bonus tu habis ke lain pulak.Kesian anak-anak.

   Tentang bonus ni juga, ada yang cakap, alah... setengah bulan gaji je pun!Tapi, bagi aku yang tak berapa nak kaya ni, dengan bonus setengah bulan gaji itulah aku plan nak bayar macam-macam.Lebih-lebih lagi awal tahun.Bukan yang ada anak sekolah je perlu keluar belanja.Aku pun perlu keluar belanja juga untuk ' anak-anak sekolah ' aku. Aku nak beli stiker untuk label buku anak-anak sekolah aku.Aku nak beli pen lebih-lebih sikit.Maklumlah kadang-kadang budak-budak ni berebut pen.Kalau ada pen lebih, boleh juga aku sedekah.Begitu juga dengan buku tulis.Ada anak-anak yang menulis atas 'kulit buku' sebab emak ayah belum ada duit nak beli buku.

   Selain daripada itu, aku nak standby beli bekas air ke, bekas makanan ke.Manalah tau,ada anak sekolah aku yang bawa bekal guna bekas Axion.Tahun 2011 kalau tak silap aku ada belikan bekas makanan untuk anak sekolah aku yang bekal guna bekas Axion.Aku cadang, nak beli kain felt lebih sikit dan buat brooch ke keychain.Bila buat kuiz di kelas, sesiapa yang menang, aku berilah keychain atau brooch yang aku buat tu.Anak murid aku seronok sangat!

   Duit bonus setengah bulan gaji tu juga aku cadang nak beli kertas A4 banyak-banyak.Letak di mesin fotostat dalam bilik aku.Khas untuk guru-guru Bahasa Inggeris yang lain.Dapat juga aku tambah pahala.Mudah-mudahan makin bersemangat adik-adik dan kakak-kakak aku mengajar.Bukan senang nak mengajar B.Inggeris kata orang.Tu yang tak ramai sanggup mengajar Bahasa Inggeris tu!Oklah..Aku nak baca whatsapp pasal bajet 2015 lagi sambil-sambil buat kerja sekolah.Manalah tahu, dapat ilham lain untuk kembangkan bonus tu jadi pahala di akhirat.Saham untuk aku yang tak berapa sedia nak mati lagi ni.Amiin!!!


Dapat bonus?
Senyum itik nampak?

p/s:Kalau kena caranya, jangankan bonus setengah bulan gaji, 
tak de bonus pun, dengan izinNya,akan cukup.
Asalkan ukur baju di badan sendiri.
Faham?
Tak faham tanya Cik Itik.


1 comments:

monalita mansor said...

syukur, lebih baik daripada org yang tak berbonus langsung ni.

Let's have a break!