Hari ini, seorang guru muda mengadu padaku.Homework yang hanya memerlukan sejam untuk siap, hanya disiapkan oleh 3 orang daripada hampir 30 orang murid.Sedangkan masa diberi bukan sehari, tetapi seminggu!Aku dapat rasakan kekecewaan di wajahnya.Andai kata kelas yang berkenaan kelas pelajar harapan, kami sebagai guru, tidaklah kecewa sangat.Namun kelas yang dimaksudkan adalah kelas elit.KONONNYA!
Bila dimarah, pelajar merajuk.Ibu bapa mengamuk!Meskipun bukan semua dan melibatkan kes-kes terpencil, kami para guru, sangat berhati-hati untuk tidak menyentuh pelajar.Aku teringat semasa mengajar di sekolah rendah 15 tahun dulu.Denda jalan itik, ketuk ketampi, pakai manila kad dan macam-macam lagi denda masih lagi boleh dibuat.Tiada seorang pun pelajar yang pengsan apatah lagi cacat atau mati.Malahan pelajar-pelajar sangat mengambil berat untuk menyiapkan kerja sekolah.Adakah guru zaman dahulu zalim?
Betul bahawa guru perlu mendidik dengan kasih sayang.Namun, takkanlah menjentik sedikit pun menjadi kesalahan?Sentuh sedikit guru disaman?Akhirnya jadilah guru yang mengajar tanpa jiwa.Mengajar semata-mata bukan mendidik.Untuk mendidik, sesekali, perlu juga dijentik.Jika tidak, jadilah generasi pelajar masa kini,generasi yang bertindak mengikut sesuka hati kerana tiada apa yang perlu disegani apatah lagi ditakuti.Kucing mengajar anak pun sesekali anak tu ditamparnya!
Muka bengang guru bila pelajar tak buat homework walaupun masa yang diberi panjang.
Macam Grumpy Cat ni kot.
Muka selamba pelajar tak buat homework tapi ada hati minta guru buat kelas tambahan.