Saturday, June 23, 2012

Sup pipi, urat, itik kaca, pavlova dan felt.

   Oleh kerana tekak tak selera nak makan nasi, aku try makan sup.Kata orang, kalau badan rasa tak sihat, try makan sup panas-panas.Insyaallah, bila berpeluh, sihatlah sikit.Aku pun apa lagi, pergilah ke Pusat Bandar Pasir Gudang.Ada satu kedai jual macam-macam sup di situ.

   Aku pilih campuran sup urat dan pipi.Nampak macam sedap.Tapi, mak datuk!!!!Punyalah mahal!!!!Semangkuk sup yang tak berapa penuh, 4 ketul kecik potongan pipi dan 4 ketul kecik potongan urat harganya RM8!Nasib baik boleh tahan sedap!Kalau tak, aku pulang balik pada tokeh sup tu.Tapi, alhamdulillah, lepas tu berpeluh sikit badan.Nasib baik jagung special yang 'amboi sedapnyaaa!!!!' dengan seketul besar aiskrim vanilla, taburan chocolate rice dan coklat cair tersangatlah lazat, harganya cuma RM2.50.


   

Ni sup pipi dan urat aku.
Bizarre!!!!!

   Lepas makan, aku jalan-jalan ke Kipmart Home untuk tengok-tengok.Singgah Romantika dan dapatlah aku beli bekas letak suratkhabar yang sangat cantik dengan tulisan, Believe in your dreams and they will come true!'Buat koleksi sikit-sikit untuk cantikkan rumah.

-
-
-
-



dan juga beli itik comel ni untuk bekas sabun di bilik mandi.

-
-
-
-
-
-
-
-

Lepas tu , singgah Bake Well beli bahan untuk buat Pavlova.
MUdah-mudahan berjaya misi aku buat pavlova esok
sambilkejar-kejar buat modul dan menyemak buku anak-anak murid aku.
Tempahan felt, aku buat lepas siap semua.
Pssst!Ada sesiapa lagi nak tempah?

3 comments:

NadiRah said...

comel itik..
hahahahaha

Telor Power said...

sup urat. lamanya tak kena

dahulu semasa aku bekerja di PG rajin gak pi makan di area masai tepi jalan jer kedainya depan bank tak silap. sedap juga rasanya dan mantol2 hahaha

SasauMovie said...

Hi . Sesiape yang ade mase terluang tak tau nak buat ape .
Jom singgah ke Blog Saya . Boleh Tengok Movie (^^,) & Follow .

http://sasaumovie.blogspot.com/

Post a Comment