Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, June 19, 2012

Itik bentang Powerpoint.

   Sehari dua ni, aku tengok ramai cikgu di sekolah aku yang sibuk buat audit akademik.(Ala.... yang banding-banding markah tahun-tahun lepas dengan markah terkini tu.Ada istilah TOV lah, OTI lah, ETR lah.Ada juga buat kira-kira untuk tetapkan ETR atau target tu.) Walau pun audit tu Ketua Bidang yang bentang, tapi cikgu-cikgu yang sediakan bahan.

   Bagi aku pulak, oleh kerana Ketua Bidang Bahasa baru je bersara bulan lepas, dan tak de pengganti buat masa ni, terpaksalah aku yang siapkan dan mungkin bentangkan audit tu hari Khamis ni.Esok baru hari Rabu, bermakna ada sehari lagi aku boleh touch up apa yang patut.Bila guna Powerpoint ni aku suka guna warna yang menarik dan lain dari yang lain.Taklah macam copy paste je.

   Bercakap tentang Powerpoint ni, teringat aku kata-kata seorang teman guru; Akak tak tau langsung nak guna Powerpoint!.Sebenarnya aku tak terkejut.Memang ada guru yang 'macam takut' dengan IT ni.Bukan saja Powerpoint, tapi yang lain-lain juga.Kebetulan Pengetua baru aku seorang yang mahir IT.Maka apa-apa info, guna email je.Tak payah susah-susah sedut guna pendrive macam dulu.Tapi ada juga guru yang mula risau sebab bimbang tak tau nak guna IT.

   Sebagai seorang otai dalam dunia internet, aku rasa semua di hujung jari je kalau setakat yang biasa-biasa tu.Sebagai seorang guru, IT teramatlah penting.Contohnya sekarang ni isi kehadiran pelajar pun guna internet.Isi markah peperiksaan pun guna internet.Nak tahu berita atau maklumat terkini tentang pendidikan juga guna internet.Jadi, aku tak berapa faham kenapa ada guru yang takde langsung internet di rumah.Kalau aku, tak de internet di rumah, alamat macam ayam b***k kapurlah.Longoi je!Terasa duniaku senyap dan sunyi!

   Hari Khamis ni, kalau takde aral melintang, aku pun akan guna IT iaitu Powerpoint untuk bentangkan audit akademik aku.Aku suka klik-klik mouse, tukar-tukar slide dengan warna-warna menarik dan ada bunyi-bunyi lagi!Tapi, aku ada satu masalah yang amat besar.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Suara aku sekarang ni macam itik!!!
Sempat ke aku pulih untuk present audit akademik aku hari Khamis ni?
Takut-takut, itik bentang Powerpoint nanti.
Quack!Quack!Quack!
   


2 comments:

a i m z said...

tuudia.. kehidupan cikgu cekgi yang selalu saya dengaq dari kakak2 saya. haha

miloais milo said...

good luck...
iols selalu gak guna powerpoint ni - buat slide...

Let's have a break!