Zaman Dulu:Zaman aku anak dara sunti umur lebih kurang 13,14 tahun dulu, aku dah mula gila cuba macam-macam petua.Antaranya petua untuk haluskan kulit.Aku punyalah rajin dok rendam beras dah tu tumbuk agak-agak hancur campur dengan kunyit hidup.2,3 kali seminggu gonyoh pada seluruh badan lebih kurang macam buat skrub.Lepas mandi tu rasa badan bersih semacam je.Tiba-tiba je rasa akulah yang paling cantik.Hahaha!
Untuk wangikan badan pulak, aku suka sangat tumbuk daun pandan yang aku kerat-kerat.Ambil airnya dan lumur seluruh badan.Fuh!!!Wangi je baunya.Sampaikan aku sendiri ingat yang aku ni tuan puteri.Hahaha!Maklumlah budak kampung zaman aku dulu mana sama dengan budak kampung zaman sekarang!
Bukan setakat tu je, aku paling suka lumur santan pekat campur perahan air pandan pada rambut aku.Lepas dibiar lebih kurang sejam, aku cuci dengan sabun ( masa tu aku belum pandai guna syampu) mandi.Sabun yang paling popular yang aku ingat adalah sabun Lux.Lepas hilang minyak dan buih sabun tu, aku gonyoh pulak dengan limau nipis yang dibelah dua.Pedih bukan main tapi tulah, nak cantik punya pasal,aku on je.Zaman anak dara dulu, rambut aku panjang lebih pinggang.
Selain santan, untuk rambut juga aku suka sangat gunakan daun bunga raya.Ambil yang tua dah tu ramas-ramas hingga keluar lendirnya dan lumur di kepala.Sejuk je rasa kepala.Kata orang, baik untuk hitamkan rambut.Kalau tak pun, cari pokok pisang yang dah kena tebang, dah tu korek tengah-tengah batang tu buat lubang.Tak lama lepas tu, adalah air yang berkumpul dalam lubang tu.Ambil air tu dan lumur di kepala.Pun elok kononnya untuk hitam dan kilatkan rambut.
Untuk gigi pula, aku pernah try gosok dengan arang.Alah, zaman dulu arang kan banyak dijual.Ambil sikit dah tu tumbuk lumat-lumat dan gonyoh pada gigi.Konon gigi boleh putih.Bab tumbuk arang nilah aku kena tarik telinga dengan mak sebab aku lupa nak basuh.Mak pulak memang garang!Apa lagi, merah le telinga aku.Hehehe.Kalau tak guna arang, aku ambik segenggam dua garam halus mak dan lumur pada gigi.Ni pun aku pernah kena tarik telinga dengan mak sebab sekejap je garam dah habis dah tu aku lupa nak beritahu mak garam dah habis.Akibatnya, ada sekali tu kami makan asam pedas tawoooo!Zaman tu kedai bukan dekat nak pergi beli garam.
Zaman sekarang :Untuk cantikkan kulit, aku suka guna bedak lulur jenama Bunga Tanjung.Bau dia tu yang aku suka.Dah berbelas tahun kot rasanya aku guna bedak ni.Bekalan tak pernah putus.Tapi ada sekali tu aku terbeli yang mungkin tiruan sebab langsung takde bau.Satu jenis lagi aku tak berapa suka sebab kurang ummph.Bila dah guna bedak sedia untuk dilumur ni tak payahlah aku enat-penat rendam dan tumbuk beras macam dulu.
Untuk wangikan badan, biasanya colet je perfume.Cuma sesekali je aku buat sauna bath di rumah guna daun pandan, serai wangi dan lain-lain.Bukan tak nak buat cuma bila dah berumur sikit ni, malaaaaaaaaas sangat nak guna sauna tu.Akhirnya, biar je sauna tu dalam bilik tak berusik.
Untuk rambut pulak, dah berzaman dah aku tak guna petua lama.Teringin juga tapi malas sangat.Akhirnya, aku guna je Rejoice untuk cuci.Kalau tak silap aku dah guna Rejoice sejak 1989.Rambut pun aku dah bagi kontot sejak umur 21.Tapi uban langsung tak de tau mungkin seba petua yang aku amalkan dulu-dulu.Lembut?Bolehlah tahan.
Untuk gigi, dah lama aku tak jumpa arang nak bagi putih gigi.Akhirnya Colgate je aku tonyoh.Yang penting, bersih dan segar.Takde satu pun petua yang aku amalkan sampai sekarang dek kerana kekangan masa dan sebab zaman sekarang ni beli je di Watson ke Guardian ke atau kedai mamak.Macam-macam ada!Anda bagaimana?
-
-
-
-
-
-
Jenama favourite aku.
( tak sangka Hok Sengoti pun pakai ni)
-
-
-
-
-
-
Try guna yang ni tapi tak berapa sesuailah.
Lenglonglengchai pulak pakai dua-dua!
5 comments:
hehe~ lucu la baca entry akak..grang sngt mak, tp she is the best...gud tips
errrrr.... kpah pun guna petua-petua dulu-dulu... tapi tak de lah guna mcm scarr ni sbb kpah ni budak bandar heeee... apa yg ada saja lah.. mcm tomato, timun..limau nipis.. ( bagus jugak ni kalau buat entry... ahakkkk)....
alhamdulillah pulak kakCT takde problem jerawat & bau badan. yang nyata termaktub kemalasan menjalankan kerja2 anak dara waktu2 remaja sebab dok sibuk main hoki & bola jaring....heeeee
hehehe hye sis!owh samalah sy masa zaman remaja cukup suka kumpul petua dan pratikkan d dapur!pantang ada brg kat dapur,mesti belek petua kat buku.
mmg best sebenarnya kalau buat sdri,tapi la ni malas,nak cepat je utk semua benda! bedak bga tjg ni selalu nampak tapi tak pernah terfikir nak beli ^*
blhlah cuba gak :)
owh nak trylah
banyaknyer petua2... rajen betul dia :)
Post a Comment