Thursday, October 30, 2014

Gemuknya kau, Cik Lenovo!Meh bagi kempis perut tu!

   Patutlah Cik Lenovo aku berat semacam.Beribu-ribu lemon gambar yang aku simpan.Niat asal nak simpan sekejap je.Tapi maklumlah... Hehehe!Jadi, beberapa hari lepas aku ambil kesempatan upload gambar-gambar tu ke FB.Maka terpaksalah aku korban banyak GB jug untuk bulan ni.Hari ni 30 hb.Ada 2 hari lagi untuk ke bulan baru.Tapi Kuota dah nak habis 20 GB.But, it's ok.At least aku dapat bagi slim Cik Lenovo aku.Mudah-mudahan, selepas ni, akan bertambah lancar semua kerja sekolah dan dunia blogging aku.

   Kenapa kerja sekolah?Iyelah... Zaman sekarang ni mengajar banyak guna internet.Bukan macam zaman aku dulu.Cukup dengan chalk and talk!Zaman sekarang ni budak-budak buat kerja sekolah secara online.Cikgu menyemak pun guna online.Dah tu, kenalah pulak key in macam-macam maklumat.Jadi 20 GB tu sekejap je dah habis.Mengajar di zaman serba canggih ni, kadang-kadang bukan cikgu yang mengajar anak-anak murid, tapi, anak-anak murid yang mengajar guru.Terutama guru yang tak berapa nak remaja macam aku.Cuma, aku lebih bernasib baik sedikit kerana biasa menari di hujung jari.Tak delah kekok sangat.

    

Salah satu gambar yang aku jumpa semasa operasi mengempiskan perut Cik Lenovo.
Ala.... Rindunya pada anak-anak murid aku yang nakal-nakal manja ni.


2 comments:

Bunda_nora said...

Assalam,

lama dah rasanya tak berkunjung kesini...orang sini pun dah lama tak berkunjung ke TERATAK BUNDA...

LadyBird said...

Cikgu zmn skrg kene prektis mnri jari la jwbnye.. hihihi.. smg terus bjy mnjd cikgu mithali...

Post a Comment