Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, February 19, 2015

Cik Fiyya pakai baju mandi.

   Hai acik-acik semua!Dah lama Fiyya tak enterframe.Maklumlah Cik Uji sibuk.Merajuk panjang.Hari ni baru Cik Uji ada masa nak layan Fiyya.Bagi yang tak kenal Fiyya, meh Fiyya kenalkan diri.Nama Fiyya Nur Farah Saffiya binti Ahmad Firdaus.Saya anak saudara Cik Uji.Cik Uji tinggal di Johor tapi Fiyya tinggal di Ampang.Baru je 3 hari lepas Fiyya jumpa Cik Uji masa balik Johor.

   Sebenarnya, banyak yang Fiyya nak share tapi untuk hari ni biarlah Fiyya cerita tentang yai Fiyya.6 hari lepas yai Fiyya masuk hospital.Semua orang susah hati,Fiyya pun susah hati.Sebab tu Fiyya balik Johor.Kesian papa dan mama Fiyya.Cik Mi Fiyya yang tinggal di Shah Alam pun balik.Tapi Cik Mi naik flight.Fiyya naik Jenny papa je.Jenis apa entah.Fiyya pun tak tahu.

   Yai kena masuk wad lepas ambulans ambik pukul 3 pagi.Cik Uji langsung tak sedar sebab masa tu Cik Uji makan ubat.Kesian Cik Uji sebab hari-hari kena makan ubat.Kalau tak silap, baru 2 minggu lepas doktor sahkan Cik Uji kena... alah lupa pulak Fiyya.Sebelum tu pun Cik Uji dah kena makan ubat sakit yang lain.Kalau ikutkan sekarang, sehari 3 kali, sekali makan  8 biji ubat besar-besar Cik Uji kena makan.Tu yang jari Cik Uji jadi kasar dan kejung.Kesan ubat le tu.

   Oh ya.Cerita balik pasal Yai.Yai kena sakit kencing manis.Yai pengsan tak sedar.Sekarang yai kena cucuk insulin untuk ubat kencing manis.Insulin tu apa acik-acik?Kata doktor, selain kencing manis, yai keracunan makanan sebab yai makan lauk yang dihangat tapi lauk tu dah tercemar.Doktor mintak yai tinggal 2 minggu di hospital tapi yai mintak balik.Masa di hospital, ramai yang datang melawat yai.Bila yai balik, ramai pulak yang melawat di rumah.

   Sebelum Fiyya undur diri, Fiyya nak ucapkan terima kasih pada Mak Yong Fiyya sebab tolong jaga Yai di hospital 4 malam.Lepas tu Mak Cak pulak jaga semalam.Cik Uji memang tak dapatlah nak jaga sebab sekolah.Mama Fiyya apa tah lagi.Mak Ti?Mak Ti nampak bangunan hospital pun rasa nak pitam.Kesian Mak Ti.Fiyya pergi juga ke hospital tapi makcik jaga yang baik-baik tu tak beri Fiyya masuk.Tak pelah.Untuk kebaikan Fiyya juga.Jadi terpaksalah mama dan papa bergilir-gilir dukung Fiyya.Oklah cukup sampai di sini celoteh Fiyya.Oh ya.Umur Fiyya baru 9 bulan.Baru pandai duduk.Salam sayang acik-acik....


Fiyya belanja gambar.Fiyya pakai baju belang-belang


Fiyya dah standby nak swimming


Fiyya mama dukung .Comel tak Fiyya pakai kaler biru?



   

0 comments:

Let's have a break!