Ada yang tegur kenapa aku suka sangat share gambar Marian Rivera dan Dingdong Dantes.Jawapannya, mudah je.Sebab aku suka sangat pelakon dua orang dari Filipina tu.Aku suka kerana of course lah dua-dua tu kacak dan jelita tapi bagi aku yang memandang, mereka berdua bukan sekadar kacak dan jelita pada wajah tetapi juga pada hati.Nampak macam ikhlas je.Pada pendapat aku le.Yang kedua kerana lakonan mantap kedua-duanya.Tak kiralah apa watak yang diberi, mesti hidup lakonannya.Setengahnya tu harap muka je lawa tapi lakonan macam kuih akok.Hihihi!!!
Ketiga kenapa aku suka Dongyan kerana nampak keduanya begitu hormat dan kasih pada orang tua.Tapi berdasarkan gambarlah.Tak perlu pos cantik je 24 jam.Sesiapa pun dilayan sama rata.Bila keduanya ada jodoh, lagilah aku suka.Bagai pinang dibelah dua.Bagai cincin dengan permata.Sangat sesuai!!!Jika tengok di FB, peminat Dongyan ni bukan setakat di Filipina je, tapi serata dunia...dan aku salah seorang dari mereka.Salah ke?Untuk kenang-kenangan, aku dah mintak anak murid aku budak Filipina yang sekarang ada di kampungnya untuk belikan aku majalah YES khas perkahwinan Marian dan Dingdong.Bukan taksub ye.Setakat minat je.
Tak sabar nak belek!
0 comments:
Post a Comment