Showing posts with label marian rivera. Show all posts
Showing posts with label marian rivera. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

Tunggu Dongyan datang!

    Ada yang tegur kenapa aku suka sangat share gambar Marian Rivera dan Dingdong Dantes.Jawapannya, mudah je.Sebab aku suka sangat pelakon dua orang dari Filipina tu.Aku suka kerana of course lah dua-dua tu kacak dan jelita tapi bagi aku yang memandang, mereka berdua bukan sekadar kacak dan jelita pada wajah tetapi juga pada hati.Nampak macam ikhlas je.Pada pendapat aku le.Yang kedua kerana lakonan mantap kedua-duanya.Tak kiralah apa watak yang diberi, mesti hidup lakonannya.Setengahnya tu harap muka je lawa tapi lakonan macam kuih akok.Hihihi!!!

   Ketiga kenapa aku suka Dongyan kerana nampak keduanya begitu hormat dan kasih pada orang tua.Tapi berdasarkan gambarlah.Tak perlu pos cantik je 24 jam.Sesiapa pun dilayan sama rata.Bila keduanya ada jodoh, lagilah aku suka.Bagai pinang dibelah dua.Bagai cincin dengan permata.Sangat sesuai!!!Jika tengok di FB, peminat Dongyan ni bukan setakat di Filipina je, tapi serata dunia...dan aku salah seorang dari mereka.Salah ke?Untuk kenang-kenangan, aku dah mintak anak murid aku budak Filipina yang sekarang ada di kampungnya untuk belikan aku majalah YES khas perkahwinan Marian dan Dingdong.Bukan taksub ye.Setakat minat je.



Tak sabar nak belek!

Saturday, December 15, 2012

Artis cantik jelita ; kulit putih, rambut panjang, hidung mancung bla bla bla

   Selain Marian Rivera ( Si Marimar) aktres jelita dari Filipina yang selalu senyum tu, aku juga suka sangat tengok wajah Wulan Guritno dari Indonesia.Oleh kerana aku tinggal di Pasir Gudang dan dengan mudah boleh menonton siaran Indonesia, dah lama juga aku tahu tentang Wulan Guritno ni.Dan yang pasti dari dulu sampailah sekarang, Wulan Guritno tetap cantik, anggun dan jelita.Seorang lagi aktres cantik yang aku suka adalah 'Esmeralda' dari mexico.Nama sebenarnya natilah aku Google.Aktres Malaysia pulak aku suka tengok Izara Aishah.Singapura?Siapa ye?Jap aku fikir.....


Wulan Guritno ( Indonesia)


      
Marian Rivera ( Filipina)

Izara Aishah (Malaysia)

Esmeralda ( Mexico.Nama betul tak tau.Boleh tolong carikan?)

....  Ala tak terfikir pulak siapa aktres Singapura yang boleh masuk senarai aku.

Itu je lah aku nak kongsi pagi ni.

Friday, December 14, 2012

Cantiknya!!!!




Antara ciptaan Allah yang paling indah


MARIAN RIVERA
CUTE TLAGA!!!

Thursday, November 22, 2012

Pangako Sayo.. Oooooo....

   Dari dulu aku selalu dengar orang cerita pasal Pangako Sayo tapi aku buat donno je.Malas nak layan cerita tu kononnya.Tapi, selepas aku menonton cerita Marimar, alah yang ada Marian Rivera dengan Dingdong Dantes tu, aku jadi terpikat pulak dengan cerita Filipina dan bahasa Tagalog.Lepas satu, satu lagi aku tengok.Termasuklah cerita Mara Clara.Sekarang ni, aku tengah menunggu siri kemuncak Impostora.Bila entah agaknya.Dan hari ni jugak aku dah 'tertengok' Pangako Sayo.Alah.. Lulu Caldina pun suka Pangako Sayo ni.Rasanya lepas ni aku terus follow.

   Cerita pasal telenovela Filipina ni, tak sah kalau tak cerita pasal bahasanya kan?Dan kenapa entah, aku teringin sangat belajar bahasa ni.Rasanya tak susah sebab banyak perkataan daam bahasa ni yang sama dengan bahasa Melayu.Jadi, aku pun mintak tolong anak murid aku si Izza Asuncion Ranido, yang nak balik ke Filipina cuti sekolah ni, untuk carikan kamus dan buku belajar bahasa tagalog.Manalah tau kan, nanti dapatlah aku praktikkan bahasa tagalog aku tu dengan Dingdong Dantes di FB! Hahahaha...

-
-
-
-
-
-

Marian Rivera


Izza Asuncion Ranido
Anak murid aku.

Psst.... orang Filipina ni memang lawa-lawa ek?