Minggu lepas, aku hadir penuh ke sekolah.Masih sakit tapi kuatkan jelah.Bila jumpa anak-anak, ramai mintak datang rumah aku sebab nak study English atau dengan kata lain nak mintak tips last minute sebelum paper English 7 Nov ni.Mula-mula, aku plan nak buat kelas tambahan lepas waktu sekolah, tapi minggu lepas punyalah kami sibuk!Ada majlis persaraan Penolong Kanan 1, taklimat calon-calon SPM, Majlis Graduasi Tingkatan 5, Anugerah Koko dan macam-macam lagi.Plan nak buat hari Jumaat 1 Nov pun tak jadi kerana cikgu BM dan chop dulu.(Kami memang biasa berebut nak buat kelas tambahan) Jadi, aku plan nak buat kelas tu hari Sabtu 2 Nov bersamaan dengan Hari Deepavali.
Semasa mintak izin puan Pengetua, aku jangka dalam 10 orang je.Maklumlah, time cuti umum.Paling ramai pun mungkin 20 orang. Semasa sampai di sekolah pun aku tengok ada dalam 15 orang je.Ok le tu.Bolehlah aku bimbing lebih sikit.Tapi bila kelas mula je, makin ramai yang datang dan akhirnya seramai 64 orang yang datang!Alhamdulillah..... Dapatlah aku beri tips terakhir yang aku dapat.
Kelas bermula jam 8 pagi.Rehat jap jam 10 dan disambung semula jam 10.30 pagi.Plan awal slot pertama jenak beri tips tapi akhirnya sampai jam 12 tengah hari, cuma cukup untuk beri tips je.Walau pun bilik tu ada aircond, aku rasa berpeluh semacam je kerana aku mula rasa sakit perut.Mungkin kerana hampir 4 jam bercakap tak berhenti.Bila tinggal 1/2 jam, aku dah mula tekan-tekan perut.Apa nak buat, tahan jelah.Mudah-mudahan, dengan keikhlasan aku mengajar kelas tu,anak-anak murid aku akan berjaya menjawab soalan English SPM nanti.Dengan kata lain, sakit pun aku redha....
Ahad, 3 Nov 2013, sakit perut aku makin menjadi.Jadi, terpaksalah makan ubat dan tergolek sepanjang hari..... Apa pun AKU DOAKAN KEJAYAAN BUAT SEMUA ANAK-ANAKK!
2 comments:
Alhamdulillah.. ramai yang datang. Harapnya kejayaan menanti.
kongsi ilmu amalan mulia.. tahniah
Post a Comment