Friday, January 15, 2016

Set make up Dato' Aliff

   Bukan nak iklan ye.Cuma sekadar perkongsian pendapat.Tengah hari tadi, sambil-sambil aku mencuci pakaian, aku tertonton rancangan di TV3.Wanita Hari Ini kalau tak silap.Aku tengok sambil lalu je tapi bila terdengar suara Dato' Aliff Syukri, pengarah urusan D'Herbs, aku terus terpikat nak menonton.Bukan sebab suara dia tapi sebab produk dia yang nampak menarik.Produk kali ini adalah set make up yang terdiri dari lipstik kollagen, diamond foundation dan celak arab.

   Model yang dipilih pun cantik walau pun sebelum memakai make up.Mula-mula wajah model ada bintik-bintik hitam.Tapi lepas disapu foundation tu, bintik hitam terus hilang!Ha...Produk macam ni la baru betul magic!Aku pasti ramai yang terpikat nak beli.Apa tah lagi Dato' Syukri ni bijak kerana harga produk dia sangat mampu milik.Untuk set make up tu cuma RM59.90!Bak kata Dato' Alif Syukri, bukan orang kaya je mampu beli, orang kerja kerajaan, swasta, kilang, malah makcik-makcik cleaner pun boleh beli!Cayalah!

set makeup

Terlajak laris!

1 comments:

Hana Hadi said...

Hehe bila dear suara ja terus Nak tengokkan.hehe

Post a Comment