Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, April 19, 2015

Ucu yang kacak

   Aku ada seorang pakcik.Yang handsome aka kacak.Orangnya baik hati.Orangnya lembut.Pemandu paling berhemah pernah aku jumpa atau kenal.Bertugas sebagai seorang pendidik.Lahir pada tahun 1957 tapi mmm.... awet muda. Tak percaya?Sila tengok gambar...



Ha.... Inilah dia pakcikku.Adik bongsu emak.
Cayalah Cu!Posing maut atas skuter.




Yang cantik manis baru sarung cincin tu anak bongsu pakcikku.

Saturday, April 18, 2015

Petua elak mandul

   Semenjak dua menjak (Ampun cikgu BM) ni, aku jatuh cinta lagi.Kalau dulu aku sukakan yang besar.Sekarang aku suka yang kecik.Dengan kata lain, dulu aku suka mawar atau ros biasa, sekarang aku jatuh cinta dengan ros jepun.Kenapa ros jepun?Manalah aku tau.Agaknya asal dari Jepun kot.Tapi masalah besar melanda hidupku.Telah puas ku cuba trial and error, namun tetap hampa.Masalahku adalah.... ros jepun ku mabuk daun!Bunga ?Ala... cinonet na dah tu sikit pulak bilangannya.Daun bukan main gemuk!Aku dah bubuh baja bunga dah cuma baja kopi je belum.Masalahnya aku tak pasti, baja ke kopi?Alahai.... tolonglah aku.Janganlah biar ros jepun ku mandul.Aku tak rela!Berilah aku petua elak mandul!


Yang ni orang lain punya.




Yang ni pun orang lain punya!!




Yang ini juga.Bukan ros jepun milikku!




Bukan juga!



Still a no no!

Beri aku petua supaya Cik RJ ku tak mandul..
Please!!!

Apa Cik Fiyya kata

   Assalamualaikum acik-acik!Dah lama Fiyya tak muncul di blog Cik Uji sebab Cik Uji pun dah lama tak muncul.Kik!Kik!Kik!Hari ni Fiyya muncul balik.Fiyya is a big girl now.Bulan depan Fiyya dah setahun.Fiyya dah tumbuh gigi, dah pandai jalan, dan macam-macam lagi lah.Untuk hari jadi Fiyya bulan depan, Cik Uji dah belikan sesuatu.Fiyya pun tak tau apa bendanya.Cik Uji nak buat surprise le tu.Suka la Fiyya.Kalau pergi mana-mana, nampak baju baby girl,mesti Cik Uji teringatkan Fiyya.Kan?Kan?Hihihi!



   Enterframe gambar Fiyya satu.Ha... itulah rupa Fiyya sekarang.Dah babam!Apa taknya.Hari-hari mama beri makan puri.Macam-macam puri mama bagiNasib baik tak angkasapuri.Eh!Angkasapuri tu apa?Fiyya tak taulah. Selain mama, papa pun suka suap Fiyya puri.Kalau baby zaman dulu, dia orang makan puri juga tapi puri lenyek.Contohnya pisang lenyek.Wah!Berkhasiat juga tu.Fiyya makan puri kurma dan.... apa ek.Lupa pulak.


   Ha...Yang inilah papa Fiyya.Handsome kan?Papa Fiyya memang gelap sikit sebab dia suka memancing.Tapi, gelap-gelap pun papa jadi kesayangan ramai orang.Maklumlah papa kan anak bongsu.Fiyya pulak anak sulung.Mmmm....bilalah agaknya Fiyya nak dapat adik ye mama?Hihihi!Semua orang suka kalau Fiyya ada adik.Fiyya apatah lagi.. Hihihi...Oklah acik-acik.Fiyya berhenti di sini dulu.Kalau ada masa, Fiyya jumpa acik-acik lagi... Assalamualaikum...

Yang benar,
Nur Farah Safiyya binti Ahmad Firdaus

Bintang-bintang terang

   Alhamdulillah.... dalam usia yang tak berapa muda ni, aku dipertemukan kembali dengan teman-teman zaman persekolahan setelah lebih 30 tahun berpisah.Meskipun masing-masing punya dunia sendiri, kasih sayang atas nama persahabatan menyatukan kami kembali.Bersyukur pada yang maha esa atas kurniaanNya kerana bagiku sahabat-sahabat adalah umpama bintang-bintang terang yang menyinari dunia gelapku.Maka tak perlulah aku terus bertemankan sepi.... Terima kasih 




Bintang-bintang terangku...

Friday, April 17, 2015

Malam Ini



MALAM INI

1)Malam ini...
Malam sepi
sedang duduk
bertafakur
menghitung nasib diri
di akhirat nanti...

2) Malam ini...
Malam menilai harga diri
Di sisi Tuhan
berapakah sekati
atau dicampak ke jurang api tak siapa peduli.

3) Malam ini...
Dengan izinNya
aku berusaha membersih hati
dengan zikir
makrifah diri
tertunduk menangis tak berhenti...

4) Malam ini...
Teringat dalam fikiran ku tentang sabda nabi
bahawa di akhir zaman yg ku lalui kini
sedang bercambah 73 jalan dan yg benar hanyalah satu jalan.

5) Malam ini
Ku harap bukan malam nafasku yg terakhir sekali
sedang aku masih belum khatam memahami al QuranMu Ya Ilahi.

Malam ini aku takut sekali...
Kerana persediaan ku belum mencukupi...oh Tuhanku...Rabbil A'lamin.
                              
                                                                                                      
~NURALAM~ 

Kalau sebaya kan best!

   Aku mula mengajar secara rasminya mulai 1995.Sekarang dah tahun 2015.Kalau anak dara, dah cukup umur nak menikah dah.Macam-macam perangai anak murid aku dah jumpa.Tapi, alhamdulillah, sehingga hari ini, tak delah kenangan pahit berkaitan anak murid.Satu lagi kenangan tercatat bila aku terima dua kuntum bunga ros dari anak murid aku.Pelajar tingkatan 2.Baik budaknya.Dipetiknya dua kuntum ros di tepi kantin dan diberinya padaku.Nasib baik pakcik tukang kebun tak nampak!Tapi, yang tak seronoknya bila dia kata, Kalau teacher umur baya saya kan best!Sambil tersengih!Krik!Krik!Apalah maksud budak bertuah tu.Malu la sebab aku bukan muda lagi walau pun hati aku muda.Hihihi!



Nampak?Dua kuntum bunga yang dah layu tu?

Ke sesi pagi lagi...Redha

   Assalamualaikum.... Lama tak blogging.Rindu sangat nak mengadap laptop sambil ditemani Cik Muk, si penghisap darah.Diam tak diam, hampir 2 bulan aku merajuk dengan laptop.Dahlah kerja banyak.Masalah banyak bertingkek-tingkek!Nak blogging pun tak de mood!Tapi, hari ini, aku sambung blogging semula sebagai catatan perjalanan hidupku.

   Aku mulakan dengan kisah semalam, 16 April 2015.Guru Kanan Bahasa, Kak Aishah yang cantik, maklumkan yang aku diminta mengajar di sesi pagi semula.Alahai!Kelas form 5 le tu!Kelas exam.Dah bertahun mengajar kelas form 5 rasa macam malas lah pulak.Tapi bila fikirkan anak-anak yang tak de guru Bahasa Inggeris, aku redha je lah.Ikhlas.Aku pun kata Yes.Maknanya semalam, aku must say goodbye to anak-anak manja aku di sesi petang,anak-anak form 1 and 2.Huhuhu!Sedihlah juga!Lebih-lebih lagi bila ada yang menangis!Sayang juga korang kat teacher ye!     Maka mulai minggu hadapan,terpaksalah aku singsing lengan perah otak memikirkan cara untuk pastikan anak-anak aku di form 5 berjaya.Chaiyokk!!!



5 minit terakhir kelas, bersamaan 6.40 petang kami posing sebagai kenang-kenangan.
Maaflah sebab muka teacher dah berminyak-minyak.
Hihihi..
Love you all!

Let's have a break!