Kita hanya
merancang namun Allah yang menentukan. It sounds cliche. Biasa kita dengar.Tapi
ia memberi seribu makna buat seorang sahabatku. Aku tak tahu di mana dia
mendapat kekuatan untuk menghadapi apa juga masalah yang mendatang.Bila ku
pandang wajahnya, dia kelihatan biasa. Happy.Bahagia.Senyuman sentiasa terukir
di bibir. Namun, jauh di lubuk hatinya, sebesar-besar gelora sedang membadai.
Pertama, dia pernah menjadi seorang isteri untuk tempoh masa yang cukup
panjang. Segala tendang terajang dunia rumah tangga pernah dia alami.Dihina,
dimaki, dicaci, ditipu dan macam-macam lagi.Namun dia tetap setia dalam
rumahtangga yang zahirnya terlihat bahagia namun hakikatnya aku sendiri tak
tahu.Kesabaran sahabatku setinggi gunung Kinabalu.Atau mungkin mencecah puncak
Everest. Hinggalah suatu saat, dia tak mampu lagi bertahan apabila bekas
suaminya menghina keturunan dan keluarganya. Dengan kekuatan yang entah datang
dari mana, dia berjaya lepas dari sebuah perkahwinan yang palsu.
Selepas lama sendiri, pintu hatinya diketuk oleh seorang lelaki.Puas aku
memintanya untuk menunda hasrat menikah lagi namun dia yakin dengan pilihan
hatinya. Menurut sahabatku, dia telah cuba mendapatkan petunjuk dengan
melaksanakan istikharah. Bukan sekali.Tetapi 3 kali.Hasilnya memang jelas,
katanya yang itulah dia anugerah yang Allah pilih untuknya. Aku mula nampak
riak bahagia di wajah sahabatku.Senyuman sentiasa berbunga di bibirnya dan kali
ini aku rasa jiwanya juga mula tersenyum bahagia.Alhamdulillah....
Allah masih lagi ingin memuji sahabatku. Setelah lapan bulan bahagia melayari
bahtera rumah tangga, kerana desak hati sahabatku sendiri, tanpa niat untuk
menyelidiki, sahabatku mendapat tahu yang suaminya menipu!Sahabatku terbaca
kiiman mesej di whatsapp ber 'mama', ayah, ber 'mama' papa! Ya Allah!Luluh rasa
hatinya!Kalau akulah di tempat sahabatku, mau saat itu juga aku minta
pisah!Ditipu hidup-hidup!Sadis!Musnah segala harapan dan impian!Bahkan bukan
dengan seorang sahaja perempuan!Kalau akulah!Aku lapah jantan tu hidup-hidup!
Anehnya sahabatku tetap tersenyum.Tetap tabah.Dua hari kemudian, kerana
desak hati yang mulai curiga, sahabatku cuba mencari petunjuk lain.Ya
Allah!Ujian apa lagi ditimpakan ke atas sahabatku!Rupa-rupanya selama ini dia
bermadu!Yang anehnya, madu sahabatku tahu dari mula sahabatku berkenalan dengan
suaminya, bertunang dan akhirnya menikah!Memang dasar penipu!Bukan setakat
isteri si suami, keluarga, sahabat malah rakan sekerja juga tahu status suami
sahabatku yang sebenarnya bukanlah duda!Hebat sahabatku kerana tetap mampu
tabah.Aku yang mendengar rasa seolah-olah ingin ku cabut kepala manusia-manusia
penipu itu satu-satu!Kurang ajar!
Entah kekuatan dan ketabahan siapa yang sahabatku warisi.Atau mungkinkah
kerana ia terlalu alim dengan menerima semua ketentuan Allah.Memang benar, Allah
yang mengatur semuanya.Allah yang maha mengetahui.Namun, dia tak patut ditipu
bahkan dicurangi suami yang sangat dia cintai.Tak patut!Aku rasa cukup
marah!Ada lagi rupanya wanita seperti sahabatku.Berita terkini yang ku tahu,
kononnya suami sahabatku telah mula meninggalkan perangai buaya dan hanya setia
padanya.Entahlah!Susah untuk aku percaya seorang yang benama lelaki.Aku cuma
mampu mendoakan yang terbaik untuk sahabatku.Mudah-mudahan pengorbanannya
mendapat balasan pahala yang setimpal.Hingga ke hari ini ku lihat mereka masih
lagi bahagia.Masya Allah.Aku terkelu.Hilang kata-kata untuk bicara.Kalau aku,
aku tak sanggup!Bia aku hidup sendiri daripada dipermainkan lelaki. Mmmmm....
Moga kau bahagia, sahabatku.....
1 comments:
Tak sangka entry yang ni, dekat 6 ribu pembaca.Tkasih la semua.
Post a Comment