Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Monday, October 28, 2019

SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

     Alahai  SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ! Beria-ia aku nak key in markah peperiksaan akhir tahun.Tapi masih tutup lagi.Pertengahan tahun hari tu, aku key in 8 kelas kerana aku mengajar 8 kelas.Kali ni 5 je.Alhamdulillah, sebelum cuti Deepavali, dah siap dah semua. Bahasa Inggeris tingkatan 2 tahun ni ada 4 kertas iaitu kertas 1 (Reading), kertas 2 (Writing) kertas 3(Speaking) dan kertas 4(Listening).Setiap satu adalah 25%.

   Maksudnya setiap murid mesti menduduki kesemua keempat-empat peperiksaan barulah layak diberi gred.Dengan kata lain, jika terlepas satu kertas, markah akan diproses untuk markah keseluruhan tetapi hanya TH dicatat dalam slip peperiksaan dan bukan gred.Bagi anak-anak murid aku, TH tu macam sumpahan.Seboleh-bolehnya perlu dielak.TH akan meletakkan kedudukan paling bawah dalam ranking. Padahal markah tahap pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah adalah lebih penting.      SAPS @ Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ok la.tak de Idea dah nak tulis.Tunggu ilham datang balik.


Hasil gambar untuk saps image

Friday, July 27, 2018

Kau dah kenapa mancing dalam masjid?

   Patutlah aku rasa tak sedap hati sehari dua ni.Rupanya ada kes yang akan berlaku.Hari ni baru lah aku tahu. Sebelum ni, kalau anak murid aku @ aku jadi guru tingkatannya, kena tarik telinga ke apa dengan cikgu lain pun aku rasa sedih, rasa down... ini kan lagi kena tahan @tangkap? dengan polis dan dibawa ke balai polis dengan kereta polis.Sedihnya!!!Ku sedih sungguh sedih!Lagi la bila pentadbir kata, aduh cikgu!Cikgu buat apa sebagai guru tingkatan?

   Rasa nak menangis time tu jugak!Bukan nak membangga diri tapi selama ni memang dah terlalu banyak aku tolong anak-anak murid aku.Bukan setakat beri pen (beri tau, bukan pinjam) malah duit belanja makan pun kalau ada yang datang mengadu kata tak de duit, aku tetap hulur walau pun masa tu hujung bulan.Hatta beri duit untuk beli beras pun pernah!Tapi bila berlaku kes terpencil seperti ni, jari semua dituding ke muka aku.HELLO!Aku cuma guru tingkatan ye.Rapat macam mana pun aku ada life aku sendiri.Dengan anak-anak aku.Dengan suami aku.Budak tu ada mak malah ada 3 bapak!

   Itulah masalahnya.Ada 3 bapak tapi semua bapak hampeh.Bapak kandung ke bapak tiri sama je tak boleh pakai.Nak salahkan maknya pun tak boleh.Bukan pilihan dia untuk kawin cerai kawin cerai dan jadi miskin tapi tu semua sebab spesis jantan tak guna yang cuma tau wujudkan anak tapi tak tau jadi bapak!Keparat!Sampai anak mancing duit tabung masjid!Tugas aku tamat di sekolah.Masa budak tu lebih di rumah.Pilih kawan pulak yang bawa petaka.Mak sibuk kerja jadi memang tak sempat nak pantau anak.Tapi,jangan salahkan mak dia sebab seburuk-buruk  mak, takkan ajar anak memancing duit tabung masjid.

   Seharian aku rasa down.Sampaikan kucing lalu pun aku rasa nak beri penampar!Astaghfirullah....Aku tak pasti di sekolah lain tapi di sekolah aku ni sangat-sangat jarang ada kes mencuri dll di sekolah.Anak-anak murid@ didik kami cukup terdidik.Tapi kes berlaku di luar kawasan sekolah. Walau pun dengan uniform sekolah, tali leher dan lencana sekolah, tak adil kalau kami, guru sekolah, terus dilabel sebagai gagal mendidik.Buktinya, anak murid aku yang memancing di masjid tu, tak de pun kes disiplin di sekolah.Di luar sekolah bukan bidang tugas kami, guru jadi tak adillah kalau kami sahaja yang disalahkan.Tolonglah faham...

    Sampai saat ini aku rasa down.Kemurungan aku ... Rosak program nak berjimba-jimba dengan happynya.Tak de mood. Nasib baik la hari ni cuti.Aku hanya mampu berdoa moga cepatlah kemurungan ini berlalu pergi.Malas nak fikir lebih-lebih tapi otak ni degil.Berfikir juga sampai nak lena pun susah.Aku tak habis fikir sebab si pemancing masjid ni anak yang cukup baik, rajin dan berbudi bahasa.Jadi, itulah.... sebab kemiskinan, syaitoooon durjana berjaya menjadikannya seorang pemancing.Memancing di kolam je lah nak oi!Tambah kemurungan aku bila dia kata, terpaksa mencuri sebab nak beli beras.Mak cuma ada RM1.20!Allahu..... Tambah kemurungan aku kerana minggu lepas budak ni jugalah yang belikan aku sepasang pin tudung berharga RM10.Huhuhu!




Dah... belajar ajin-rajin.Jangan memancing lagi.






Sunday, December 27, 2015

Tolong jangan ganggu

   Hari ini,27 Disember 2015, bermulalah tugas untuk tahun 2016.Seperti biasa, tugas dimulakan dengan mesyuarat.Bukan satu, tapi macam-macam sesyuarat.Kemudian diikuti dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1 hingga 5.Aku mesti sediakan mental dan fizikal yang kuat kerana aku ingin menjadi sepohon durian yang gagah bukan pokok taugeh yang lemah!Kau ganggulah aku.Takkan ku endah!Daripada susah hati fikirkan masalah yang tak sudah, baik aku cari alat-alat tulis yang bersepah!Tahun ni, aku berazam untuk berjimat-cermat jadi aku gunakan apa yang ada.Kalau kotor, aku basuh.Ahamdulillah...



Tiga beg penting dah siap basuh.

p/s:Jangan ganggu aku.Kalau tidak, aku cucuk mata tu dengan pen bagi potek!

   

Thursday, December 24, 2015

Pernah jadi kawan syaitan...

   Hari ini Khamis, 24 Disember 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal,hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Tu intro je.Aku tak cukup ilmu untuk bercakap tentang maulidurrasul.Jadi aku cerita tentang apa yang aku rasa jelah.

   Lebih kurang seminggu je lagi, sesi persekolahan 2016 akan bermula.Bukan setakat budak-budak, cikgu budak-budak pun teruja nak mula sesi baru.Teruja nak tau, kelas apa yang akan diajar.Nak tau lengkap tentang jadual.Tugas-tugas lain aku dah tau kerana dah selesai cetak sendiri BUKU PENGURUSAN SEKOLAH.Boleh tahan berat juga tugas yang akan aku tanggung.Moga-moga aku boleh menjadi pokok duian yang tabah,kuat dan sihat walau pun tak minum susu cap Junjung!

   Sejak mula mengajar, setiap kali nak mula sesi persekolahan baru, aku mesti shopping barang-barang sekolah yang baru.Pen, pensil, pemadam, correction tape, sticker, sampul buku, bekas pensel, marker pen, duster, highlighter, beg dan macam-macam lagilah.Tapi, tahun ini aku berazam hanya akan beli barang-barang yang betul-betul tak de.Bukan apa, sebagai langkah berjimat cermat.Lagipun bila aku bongkar stor, rupa-rupanya berlambak barang-barang yang masih elok dan boleh digunakan.Malahan, ada yang masih dalam plastik!Rasa berdosa pulak jadi kawan syaitan sebab membazir.

   Oklah..Aku nak sambung siapkan  RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN @ RPT untuk subjek Bahasa Inggeris yang aku ajar.Selain tu, modul pun aku belum siapkan.Semua untuk ersediaan tahun depan supaya anak-anak didik aku berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan walau pun ibu bapa tak pernah ucapkan terima kasih pun.

Image result for alat tulis
Gambar Google

   Kalau dulu, inilah kerja aku sebelum mula sesi baru persekolahan.Shopping alat-alat tulis. Kepada ibu bapa yang baru je nak merasa pengalaman beli alat-alat tulis untuk anak yang baru masuk sekolah, aku nasihatkan, pandai-pandailah jimat.Bukan apa, semua nampak ok tapi fikir tentang perlu atau tidak.Kalau tak silap, tak lama lagi blogger sifu BEN ASHAARI, pun mula kena fikir pasal membeli alat tulis untuk Qhaliff yang makin bijak.



Wednesday, December 23, 2015

Mahalnya!!!

   Aku baru je balik dari kedai.Cari kertas A4 untuk kerja-kerja sebelum sesi persekolahan bermula.Biasanya aku jenis tak kisah.Ambik, bayar dan tak fikir tentang harga.Tetapi sejak akhir-akhir ini, dek kerana ramai sangat yang mengeluh harga barang naik, aku pun mula berkira.Bukan cerewet tapi aku pun nak jadi pengguna yang bijak.  Jadi, sebelum balik, aku tengok harga satu rim kertas A4 putih dengan berat setiap helai 80 gram, berjumlah 500 helai adalah RM15.90!Jangkaan otakku yang bendul mungkin anggaran RM12 je.Rupa-rupanya?Kertas A4 jenama Double A ni mungkin mahal kot?Bisik otakku.patutlah makin ramai orang yang merungut pasal harga mahal.Mmm..... Apa nak buat.Redha je lah sambil fikir untuk mula berjimat-cermat.


Image result for double a a4 paper price

Inilah jenisnya.Patutlah pihak sekolah minta print sendiri BUKU PENGURUSAN SEKOLAH. Seorang guru 150 mukasurat, kalau 200 orang guru?
MAHAI sungguh!!!!

Tuesday, December 22, 2015

Buku Pengurusan Sekolah 2016 dan durian

   Alhamdulillah...Setelah hampir tiga jam aku bertemankan CIK LENOVO aku yang mula berkhidmat pada tahun 2010, aku berjaya mencetak lebih kurang 150 helai BUKU PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2016.I feel impressed!Bukan semata-mata jumlah helaiannya yang banyak, tetapi juga kerana kualiti dan cukup lengkap.Tahniah kepada AJK yang terlibat.Pendek kata dari A hingga Z, aku boleh rujuk BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2016 ini untuk memudahkan tugas sepanjang tahun 2016.

   Dengan kata lain, buku berkenaan menghidupkan semula semangat aku untuk berbakti pada anak bangsa di tahun hadapan.Kalau tak, rasa macam nak pencen je.Oh ya!Bagi bukan warga pendidik, ingin aku jelaskan bahawa BUKU PENGURUSAN SEKOLAH adalah buku wajib setiap awal tahun.Kalau dulu, ia akan diedarkan di hari pertama mesyuarat guru yang biasanya dibuat selepas Krismas.Tetapi mulai dua tahun lepas, kami boleh mencetak buku tersebut melalui email. Kami para guru memang tertunggu-tunggu kemunculan buku berkenaan untuk mengetahui tugas-tugas yang akan dipertanggung jawabkan.Surprise gitu!

   Untuk tahun 2016, nampaknya berat juga tugas terpikul di bahuku.Enam tugas utama yang merangkumi setiap bidang.Tugas-tugas kecil, aku tak sempat kira lagi.Aku terima seadanya dengan azam untuk menjadi lebih baik baik dari tahun-tahun sudah.Andai 2013,2014 dan 2015 aku umpama taugeh, tahun hadapan aku ingin menjadi pokok durian yang tak mudah rebah ditiup angin.Walau pun sukar mengeluarkan  buah yang penuh duri, akhirnya berjaya menghasilkan durian yang aduhai.... lemak berkrim harum serantau!Biarpun usia mungkin tak sampai setahun, selagi hayat dikandung badan, aku tetap berazam untuk menghasilkan durian!Doakan aku ye!

   Berbalik kepada BUKU PENGURUSAN SEKOLAH yang aku katakan tadi, aku rasa bersyukur kerana CIK LENOVO aku masih mampu berkhidmat.Harapkan yang baru... mmmm..... asyik mogok je.Kepada teman-teman setugas yang pm minta aku tolong fotostat, aku susun sepuluh jari kerana tak mampu aku tunaikan kerana alasan tertentu.Print sendiri tau dan rasakan pengalaman bangun duduk bangun duduk lebih sepuluh kali untuk melengkapkan segala isi BUKU PENGURUSAN SEKOLAH yang diemailkan.Lagipun, kalau asyik bergantung pada orang lain, macam mana nak mahir IT?Kan?Ok...aku undur diri dulu untuk semak dan susun helaian yang aku dah cetak.Esok boleh hantar untuk binding.


Image result for durian

Oh durian!Nak jadi macam pokok durian. Tak mudah tumbang ditiup angin.

   

Friday, November 13, 2015

Haluih macam semut!

   Syukur alhamdulillah... Dengan limpah dan kurniaNya aku dapat menyiapkan kerja wajib seorang guru tepat pada masanya.Dengan kata lain, aku berjaya menyiapkan proses bermula dari menyemak kertas periksa hinggalah key in dalam sistem yang disediakan @ SAPS ATAU SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH. Bukan tiga kelas tapi tujuh kelas!Kenapa tujuh kelas?Jawapannya kerana aku mengajar tujuh kelas.Walau pun orang lain cuma 5 kelas, aku ok je.Cuma masa nak menyemak kertas periksa ni lah teruk sikit.Terpaksa korbankan waktu tidur!

   Cuma aku nak membebel sikit sebab anak-anak murid aku ni...dah berbuih mulut beritahu... Kalau menulis tu, biarlah senonoh.Biarlah mudah aku nak baca.Dahlah mata aku memang potek!Sakit kepala tengok tulisan adik beradik dengan semut!Agaknya semut pun tak mengaku adik-beradik sebab haluih sangat!Agas pun gelak kalau tengok.Ada tu pulak, dahlah haluih, punyalah berseni sampai a dengan d pun jadi serupa.Kang aku tegur banyak kali kang kata aku tak sporting.Tak tegur karang, makin teruk jadinya!Dahlah tu.Tulis esei dari perkataan pertama sampai perkataan terakhir semuaaaaaaa huruf besar!

   Selain tulisan haluih ya ampun.... tulisan yang melampau besar pun ada.Dah macam petai ditepek ke kertas!Memang senang nak baca, tapi agak-agaklah nak oi!Kalau satu huruf dah besar kuku, terkejut mata teacher nak baca.Terus koma tak boleh tidur!Mmmmm....Yang mana tulisan kembar cacing kerawit, mula sesi persekolahan tahun depan, teacher dah plan nak hantar pergi kelas khas.Kelas khas untuk menulis je.Selagi tulisan tu serupa dengan cacing kerawit, selagi itulah kena tahan dalam kelas tu.Mentang-mentanglah zaman sekarang dah tak guna surat, main hentam je bila menulis.Ala... Dah mengantuk..... sehari suntuk tak tidur dok kejarkan deadline.Nka tidur dululah ye ..... 


Yang menjawab lain dari yang lain pun ada.

Thursday, October 1, 2015

No date you die!


   Cerita hari ni pasal geram.Aku geram dengan anak-anak murid aku yang buat dek je bila aku suruh tulis haribulan.Geram tau!Aku pantang tengok muka surat tak de haribulan.Ibarat muka tak de kening!Hodoh kan?Dah la hodoh, mengerikan pulak.Penat aku cakap, no date you die tapi budak-budak bertuah ni pakat sengih je.Mentang-mentanglah aku tak pandai nak marah!Aku marah pun dikatanya aku senyum!Hish!Tapi, salah aku sendirilah.Sebab manjakan budak-budak ni sangat.Apa nak buat.Allah dah jadikan aku seorang yang sangat susah untuk marah dan penuh dengan kasih sayang.Hingga melimpah ruah!Cewah!!!


Friday, April 17, 2015

Kalau sebaya kan best!

   Aku mula mengajar secara rasminya mulai 1995.Sekarang dah tahun 2015.Kalau anak dara, dah cukup umur nak menikah dah.Macam-macam perangai anak murid aku dah jumpa.Tapi, alhamdulillah, sehingga hari ini, tak delah kenangan pahit berkaitan anak murid.Satu lagi kenangan tercatat bila aku terima dua kuntum bunga ros dari anak murid aku.Pelajar tingkatan 2.Baik budaknya.Dipetiknya dua kuntum ros di tepi kantin dan diberinya padaku.Nasib baik pakcik tukang kebun tak nampak!Tapi, yang tak seronoknya bila dia kata, Kalau teacher umur baya saya kan best!Sambil tersengih!Krik!Krik!Apalah maksud budak bertuah tu.Malu la sebab aku bukan muda lagi walau pun hati aku muda.Hihihi!



Nampak?Dua kuntum bunga yang dah layu tu?

Ke sesi pagi lagi...Redha

   Assalamualaikum.... Lama tak blogging.Rindu sangat nak mengadap laptop sambil ditemani Cik Muk, si penghisap darah.Diam tak diam, hampir 2 bulan aku merajuk dengan laptop.Dahlah kerja banyak.Masalah banyak bertingkek-tingkek!Nak blogging pun tak de mood!Tapi, hari ini, aku sambung blogging semula sebagai catatan perjalanan hidupku.

   Aku mulakan dengan kisah semalam, 16 April 2015.Guru Kanan Bahasa, Kak Aishah yang cantik, maklumkan yang aku diminta mengajar di sesi pagi semula.Alahai!Kelas form 5 le tu!Kelas exam.Dah bertahun mengajar kelas form 5 rasa macam malas lah pulak.Tapi bila fikirkan anak-anak yang tak de guru Bahasa Inggeris, aku redha je lah.Ikhlas.Aku pun kata Yes.Maknanya semalam, aku must say goodbye to anak-anak manja aku di sesi petang,anak-anak form 1 and 2.Huhuhu!Sedihlah juga!Lebih-lebih lagi bila ada yang menangis!Sayang juga korang kat teacher ye!     Maka mulai minggu hadapan,terpaksalah aku singsing lengan perah otak memikirkan cara untuk pastikan anak-anak aku di form 5 berjaya.Chaiyokk!!!



5 minit terakhir kelas, bersamaan 6.40 petang kami posing sebagai kenang-kenangan.
Maaflah sebab muka teacher dah berminyak-minyak.
Hihihi..
Love you all!

Friday, November 28, 2014

Ye!Betul!Aku sentuh hatinya!

   Ini bukan entry blowing my own trumpet @ masuk bakul angkat sendiri ye.Tapi ini adalah entry berdasarkan kenyataan yang aku rakamkan sendiri.Tak de copy paste dari mana-mana.Perkongsian isi adalah sabagai tanda penghargaan buat kawan-kawan seperjuanganku, GURU.Entry kali ini, berdasarkan setiap gambar ye.



   Gambar pertama aku rakam di Bilik Operasi Peperiksaan baru-baru ini iaitu sebelum Peperiksaan Akhir Tahun 2014.Bilik Operasi Peperiksaan kami boleh tahan sempit.Jadi bila ramai guru yang sedang menyiapkan urusan packing dan labellling kertas-kertas soalan, keadaan jadi sesak.Pandai-pandai kamilah nak cari ruangan bekerja masing-masing.Mana yang terpaksa staple sendiri kertas soalan kerana masalah teknikal pihak percetakan lebih susah kerana perlu ruangan lebih luas untuk menyusun kertas soalan mengikut muka surat.Maka terpaksalah guru dalam gambar yang aku rakam, 'menghimpitkan' diri ke dinding demi tugas.Lepas tu nak terus ke padang untuk PJK.Kalau ada yang tanya kenapa tak bawa kertas soalan keluar dari bilik tu dan buat di tempat lebih luas, jawapan aku adalah : kertas soalan tu tak boleh langsung dibawa keluar.Sempit ke tidak, di situlah kami wajib menyiapkan tugas.Jadi both thumbs up buat Cikgu Hanif dalam gambar di atas dan juga guru-guru lain.Semasa proses stapling atau packing, ada juga yang luka jari kerana kertas A4 putih tu sebenarnya sangat tajam!Bisa tau!



   Gambar kedua aku rakam semasa pelajar di kelas tambahan.Sekali pandang, geram juga kerana cikgu suruh belajar, dia bedal tidur!Rasa macam nak tarik je telinga tu.Tapi bila borak-borak pasal anak-anak manja ni di sekolah, konon katanya budak tu kerja malam.Tu yang mengantuk tu.Tak taulah sahih ke tidak.Bercerita tentang kerja semasa belajar ni, seminggu sebelum cuti, aku jumpa anak murid tingkatan 1 bekerja di sebuah kedai menjual jam tangan.Dressing memang dressing budak dah habis sekolah.Tapi, aku mengajar budak tu jadi aku kenallah.Bila aku tegur, tiba-tiba dia kata aku tersalah orang.Konon katanya dia dah form 4.Aku confuse kejap.Aikk?Aku belum tua sangat nak nyanyuk.Aku pun tanya elok-elok.Rupa-rupanya betul.Untuk dapat kerja, dia mengaku dia budak tingkatan 4 @16 tahun.Kalau tak bos tak nak ambik.Soalnya, bos ambik gitu je tak tengok ic ke?Mudah sangat.Maknanya mudah sangat anak murid aku tu mungkin akan diperkotak-katikkan tentang gaji atau lain-lain.



   Gambar ketiga, aku nak cerita tentang anak murid aku yang montel happy galas beg warna merah (oren?) tu. Nama anak murid aku yang istimewa ni Shahrul.Mula-mula kenal, aku dapati Shahrul seorang yang bermasalah untuk mingle / bercampur dengan anak-anak lain.Dia tak boleh duduk diam! Mulut pun boleh tahan.Suka menjawab.Suka kacau orang.Belajar langsung tak fokus.Orang lain dah habis menjawab 10 soalan, dia baru nak tulis tarikh!Kalau tak sabar, tak tahulah.Tapi, kerana sedikit pengalaman yang ada, aku guna psikologi.Sekali pun aku tak pernah denda guna suara tinggi atau denda secara fizikal.Aku cuba sentuh hatinya.Selepas beberapa bulan, alhamdulillah.Shahrul mula menunjukkan perkembangan yang positif.Dah takde kata-kata kesat dengan aku.Caci maki pun hilang.Lebih fokus dalam kelas.Lebih rajin dan bertanggung jawab.Semasa menanda kertas exam akhir tahun, aku letak target kelulusan 100% untuk kelas ni.Tapi aku risau Shahrul gagal.Entah apalah nanti yang dijawabnya.Namun, dengan kuasa Allah, Shahrul lulus!Alhamdulillah.... Walau pun cuma hampir C, aku dapat lihat potensi Shahrul untuk lebih cemerlang.Mudah-mudahan, ia akan menjadi kenyataan.Tapi, aku ralat kerana semasa aku pulangkan kertas soalan Sahrul bercuti.Tak taulah siapa yang tolong simpan.Shahrul nak tunjuk pada ayahnya.Manakala anak murid aku yang berdiri di belakang berbaju kelabu tu pulak attention seeker in the positive way.Selalu nak perhatian.Namanya Hadif.

   Sebagai kesimpulan, SESUNGGUHNYA AKU BAHAGIA BERGELAR SEORANG PENDIDIK MESKIPUN BUKAN SEDIKIT PELUH ATAU AIRMATAKU YANG TUMPAH.

   

Aku yang munafik.Err...Aku tak sengaja!

   Antara tanda munafik adalah mungkir janji.Ya Allah!Mohon dijauhkan.Aku yang munafik.Berjanji tapi aku mungkiri.Tapi, aku tak sengaja!Puas aku cari helaian kertas itu namun aku gagal.Maka gagal jugalah aku menunaikan janji dan tercampaklah aku  ke dalam golongan munafik.Ya Allah!Kau tunjukkanlah jalan agar dapat aku temui helaian kertas itu dan tunaikan janjiku.Aku tak mahu menjadi munafik.

"Teacher jangan lupa tau!
"Ok.Teacher tak lupa.Sampai rumah je nanti teacher terus buat"
(Tapi dah seminggu bercuti, aku masih gagal menunaikan janji)

   Segala beg telah ku selongkar.Semua bilik telah ku geledah.Namun, bayangnya pun tak kelihatan.Inilah silapku kerana terlalu mudah berjanji tapi tanpa sengaja telah aku mungkiri.Ya Allah!Tunjukkan aku jalan terbaik di hari Jumaat yang mulia ini.Buat anak-anak teacher tersayang, teacher mohon maaf kerana tanpa sengaja menghilangkan helaian kertas mengandungi nombor-nombor telefon anak-anak.Itulah sebab mengapa hingga saat ini teacher masih belum lagi add anak-anak di Whatsapp.Kita bukan nak borak-borak kosong tapi untuk teacher salurkan apa juga maklumat penting persekolahan.Sabar ye.....




Kalau ada antara anak-anak yang terbaca, pm teacher di FB ye supaya dapat teacher salurkan maklumat tentang persekolahan.Teacher tak nak jadi munafik.




Janji untuk mengajak anak-anak berkunjung ke rumah juga belum dapat 
teacher tunaikan kerana masalah tertentu.Sabar ye.



Eh!Tiba-tiba teacher rasa rindulah.
Shahrul,Hadif, Hafnan, Azam, Faizal, dan anak-anak teacher yang lain, apa aktiviti cuti ni?
Tahun depan, teacher masih lagi di sesi petang.Jangan risau ye.
Jangan lupa baca buku teks tahun 2015 ye.




Monday, September 15, 2014

Jangan berkasar dengan budak tu!

   Catatan ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.Baru saja berlaku 2,3 minggu lalu.Kisah tentang seorang anak murid aku yang dilabel sebagai ego, keras kepala, kurang ajar dan yang sewaktu dengannya oleh ramai guru.Bila masuk ke kelas tersebut, mesti nama anak murid aku ni yang naik.Semasa Ujian 2 baru-baru ini, nama anak murid aku ni naik sekali lagi.

   Menurut guru KGSK yang mengawas semasa peperiksaan, anak murid aku ni didapati meniru.Bila ditegur dia melawan dan langsung tak takut bertanyakan jawapan pada kawan di depan.Selepas ditegur 2,3 kali, masih lagi tak berubah, cikgu tu pun mengambil kertas peperiksaan tersebut tanpa anak murid aku tu habis menjawab.Kalau diikutkan, jika ada kes meniru atau menipu semasa peperiksaan, secara automatik markah yang diberi cuma '0'.

   Sebelum kes meniru dalam peperiksaan, murid yang sama pernah berdebat dengan aku tentang sistem pemerintahan negara.Memang betul, agak kasar dan kurang ajar kalau didengar.Tetapi, kalau tak disiasat, tak adillah kalau aku pun turut melabel anak murid aku tu sebagai keras kepala, degil dan kurang ajar.Jadi aku ambil keputusan untuk berbincang secara personal denggannya.Alhamdulillah,anak murid aku tu dapat menerima teguran yang diberi dan dia turut mengaku kesilapannya.

    Anak murid aku tu berjanji untuk mengubah sikap dan meminta maaf daripada guru-guru lain.Aku tau anak murid aku ni boleh tahan cerdiknya.jadi aku berikan set soalan yang sama untuk dijawab walau pun markah yang dicatat tetap '0'.Aku ingin buktikan bahwa dia sebenarnya bijak.Kalau tidak, dia tak bijak berdebat!Bila aku semak, ternyata telahan aku benar.Anak murid aku tu berjaya mendapat 78 markah bersamaan B.Itu adalah bukti bahwa anak murid aku tu masih punya harapan jika dibantu tetapi dengan satu syarat: JANGAN BERKASAR DENGAN BUDAK TU!


Salah seorang daripada mereka, adalah dia.

Sunday, September 14, 2014

Kisah Pak Kukad, Nahkado Panggat dan Tok Pelesit.

   Baru-baru ini, aku ada menyemak kertas jawapan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan anak-anak tingkatan 1.Soalan-soalan semua pada aku senang sangat.Tak payah baca buku pun boleh jawab.Semua tu pengetahuan am.Terutama tajuk berkaitan cerita rakyat.

   Salah-satu bahagian soalan tu, anak-anak form 1 tu cuma perlu susun huruf yang diberi untuk mendapatkan jawapan.Ada juga diberi klu yang pada awalnya semua anak-anak form 1 akan score.Tapi rupa-rupanya cempedak jadi nangka!

   Contoh paling mudah adalah Pak Kaduk menjadi Pak Kukad, Nakhoda Tanggang menjadi Nahkoda Panggat dan Tok Selampit jadi Tok Pelesit!Mula-mula rasa nak tergelak tetapi kemudian aku rasa terkilan pulak.Kalau budak-budak tu tak tahu jawapan, maknanya budak-budak tu juga tak tahu cerita rakyat yang dimaksudkan.Sedangkan kisah Pak Kaduk, Tanggang dan sebagainya tu diwarisi turun-temurun.

   Anak-anak sekarang lebih suka cerita Frozen dan yang sewaktu dengannya.Kalau cerita rakyat ni tak de kelass!Kata dia orang.Tapi, bahagian soalan yang berbunyi: Apakah langkah-langkah yang patut diambil untuk mempastikan cerita rakyat tidak akan pupus?, budak-budak tu pandai pulak beri macam-macam cadangan.Salah satunya: Anak-anak muda hendaklah berbangga dan berkongsi cerita-cerita rakyat dengan mereka yang lebih junior.??? Kata tak de kelas, aku tanya.Mereka jawab, alah... kalau tak jawab gitu tak dapat markah.Boleh gitu?


Buku cerita rakyat koleksi aku di rumah.

#CeritaRakyat