Monday, June 18, 2012

Tanda-tanda awal barah otak.

Tanda-tanda awal barah otak menurut doktor yang aku temui pada 15 Jun 2012 yang lalu.

1.   Sakit kepala yang teruk di waktu pagi berbanding tengah hari.
( Pengalaman aku : Biasanya dalam jam 4 atau 5 pagi tulah sakit kepala aku tu datang menyerang sampailah jam 11 lebih.Mungkin kebetulan je)

2.   Gangguan penglihatan.
( Aku memang dah berzaman bermata empat aka rabun.Jadi aku tak pasti aku ada gangguan penglihatan atau tidak)

3.   Sakit kepala menjadi lebih teruk ketika batuk, bersin atau menunduk.
( Sangat benar.Rasa seolah-olah otak aku 'cair')

4.   Gangguan percakapan
( Yang ni aku tak pasti.Tapi adalah kengkadang tu otak aku nak cakap benda lain, tapi lidah aku sebut lain.Tersilap sebut biasalah kan?)

5.   Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan.
( Yang ni tak pernah pulak)

6.   Sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri.
(Ni pun tak pernah)

7.   Hilang ingatan ke atas hal-hal yang baru dan kemerosotan proses mental.
( Serius, benda ni mula mengganggu aku)

8.   Hilang daya imbangan, lemah atau kebas badan.
( Ni takdelah pulak)

9.   Loya dan muntah-muntah.
( Memang perkara biasa terjadi sewaktu sakit tu datang menyerang)

Kesimpulannya:
Pasrah jelah.
Life must go on.
:D
Doktor kata kena ambik darah, aku ambik darah.
Doktor kata kena scan, aku tak pastilah nak buat ke tak.
Leceh gi hospital kerajaan ni.Dahlah time sekolah.
Buat sementara, aku makan ubat macam makan kacang.
Ala.... sakit kepala biasa kot.
Asyik fikir hal sekolah, hal anak-anak murid je.
Tambah tahun ni, B.Inggeris mesti meningkat.Kalau tak , kecewalah aku yang amat sangat.

-
-
-


Sama pulak dengan info di Alam Cahaya.



Maklumat lanjut, boleh baca di SINI.

Oklah. Aku nak tengok pujaan hatiku dulu.
P.Ramlee di TV2.


30 comments:

Unknown said...

risau plak kalau ada simptom2 kan. Nauzubillah.

a i m z said...

bahaya tuu. pegi la scan...

http://khajiwahab.blogspot.com/2012/06/jangan-mendekati-zina.html

ewanthology said...

mencegah lebih baik dari mengubati. Harap semuanya baik baik sahaja untuk anda.

TeAqArH said...

hope everything ok..berdoaah kepada DIA.. ^_^

Unknown said...

Hmm.Agak merisaukan jugak ni.

zaheeyah said...

Semoga cepat sembuh ^_^

Telor Power said...

InsyaAllah....tiada apa2 tu
tggu jer result ujian darah tu nanti

Emas Putih said...

eh awak sakit barah otak ka???

Cik Kumbang said...

insyaALLAH xda pape :)

[sutera kasih] said...

buatlah cek di hospital pakar..jgn malas2..selagi boleh rawat, rawatlah,,ya :)

Reena Kamarudin said...

uish. minta dijauhkan. semoga awak tak apa-apa. rajin buat check up ok :)

Unknown said...

saya pun selalu mengalami sakit kepala yag teruk sampai kadang2 muntah2...xleh bangun.....Tp selalu makan panadol jer....^_^

ssyatUsHi said...

Saya pun mengalami sakit kepala yang amat sakit . Tp takot nak pergi cheack . Sakit waktu pagi dan malam teruk .rasa kalau ketuk n hamer pun tak rasa

fienaz said...

Semue simptom tu saye pnah alami tp no. 5 & 9 tu xde lha pulak.. Hehehe... Klau saye, x check pun.. Sakit kpale mkn ubat.. Kejang otot.. Rehat je lha kat dalam bilik.. =)

Unknown said...

klo ad tnda2 cm 2 kne check ke????....

qiarisy said...

majoriti daripada simptom tu ada pada saya, pergi klinik swasta, dia advise saya rujuk pakar untuk buat ct scan, so, untuk mengukuhkan lagi kenyataan tersebut, keesokan harinya saya pergi klinik kerajaan, n dengan acuh tak acuh doc cakap " ini sakit kepala biasa yang disebabkan oleh masalah rabun dan silau" bila saya tanya advise dia..doc tu cakap lagi " awak boleh pergi buat cermin mata yang untuk silau punya" see... padahal memang spek mata saya khas untuk silau.. n kalau disebabkan rabun takkan bertahun2 sakitnya...herm..mana satu leh percaya erk...

Uji Hussein said...

Kadang-kadang kita pun tak tau nak check ke tidak.Contohnya masa selalu sakit kepala, doktor suruh check tapi doktor pesan kalau ada keturunan kanser jgn scan atau xray sebab boleh menggalakkan sel kanser.Jadi serba salah kan?

qiarisy said...

then, bila dah sampai peringkat yang teruk, kita juga yang disalahkan sebab tak buat pemeriksaan awal.... redha je lah...

ikanpuyusepet said...

semua simptom syer ada..ditambah pulah drah kluar dari hidong and mulot..so sad :(

Anonymous said...

Salam...saya nurul nak bgtau kat sini..saya telah drompak....n kena belasah..n terus d hantar kat HOSPITAL...doktor buat pemeriksaan utk saya...siap ngan scan bahagian otak sekali...sbb kena belasah ngan teruk...
Masa tu lah saya d kesan ada something kat otak bahagian depan...
Sblm tu saya sering migrain n bdarah hdung....tawakal ajelah..entah berapa lama saya dapat hdup....nak tglkan anak baru aje mncapai umur 2 thn....sdhnya....

Unknown said...

ujung bulan ni sy kna buat ct scan...tlg doa kn sy ye....harap xde barah...ya allah sedih nye...

Unknown said...

semua simptom 1 smpai simptom ke 8 . ( kecuali simptom ke 4) .. semua simptom sy slalu lalui.. skrng buat kputusan nk scan.. tnggu ada masa, sbb aku ni pelajar. form 3... Ya Allah, hrp xda apa2 ..

Unknown said...

Sy menghidap tanda2 yg begitu juga

Unknown said...

Sy juga menghidap tanda2 yg sma sperti di atas

Unknown said...

ya Allah engkau kuatkan la hati2 hambaMu ini ya Allah

Anonymous said...

salam...sy bru info org yg pling syg suspected brain tumor..skrg tgh buat appt for ct scan..tanda2 diatas kbykan nya ada... x tahu mcm ne nak mghadapi semua ni...hanya berserah pd yg lebih berkuasa Allah swt supaya memberi sy dan dia kekuatan mghadapinya bersama2..amiin

Anonymous said...

Saya takut kehilangan kawan saya. Dia sahabat sejati - pertama & terakhir saya. Sya rela kalau tuhan ambik nyawa saya untuk gantikan nyawa dia. Sya syg dia sangat. Sya nak dia sembuh :'(

Uji Hussein said...

Syukur alhamdulillah, walau pun ada simptom, saya disahkan bebas barah otak.Alhamdulillah....

Sitcom said...

Sakit kepala yg dtg tetiba dgn teruk ketika bersih, batuk adalah gejala resdung yg kronik.. Bukan barah otak.. Kebanyakan pesakit resdung sering mengalami masalah sakit kepala dan semakin teruk bila bersin atau batuk..jadi kene usaha kurangkan resdung..

Anonymous said...

macam mana nk p cek ??kat klinik ka hospital terus

Post a Comment