Showing posts with label magkaribal. astro bella. Show all posts
Showing posts with label magkaribal. astro bella. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Pangako Sayo.. Oooooo....

   Dari dulu aku selalu dengar orang cerita pasal Pangako Sayo tapi aku buat donno je.Malas nak layan cerita tu kononnya.Tapi, selepas aku menonton cerita Marimar, alah yang ada Marian Rivera dengan Dingdong Dantes tu, aku jadi terpikat pulak dengan cerita Filipina dan bahasa Tagalog.Lepas satu, satu lagi aku tengok.Termasuklah cerita Mara Clara.Sekarang ni, aku tengah menunggu siri kemuncak Impostora.Bila entah agaknya.Dan hari ni jugak aku dah 'tertengok' Pangako Sayo.Alah.. Lulu Caldina pun suka Pangako Sayo ni.Rasanya lepas ni aku terus follow.

   Cerita pasal telenovela Filipina ni, tak sah kalau tak cerita pasal bahasanya kan?Dan kenapa entah, aku teringin sangat belajar bahasa ni.Rasanya tak susah sebab banyak perkataan daam bahasa ni yang sama dengan bahasa Melayu.Jadi, aku pun mintak tolong anak murid aku si Izza Asuncion Ranido, yang nak balik ke Filipina cuti sekolah ni, untuk carikan kamus dan buku belajar bahasa tagalog.Manalah tau kan, nanti dapatlah aku praktikkan bahasa tagalog aku tu dengan Dingdong Dantes di FB! Hahahaha...

-
-
-
-
-
-

Marian Rivera


Izza Asuncion Ranido
Anak murid aku.

Psst.... orang Filipina ni memang lawa-lawa ek?

Thursday, April 5, 2012

Cabaran blogger.

 Hari ni meeting lagi.Mula 2.15 ptg dan tamat lebih kurang 4.45 ptg.Rasa berasap kepala otak den.Tapi takpelah.... hamba rela berjuang demi anak bangsa.... Heh heh heh!( Ketawa tak berapa ikhlas) Balik rumah, gitu gini dah dekat 5.30.Pas tu masak.Menu ikan tongkol singgang Terengganu dengan budu.Mahal juga ikan tongkol rupanya.Sekilo RM11!Tokojut den!

   Lepas masak, niat hati nak blogging jap sambil-sambil jerang air nak buat teh o.Tiba-tiba, rasa nak putus salur jantung aku!Cik Lenovo aku tak boleh on!Keras kaku macam orang mati!Sudah!Tak dapat blogging aku hari ni!Sedihnyaaaaaa...........Alamat tak de harapanlah aku nak jadi blogger selebriti macam Fatin Lyana yang cantik aduh mak tu.

   Tiba-tiba, aku teringat pada Mak Temah Samsung aku yang dah berhabuk lama tak ku sentuh.Try on.Alhamdulillah..... Nasib baik masih bernyawa lagi.Walau pun Mak Temah jalan dah termengah-mengah, dapat jugalah aku up date blog aku ni jap sambil tunggu Rivals di Astro Bella jam 12 malam.Tiba-tiba, aku terkenanglah pulak zaman chatting awal tahun 2000 dengan kengkawan alam siber aku.Masa tu rasanya, macam angau dengan After 7 ) Chatroom popular time tu).OK.Next time, aku cerita panjang-panjang, macam mana seronoknya chatting zaman tu.Sekarang ni aku cuma dapat jenguk jap je.Maklumlah Mak Temah Samsung desktop aku ni dah tua.Kang dengan dia-dia karang keras kaku macam Cik Lenovo aku.Baru haru!Tak dapek den nak blogging!INilah cabaran seorang blogger, kan?Anda setuju?



Padahal aku dah tak sabar nak date dengan si Louie ni
Hahahaha!!!!!!




Rivals @ Magkaribal di ASTRO Bella.

( Tiba-tiba aku teringin belajar bahasa Tagalog)