Friday, May 31, 2013

Dah mula main bola dah...

   Dah lebih setahun aku bela anak angkat aku tu.Mula-mula comel gemuk gedempol.Tapi, baru-baru ni makin kurus.Adakah kerana aku tukar diet dia?Bukan apa, kalau gemuk sangat, anak angkat aku tu nak main bola pun susah.Asyik membuta je.Bila dah kurus sikit ni, barulah aku dengar bunyi loceng bola tanda anak angkat aku tu sibuk main bola.etanda positiflah tu kan?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Inilah dia anak angkat aku si Didi,seekor Syrian hamster, hadiah Hari Guru 2012,
pemberian anak murid aku yang comel, Sara Safirah Rostam.








Dah hilang fobia

   Alhamdulillah.... Akhirnya hilang juga fobia aku.Fobia pelik sebagai seorang blogger ( blogger ke?) yang mengalami ketakutan amat sangat untuk blogging kerana ugutan pihak tertentu.Nak report polis?Tapi nak kata apa?Kena ugut sebab blogging?Takut abang polis gelak je terima report aku.Lantaklah!Rasa macam sunyi sepi dunia aku bila tak blogging.Macam katak bawah tempurung!

   Nasib baiklah time aku fobia tu, aku betul-betul tengah sibuk dengan macam-macam urusan.Selain urusan kerja sekolah yang tak siap-siap(rasa macam nak pencen je), aku sibuk juga melawat anak saudara aku yang mengalami ketumbuhan otak.Alhamdulillah... setelah seminggu ketumbuhan tu dikesan, anak saudara aku tu telah menjalani pembedahan.Kalau tak silap pada 21 Mei lalu.Walau pun saiz ketumbuhan tu sebesar telur ayam, ia berjaya dibuang 100%.

   Selepas beberapa hari, anak saudara aku dibenarkan keluar hospital.Tapi kerana demam, terpaksa dirujuk semula ke KPJ Bukit Dahlia, Pasir Gudang.Selain untuk mencabut 'dawai stapler di bekas pembedahan'(apa entah istilah perubatannya), doktor perlu ambil darah untuk pastikan tiada jangkitan kuman.Warded sehari di KPJ dengan layanan istimewa kelas 1.Kemudian keluar wad dan tidur rumah mak semalam.Petang 30 hb baru bertolak balik ke Kota Tinggi.Tetapi kena datang balik untuk check up di KPJ hari isnin depan kerana doktor detect sel darah putih terlebih.Mudah-mudahan tak serius dan anak buah aku tu sihat seperti sedia kala.Mudah-mudahan tiada kes leukeamia seperti arwah abang anak buah aku tu dulu.Doakanlah ye!Jumpa lagi.

  



   

Sunday, May 19, 2013

BE ke 48

Origins Ginzing
mulai 15 Mei 2013.
Terima kasih Cik Nuffy.

Nuffnang belanja makan.




Sesekali makan sedap.
Apa salahnya.
Terima kasih Cik Nuffy sebab bagi cek!

Lawatan Penanda Aras @ Benchmark

   Dup!Dap!Dup!Dap!Berdebar jantung aku!Jam dah 7.15 pagi.LCD masih tak boleh pasang!Laptop aku buat hal pulak! Alah CIK LENOVO!Time nak cepat macam nilah kau buat hal!Time blogging bertahun-tahun oklah pulak!Dahlah aku sediakan slide pagi-pagi buta!Time orang lain sedap tarik selimut.Yang sudi teman cuma nyamuk-nyamuk je.Alahai.... Sabar je lah.

   Entah apalah aku nak cakap ni.Lawatan penanda aras @ benchmark ni memang biasa di kalangan warga pendidik.Konon katanya, 4 orang guru dan seorang Ketua Bidang dari SMKPJ3 akan melawat sekolah aku kerana 'lonjakan saujana' result B.Inggeris PMR dan SPM 2012.Dengan pertolongan 'adik setugas' @ mentee aku, akhirnya dapatlah aku on LCD.

   Tepat jam 7.50 pagi, Ketua Bidang kami, yang selalu comel, datang bersama 4 orang guru.Salah seorang daripada mereka adalah teman setugas aku di sekolah lama dulu.Alhamdulillah.... Tak perlulah aku formal sangat.Selepas taklimat ringkas oleh Ketua Bidang aku, tibalah masa untuk aku menerangkan dan berkongsi apakah rahsia kejayaan cemerlang kami.

   Secara jujur, aku pun tak sangka peningkatan hingga lebih 20%.Setakat naik 2-5 % tu biasa.Bila aku tengok fail-fail program tahun lepas, dapatlah aku simpulkan beberapa program telah membantu untuk kami mendapat lonjakan saujana.Jadi aku pun share apa yang patut.Di pihak aku, aku pun belajar beberapa teknik p&p dari sekolah pelawat yang boleh aku praktikkan.

   Akhirnya perkongsian ilmu yang penuh dengan sesi soal jawab tamat pada jam 10.15 pagi.aku bawa guru-guru pelawat tu untuk makan di kantin.Selepas makan, aku bawa mereka ronda-ronda ke kelas-kelas untuk melihat projek Kelas Bertema.Terima kasihlah pada anak-anak murid aku yang cukup sporting beri penerangan.

   Tamat sesi melawat ke kelas-kelas, aku bawa mereka ke pejabat untuk tanda tangan buku pelawat dan sesi bergambar dengan puan pengetua.Alhamdulillah.... aku rasa walau pun penerangan aku 'entah apa-apa', lawatan atau sesi perkongsian ilmu kami aku anggap berjaya.Sebagai follow up, pihak pelawat akan membawa pelajar-pelajar mereka untuk datang melawat selepas cuti nanti.
    



Sesi bergambar dngan Puan Pengetua.
(Gambar hak milik Puan Adawiyah, cikgu comel bawa beg belah kiri tu)


Saturday, May 18, 2013

Ketumbuhan Otak @ brain tumor

   Mata tak boleh pejam walau pun dah jam 2 pagi.nak ronda-ronda blogwalking, banyak sangat 'kura-kura CELCOM' tumpang lalu.Jadi, aku pun Google cari maklumat pasal KETUMBUHAN OTAK.Maklumat ini aku petik dari SUMBER INI.

Ketumbuhan Otak

Definisi
Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah disahkan menghidap ketumbuhan di otak boleh sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan  otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Akibatnya, ramai kanak-kanak yang dirawat untuk tumor otak mengalami masalah jangka panjang yang penting, seperti perubahan dalam fungsi intelek dan motor. Justeru, kanak-kanak ini memerlukan penilaian yang berterusan dan penjagaan yang khusus untuk membantu mereka  ke sekolah dan meneruskan  kehidupan harian dengan sebaik mungkin.
Anatomi otak
Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanya mengawal ke semua fungsi-fungsi badan.
Antara otak dan tengkorak terdapat tiga lapisan membran yang dipanggil meninges. Lapisan ini meliputi otak dan saraf tunjang sepenuhnya. Terdapat cecair yang dipanggil cecair cerebrospina (CSF) di antara dua lapisan ini. Cecair ini  berfungsi sebagai pelapik kepada otak (cushioning  of the brain). Cecair ini juga terdapat pada rongga di dalam otak yang dipanggil 'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf kranial yang khusus, yang  mengawal pergerakan mata, muka dan lidah.
Otak, seperti setiap organ lain dalam badan terdiri daripada sel-sel. Terdapat kira-kira 40 bilion sel saraf yang dipanggil neuron di dalam otak. Sel-sel ini berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan bahagian badan yang lain dengan menghantar mesej atau impuls saraf melalui sistem laluan saraf atau rangkaian (nerve pathway or network).
Bahagian-bahagian utama otak adalah seperti berikut: -
  • Cerebrum – Bahagian terbesar otak. Terdiri daripada dua bahagian atau hemisfera. Hemisfera kanan mengawal pergerakan sebelah kiri badan dan sebaliknya. Salah satu fungsi utama cerebrum ialah mengawal  fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi seperti pemikiran, ingatan, pertuturan, pendengaran, dan penglihatan.
  • Cerebelum - Terletak di bahagian belakang otak dan dan mengawal keseimbangan dan koordinasi badan.
  • Brain stem- Mengawal fungsi asas yang penting untuk mengekalkan kehidupan termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah.
Sebab-sebab ketumbuhan otak
Punca tumor otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan sindrom genetik yang jarang berlaku (seperti neurofibromatosis, Von Hippel-Lindau , sindrom Li-Fraumeni) diketahui mempunyai risiko mendapat ketumbuhan sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai sebahagian rawatan barah lain juga berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak.
Klasifikasi ketumbuhan otak
Tumor otak utama boleh terbentuk daripada mana-mana jenis sel yang terdapat di dalam otak. Ketumbuhan ini mungkin  bukan kanser (benign) atau kanser (malignan).
Tumor otak yang paling utama adalah benign, yang bermakna mereka cenderung untuk kekal dalam bahagian otak di mana mereka bermula dan tidak merebak ke kawasan lain atau ke laman yang jauh. Pembasmian sepenuhnya tumor ini melalui pembedahan adalah mencukupi.
Ketumbuhan otak yang malignan boleh merebak dan menyerang kawasan-kawasan lain. Walaupun ketumbuhan ini dibuang melalui pembedahan, mungkin terdapat sel-sel yang tertinggal yang berkemungkinan besar untuk tumbuh semula dan  menyerang badan.
Pengelasan tumor otak kepada benign dan malignant kadang-kala boleh  mengelirukan. Ada kalanya, ketumbuhan yang benign boleh membawa maut sekiranya ia memberi tekanan kepada bahagian otak yang penting seperti brain stem. Ketumbuhan yang  tidak dapat dibuang akan terus membesar dan mengancam nyawa pesakit. Ini bermakna semua ketumbuhan pada sistem saraf  adalah berbahaya.
Gejala ketumbuhan otak
Gejala ketumbuhan berbeza, bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan.
Sesuatu ketumbuhan  boleh menyekat aliran cecair serebrospina dan menyebabkan pengumpulan cecair dalam ventrikel. Ini dipanggil hydrocephalus. Tekanan yang dibangkitkan di dalam otak akan menimbulkan gejala seperti:
  • Sakit kepala.
  • Loya dan muntah.
  • Resah gelisah
  • Mudah marah/gelisah.
  • Mengantuk.
  • Perubahan personaliti.
  • Penurunan fungsi jantung dan pernafasan dan akhirnya koma jika tidak dirawat.
  • Bagi bayi, tekanan yang meningkat ini boleh menyebabkan bahagian yang lembut di kepala bonjol dan saiz kepala menjadi besar.
Ketumbuhan yang berlaku dibahagian cerebellum boleh menyebabkan lemah dan ketidak seimbangan semasa berjalan. Gejala lain akan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas oleh tumor. Ini termasuk:
  • Sawan.
  • Juling.
  • Kelumpuhan saraf/otot muka atau separuh badan.
  • Hilang ingatan jangka pendek.
  • Petuturan yang tidak jelas.
  • Gangguan fungsi usus atau pundi kencing, sakit belakang bagi ketumbuhan yang melibatkan saraf tunjang.
Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:
  • sawan
  • juling, penglihatan yang kabur
  • saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan
  • Hilang ingatan jangka pendek
  • Pertuturan kurang jelas
  • Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalah melibatkan saraf tunjang
Gejala ketumbuhan otak mungkin menyerupai masalah perubatan yang lain. Sentiasa rujuk kepada doktor anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Jenis ketumbuhan otak
Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glioma.
Rawatan
Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Modaliti rawatan terdiri daripada pembedahan, radioterapi dan kemoterapi, secara bersendirian atau kombinasi.
Dalam kebanyakan kes, pakar bedah otak akan mengeluarkan sebanyak ketumbuhan yang mungkin. Ini akan menyediakan tisu yang akan diperiksa oleh ahli patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar.
Kadang-kala saluran getah atau tiub perlu dimasukkan untuk mengalirkan cecair serebrospina berlebihan daripada otak ke dalam lapisan rongga abdomen. Proses ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan intrakranial dan meredakan gejala.
Sekiranya ketumbuhan tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah di tapak yang berbahaya seperti brain stem, atau jika pembedahan tidak lengkap atau jika ada kemungkinan bahawa sesetengah sel kanser tertinggal,  maka radioterapi boleh diberikan selepas pembedahan.
Kemoterapi adalah penggunaan dadah anti kanser untuk memusnahkan sel kanser. Ia digunakan secara rutin untuk merawat medulloblastoma dan semakin digunakan untuk merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.
Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang mengidap ketumbuhan otak?
Prognosis banyak bergantung kepada:
  • Jenis ketumbuhan.
  • Tahap penyakit.
  • Saiz dan lokasi tumor.
  • Kehadiran atau ketiadaan metastasis.
  • Respons tumor itu kepada rawatan.
  • Umur dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak.
  • Toleransi kanak-kanak terhadap ubat-ubatan tertentu, prosedur atau terapi.
Seperti kanser-kanser lain,  prognosis dan masalah jangka masa panjang berbeza daripada individu ke individu. Tumpuan segera perubatan dan terapi yang agresif adalah penting untuk memastikan  prognosis yang terbaik.
Apakah jenis penjagaan susulan jangka panjang yang perlu dijangkakan?
Salah satu matlamat utama adalah untuk memaksimumkan fungsi setiap kanak-kanak. Ini boleh dicapai melalui pemantauan dan campur tangan  pelbagai disiplin, mengikut keperluan termasuk:
  • Fungsi Intelek.
  • Penilaian endokrin dan rawatan.
  • Penilaian neurologi.
  • Penjagaan psikososial.
  • Pendengaran, penglihatan.
  • Fungsi motor.
Kanak-kanak yang dirawat untuk ketumbuhan otak selalunya mengalami perubahan dalam fungsi intelek dan motor yang mempengaruhi pembelajaran mereka. Oleh itu, program yang boleh memenuhi keperluan khas mereka dan yang mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan secara individu bagi membantu  kepulangan mereka  ke sekolah dan memaksimumkan potensi mereka adalah penting.
Semakan akhir:26 April 2012
Penulis:Dr. Zulaiha bt. Muda
Penyemak:Dr. Eni Juraida bt. Abdul Rahman

   Bagi kes anak saudara aku ( umurnya 13 tahun, jantina lelaki), saiz ketumbuha yang dikesan adalah sebesar telur ayam, terletak di sebelah kiri atas otak.Gejala yang dilihat adalah, penglihatan semakin kabur, pertuturan kurang jelas dan saraf terganggu di sebelah badan iaitu di sebelah kanan.
   Mudah-mudahan, pembedahan yang akan dijalani pada 21 Mei 2013 ini, dapat membantu anak saudara sembuh sepenuhnya.Apa pun, aku harap, sesiapa pun yang membaca entry ini, sudi mendoakan kesembuhan total anak saudara aku tu, AHMAD BADRUZZAMAN B JASIM.

Sebelah happy sebelah ...

   Harap-harap masih belum terlambat untuk pos entry tentang Hari Guru.Bukan apa, semalam langsung tak sempat.Sampai rumah pukul 2 petang ,kemudian lebih kurang 2.30 petang dah ke hospital.Balik dah hampir 8.00 malam.Sempat masak untuk mak dan ayah kemudian baru aku balik ke rumah.Hajat hati nak terus buat persiapan untuk Lawatan Penanda Aras B Inggeris SMK Pemas Jaya 3 tapi badan aku rasa dah jadi ketam lembik!

   Anak saudara aku menderita ketumbuhan otak.Sebelah hati aku happy dengan sambutan Hari Guru yang cukup meriah tetapi sebelah hati aku sedih Allah saja yang tahu.Apa tah lagi bila anak saudara aku tu bertanya sendiri pada staff nurse bila boleh balik.Bila staff nurse kata tak boleh balik, anak saudara aku tu menangis. Tarikh pembedahan pada 21 Mei ni.Tinggal berapa hari saja lagi.Doakan anak saudara aku tu ye.

   Berbalik pada sambutan Hari Guru, tahun ini tema yang dipilih adalah Kesultanan Melaka.Tak sempat nak beli ke apa jadi pakai jelah mana yang ada.Cucuk sanggul pun pandai-pandai je buat sendiri.Hajat mula nak pakai crown.Maklumlah nak jadi permaisuri tapi seganlah pulak.Tu yang aku pakai cucuk sanggul je tu.Nasib baik aku tak pakai crown!Pengetua pakai crown jadi kalau aku pakai karang overshadow dia lah pulak.



Kenangan Hari Guru, bergambar bertiga dengan teman setugas.



Seronok juga pakai style zaman dulu ni.
Kalau pengacara bercakap style zaman kesultanan Melaka tentu tambah seronok.



Inilah acara paling gempak.Main futsal pakai kebaya, pakai sari, pakai lenga.
Yang best tu, Penolong Kanan 1 sporting habis ikut main futsal.
Yang mana satu?
Tu!Yang pakai kebaya hijau tu!



Macam-macam gaya.Ada Hang Tuah, ada Sultan Mahmud, ada permaisuri raja,ada puteri India, ada Pak Sheikh pedagang Arab dan isteri.
Puan Pengetua siap dengan crown lagi.



Time nilah aku kena paksa ke majlis satu lagi yang kebetulan berlangsung di sekolah aku juga hari tu.



Tak sempat nak tengok gimik Tengku Mahkota ni keluar dari kotak.

p/s:Doakan anak saudara aku tu sembuh, sihat sedia kala ye.


Monday, May 13, 2013

Cuba teka!


Amboi!!!!
Dah berwajah baru!
Siapa boleh teka agak-agak di mana agaknya ni?

Sunday, May 12, 2013

Cuit-cuit sayang je.

   Penat aku cari lagu yang sesuai untuk Hari Guru.Asyik-asyik keluar lagu Indonesia.Aku suka juga lagu Indonesia, tapi takkanlah sepanjang majlis budak-budak nak menyanyi lagu Indonesia.Dahlah blogger-blogger copy paste entry Indonesia. Dah tu langsung tak tukar bahasa.Nasib baiklah ada lagu Terima Kasih Guru Shila Amzah yang awesome.Tapi bila suruh budak-budak menyanyi, tiba-tiba je suara yang merdu dikata tak merdu sebagai alasan tak nak menyanyi lagu tu.Alasan bijak sungguh!Tapi bila tukar lagu Indonesia balik, e eh, boleh pulak ada suara balik nak menyanyi.Lantaklah anak-anak.Janji happy.Lagu Indonesia pun Indonesialah.Yang penting ada yang nak memeriahkan majlis.Ehem..... Tapi yang tak seronoknya, cikgu-cikgu punyalah payah nak suruh buat persembahan.Macam mana nak tunjuk KEPIMPINAN MELALUI TELADAN!Kan?Kan?Jangan maah ha... Cuit-cuit sayang je.


Guru-guru BI tulang belakang aku yang hebat.
Errr... Kita tak nak buat apa-apa persembahan ke Hari Guru ni?

Tips elak buku-buku berserak

    Hari ni Hari Ibu kan?Seronoklah yang jadi ibu kan?Terutama yang dapat hadiah.Yang tak dapat hadiah janganlah pulak protes ye.Kita teruskan tanggung jawab sebagai seorang ibu.Salah satunya untuk mempastikan rumah sentiasa kemas.Tak kiralah kemas dari segi kain baju atau buku-buku.

   Bercakap tentang kemas dari segi buku-buku, aku rasa ramai cikgu dan juga ibu yang pening-pening lalat cari cara nak kemas buku.Cara paling mudah ialah letak dalam kotak atau almari.Tapi kata orang apa salahnya cari yang boleh berfungsi 2 dalam 1 kan?Selain berfungsi untuk menjadikan rumah kita kemas, almari atau mungkin para-para buku tu boleh juga berfungsi sebagai hiasan.Contohnya para-para cantik dalam share yang aku jumpa di Facebook ni.



Cantikkan?

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA BLOGGER YANG BERGELAR IBU ATAU BAKAL BERGELAR IBU.

Sekali aku 'kick'

    Terima kasihlah Sop sebab share link untuk sign in KEEK.Dah lama teringin nak sign in tapi bila dah remaja purba ni, skill online agak slow sedikit. Hehehe!Hari ni pagi-pagi lagi, seawal jam 6 pagi, semasa aku check email, ternampak pulak email SOP ajak sign in KEEK.Pengetahuan tentang KEEK ni 'nol' aka zero.Jadi setakat sign in ajelah. Yang lain-lain tu, akan menyusul kemudian. Sesiapa yang sudi nak follow aku tu, silalah.Nyiru tak de nak tadah.Ucapan terima kasih je aku ucapkan. .SILA FOLLOW DI SINI YE.



Gambar untuk profile tetap sama tapi terpaksa guna nama ringkas je.
Kenapa entah KEEK tak terima nama SCARLETT O'HARA.

 Lepas ni, bolehlah kita 'kick' sama-sama'

Saturday, May 11, 2013

Ku terperangkap.

   Entahlah apa nak jadi.Penat aku perah tapi tak keluar-keluar juga.Ni mesti sebab aku dah terlampau sibuk dengan kerja sekolah.Alahai... Bestnya kalau dapat duduk rumah je.Bangun tidur, buat sarapan.Lepas tu cuci baju, kemas rumah,masak, bla-bla bla...petang-petang buat kuih kemudian sediakan makan malam.Kan best!

   Tapi apa nak buat.Aku terperangkap.terperangkap dalam dunia seorang guru.Sekali fikir aku penat sangat.Rasa nak bersara je.Tapi bila fikir banyak kali, seronoklah pulak.Seronok layan anak-anak.Seronok menurunkan ilmu.Seronok melatih anak-anak menari dan menyanyi.seronok itu.Seronok ini.Itu yang aku masih tetap bertahan sebagai seorang guru tu.Aku redha walau pun kadang-kadang, (dah makin kerap dah.Risau aku) tak de langsung masa nak blogging!




Adikku dalam dunia pendidikan yang sangat komited bersama pelajar cemerlang seorang debator.

Sunday, May 5, 2013

Keputusan Penuh Pilihanraya Umum ke 13

   Tak sabar rasanya nak tahu KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA UMUM KE 13 malam ni.Mudah-mudahan, apa yang dipilih rakyat, akan diterima dengan hati terbuka oleh semua sama ada calon bertanding atau pun parti-parti yang terlibat.Biar apa pun keputusannya, mudah-mudahan, keamanan dan kemakmuran negara dapat dikekalkan.Amiin.....

Pilih han RAYA!!!

   Alhamdulillah... Proses MENGUNDI berjalan lancar.Hajat hati nak jadi pengundi pertama, tapi tengok-tengok dah ke 100 dah!Terbaiklah!Berbeza sangat dengan pengalaman mengundi PRU12 yang lalu.Betul-betul macam raya.Walau pun malam semalam aku tidur rumah mak, jam 6.00 pagi aku dah balik rumah.Jam 7.45 pagi aku dah keluar ke tempat mengundi.

   Oleh kerana jarak dari rumah ke tempat mengundi tak sampai setengah puntung rokok, atau cuma dua tiga sedut CoolBlog, jam 7.50 pagi aku dah sampai di pagar sekolah pusat mengundi.Punyalah ramai orang!Sampaikan berbaris melintang jalan raya!Tepat jam 8.00 pagi je, dengan berdisiplinnya kami masuk  dan menuju ke tempat semakan pertama.Barisan dah jadi 3 dah.Tapi, takdelah ambik masa sangat.

   Kemudian, bila dah dapat slip saluran mana, kami pun menuju ke saluran masing-masing.Aku di saluran 1.Ha?Saluran warga tua ke?Hehehe!Dah tua dah aku rupanya walau pun hati kata muda.Hahahaha!Semasa beratur tu aku tengok ramai warga tua yang tak payah pun beratur sebab warga tua yang muda sikit macam aku bagi chance.Iyelah.Takkan nak biar atuk-atuk yang pakai tongkat berdiri terketar-ketar kan?Melampau betul!

    Sambil menunggu tu sempat jugalah berbual-bual dengan pengundi lain.Walau pun tak semua aku kenal tapi tak salah aku tegur.Kan?Yang seronoknya tu takde langsung masam-masam muka tunjuk gedebe konon hebat sebab sokong satu-satu parti.Cool aje. Inilah baru politik matang namanya!Betul tak?Terpulang pada pengundilah nak pilih siapa.

    Malam ni pulak, macam biasa, famili aku akan jadi burung hnatu sebab menunggu keputusan.Senarai penuh calon-calon bertanding seluruh negara pun aku dah siapkan depan TV.Tapi yang tak seronoknya, kalau malam ni aku jadi burung hantu, harap-harap esok, cutilah sekolah.Barulah best!Tapi bila aku tanya orang PPD, dia orang kata kena tunggu pengumuman malam ni. Hmmm..... Doakanlah cuti ye.Boleh aku sambung siapkan menanda buku yang tak siap!Ok.Time tengok gambar jap.








Meriahnya Pilihanraya!
Kalah Hari raya!
Sebab raya semua asyik tengok TV je.



     

Saturday, May 4, 2013

Hotel mana ni?

   Pada 2 Mei 2013 yang lalu seramai 27 orang pengetua sekolah menengah daerah Pasir Gudang telah sudi melawat ke sekolah aku.Tumpuan khas adalah melawat kelas-kelas bertema.Selesai melawat, mereka telah dibawa untuk menjamu selera.Jadi, aku nak tanya, agak-gak boleh teka tak di manakah lokasi para pengetua tersebut menjamu selera?





Rasa macam raya!

   Esok nak mengundi.Seronok tak?Tentu seronok, kan?Tak sabar rasanya nak mengundi.Macam nak sambut raya je.Dah tu bila malam, jadi burung hantu tunggu keputusan diumumkan!Kan?Kan?SELAMAT MENGUNDI!

Friday, May 3, 2013

Belajar rajin-rajin


Jawab! Jangan tak jawab!


Selamat berjuang!

Selamat berjuang anak-anakku!

Eiii..... Betul punya comel!

Tau tak, anak siapa ni?
Check di SUMBER

Thursday, May 2, 2013

BE 47?

Betullah....
BE ke 47 pada 2 Mei 2013.
Alhamdulillah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tapi Cik Nuffy...
-
-
-
-
-
-
-
-
Yang cash out hari tu, bila cek nak sampai?

Satu hari yang panjang....

   2 Mei 2013: Satu hari yang amat memenatkan.Jam 5 pagi seperti biasa mata dah celik.(Walau pun tidur pukul 3 pagi) 6.15 dah dalam perjalanan ke sekolah.6.30 pagi, punch in ( alamak!Aku lupa punch out time nak balik!) Terus ambil kertas exam di Bilik Exam letak di tingkat 4 Mak Datuk!Naik longgar lutut aku dok panjat tangga. 7.00 pagi, start masuk kelas kesayangan aku yang amat ceria pagi tadi.Rasa macam di fairy land le pulak.Lepas tu kelas kemas sikit-sikit apa yang patut dengan anak-anak murid kesayangan aku.Kemudian, beri taklimat sikit tentang kelas bertema dan lawatan pengetua-pengetua daerah Pasir Gudang hari tu.Share gambar jap.

 Alas kaki pun kena ikut tema.


Bunga recycle adik aku bertunang dan nikah.

     Aku silaplah sebab ingatkan nak wakil je nyanyi lagu kelas.Rupanya semua!Habis markah untuk lagu, out! Pamplet kelas, jadual waktu, pelan kedudukan dan lain-lain semua ok.Siap ada buku pelawat lagi tu.Semangatlah katakan!Tapi, tak kisahlah.Yang penting, bila masuk kelas, rasa macam masuk dunia magic je.Hehehehe!

Yang ni Sudut Bacaan.Nampak tak bekas telur ada love tu?
Itulah Pelan Kedudukan pelajar time exam.Recycle juga tu.


Yang nilah Buku Pelawat.

Yang ni pamplet kelas.

   Ok.Sambung balik.7.30 pagi, mula jaga exam sampai 8.40 a.m.Kemudian, cepat-cepat ke ofis nak tutup register / buku kedatangan pelajar. Ayo.... Tak tutup kedatangan bulan April lagi.Hari ni dah 2 hb.Tapi tak sempat sebab 9.50 dah kena masuk kelas 5 Akaun.Sempatlah bagi tips exam.Sambil tu hati berdebar kerana pengetua-pengetua akan mula berpecah dalam kumpulan kecil untuk lawatan dari kelas ke kelas.Aku tengok, budak 5 Akaun masih sibuk nak tampal apa entah.Tak baik kerja last minute.Aku kata le tu.harap-harap dia orang tak kecik hati aku tegur.

   Habis kelas tu, aku kena relief kelas 5 SK 3.Jujur aku mengaku rasa cuak nak masuk kelas tu.Maklumlah kelas agak hujung, konon katanya.Entah macam manalah agaknya.Risau aku kalau-kalau pengetua-pengetua tu masuk time aku relief.Tapi, aku rasa teruja sangat bila aku melangkah masuk je, aku disambut dengan pandangan yang sungguh indah!

Huiiii!!! I like!!! So sweet!Kata hati aku.

    Jam 10.40 pagi.Masih lagi time rehat tapi ketua kelas dan beberapa orang lagi dah ada dalam kelas.Dah standby nak belajar.Rasa bersalah pulak sebab aku risau nak relief kelas ni mula-mula tadi.Tiba-tiba, 3 orang pengetua masuk ke kelas!Alamak!Budak-budak masih rehat lagi ni.Kata hati aku.Tapi, tak sampai 5 minit kemudian, kelas dah penuh!10.45 habis waktu rehat.Berdisiplin sungguh anak-anak aku.Kemudian, pengetua bertiga tu mulalah tanya macam-macam soalan tentang Kelas Bertema.Mula-mula mereka bertanya dalam BM tapi kemudian, mereka perasan yang anak-anak murid aku tu speaking London!Biasalah... Bila tengok muka aku je, budak-budak tau, sorry!No BM!Padahal aku relief kelas BM time tu.Tapi aku tetap nak ajar BI sebab aku nak anak-anak aku capai 90% kelulusan untuk BI tahun 2013 ni.

Dari kiri, Mr Gan, Mr Panir dan.... alamak!Lupa pulak sorang lagi tu.

   Lebih kurang dalam 20 minit pengetua-pengetua ni interview anak-anak murid aku.Last sekali, satu kelas kena menyanyi lagu kelas.Ha?Satu kelas?Habislah anak-anak kelas 5 SK 1 aku sebab aku mintak wakil je yang standby untuk menyanyi. Tapi, serius aku rasa nak menangis sebab terharu kerana betapa 'bijaknya' anak-anak 5 SK 3 kelas yang aku relief ni menjawab soalan-soalan tu.Sampaikan ada yang kata, betul ke kelas 5 SK 3 ni?Bukan 5 SC 3 ke?Serius aku rasa macam nak peluk anak-anak murid aku tu sorang-sorang.Aku sukaaaaa sangat pamplet dan frame yang dia orang buat.

Pinggan tu ada nama pelajar.Yang di depan tulah pamplet kelas bertema.

   Selepas pengetua-pengetua tu beredar, aku sambung bagi tips sampai habis masa jam 11.55.Kemudian, cepat-cepat aku ke 4 SC 1.Jenuh aku jalan laju-laju sebab kelas tu di blog lain.Sampai di kelas, aku tengok ada 3 orang pengetua perempuan sedang bertanya soalan-soalan pada pelajar.Kemudian, pelajar diminta menyanyi lagu tema kelas.Tiba-tiba, pengetua tu mintak aku menyanyi sama.Alamak!Manalah aku tau lagu tema kelas tu! Dah cuak dah!Tapi, bila tengok lagu tema tu lagu Season in the sun, aku pun ikut sama menyanyi.Komen?Positif sangat.

   Kemudian, rutin biasa, mengajar dan lain-lain.Jam 1.30 petang, aku ke SMKPG 2 kerana sekolah aku finalis debat B.Inggeris daerah Pasir Gudang.Tajuknya, English patut jadi subjek wajib lulus semasa SPM.Sekolah aku diundi sebagai government.Dengan hujan dan ribut petir, anak-anak aku berjuang.Sempat juga aku sms Pengetua aku dan PK 1 yang tentunya masih lagi sibuk melayan tetamu di sekolah.Akhirnya jam 4.15 petang, diumumkan kami menang!YEAH!!!!Best speaker pun kami dapat!Alhamdulillah....... Cepat-cepat aku beritahu Pengetua dan beliau balas seperti berikut:

Congrats to all.I love all of u.
Tomorrow c me.


   Bab I love u tu aku rasa appreciated sangat tapi bab tommorrow c me tu, aku rasa cuaklah pulak!Risau nak jumpa Pengetua.Hehehe.... Kemudian, on the way balik, PK 1 aku call dan ucap tahniah.

Inilah tulang belakang aku yang betul-betul tulang belakang.Kalau harapkan aku, memang tak boleh harap.


Inilah wajah-wajah pemenang. Yang tengah duduk atas stage tulah best speaker.
(Dua-dua gambar ni hak milik tulang belakang aku)

   Sekarang ni, jam dah pukul 10.25 malam.Badan letih yang amat tapi seronok sangat.Hajat hati nak tidur awal tapi, lesson plan esok dan Isnin tak siap lagi.Esok kena hantar pada pengetua.Nak blogging?Jangan harap.Dapat post satu entry ni pun dah cukup baik.Apa-apa pun, aku redha jelah.... Berkorban Untuk Negara kan? SELAMAT MENGUNDI.( Esok nak bawak anak-anak murid aku melawat ke kelas-kelas lah.Seronok tengok semua kelas cantik dengan macam-macam tema.Rasa macam tak nak balik rumah.)