Showing posts with label petua orang tua. Show all posts
Showing posts with label petua orang tua. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Petua untuk menghilangkan rasa mengantuk

  Entry pasal petua lagi.Bukan apa, esok-esok, bila aku dah tak de, bolehlah anak-anak aku tak kiralah anak buah ke anak angkat ke,( anak ikan takde ye) praktikkan.Petua kali ini adalah bagaimana untuk menghilangkan rasa mengantuk.

   Pengalaman akulah biasanya aku cukup mengantuk time menonton cerita Melayu yang entah apa-apa.Tapi, sekarang ni ok juga sebab dah banyak cerita yang tak membuatkan aku tidur.Selain dari itu, aku cukup mengantuk time meeting kalau tuan pengerusi tu cakap dahlah slow ala-ala berbisik bulan madu( Censored!Censored!) dah tu isu syok sendiri je.Contohnya tajuk,:Bagaimana Saya Boleh Menjadi Guru Cemerlang.Uwekkkk!!!!Muntah pelan-pelan.Ops!Ops!Cerita KLANGIT ke laut pulak dah!

   Ok.Berbalik kepada petua untuk hilangkan mengantuk adalah.... jeng!Jeng!Jeng! ....dengan main warna.Jangan fikir kotor.Takdenya main-main warna macam BALAS.(Yeah!!BALAS dah terkeluar!!!!) Caranya, pertama kena relax.Kedua, pejamkan mata (jangan tidur ha!) Ketiga,cuba bayang warna merah.Gambarkan seolah-olah nampak warna merah yang terang walau pun dengan mata terpejam.Buat 3,4 kali.Dengan izin Allah, akan hilanglah rasa mengantuk tu.

   Kalau agak-agak susah nak main-main warna, cubalah minum secawan kopi pekat tanpa gula.Errr.... tak tahan pahit?Ok.Ok.Letak sikit je gula.Lepas tu, mesti mata segar macam lepas tengok LANA NORDIN.(?Eleh!Buat-buat tak faham pulak.Kura-kura dalam perahu) tapi ingat!Jangan minum kopi jantan nanti kang ha.... &*^%$)(#!!!! Kalau tak de kopi, nescafe pun boleh.Janji belakang dia ada bunyi 'pi' atau 'fe'.Kalau nak lebih thrill, cari kopi tahi musang ( Ceh.... dah ketinggalan zaman.Lagi pun tu Indonesia punya.Tak rela I nanti Indon kata kita curi hak dia orang.Baik cari tahi gajah.Orang sekarang dah minum kopi tahi gajah.Power sikit)

  Alah mak.Masalah betul.Kopi tak nak.Nescafe pun tak suka sebab boleh buat sakit kepala.Jangan risau.Cara lain senang je.Letakkan badan separas dengan lantai.Letakkan kedua-dua tangan lurus di sisi.Kaki pun kena lurus betul-betul.Letak sebiji bantal di bawah kepala.(Kalau boleh bantal kekabu.Jangan sesekali guna bantal isi bulu itik.Kesian itik tak de bulu.Sejuk tu).Kemudian, tarik nafas perlahan-lahan sambil pejamkan mata.Kalau time tu musim sejuk, pakailah selimut.Step terakhir adalah pejamkan mata. ????? Apa lagi???Tidurlah!Gerenti lepas tidur tu mata jadi segar.Hahahaha!!! (Peringatan:Hanya boleh dipraktikkan jika anda di rumah.Kalau di sekolah atau di office, alamat cari nahas!)  Ok.SELAMAT MENCUBA dan bermimpi sampai ke bintang.



Mimpi sampai ke reban itik

p/s: Malam ni kalau rasa mengantuk, pergi cari mana-mana kedai atau restoran yang ramai orang menonton SEMI FINAL PIALA AFF SUZUKI MALAYSIA LAWAN THAILAND.Garenti tak mengantuk.




Saturday, December 8, 2012

Petua menghalau cicak.

   Masih lagi mood 'petua'.Kali ni petua untuk halau cicak.Cuma bezanya, bukan aku yang nak share petua tapi aku yang nak mintak petua.Bukan apa, sejak akhir-akhir ni, aku tengok adalah satu dua 't**i cicak di rumah aku ni.Makhluknya tak nampak.Pandai sungguh menyorok.Dah serupa PATI dah.Jadi kalau ada sesiapa yang tahu cara nak menghalau cicak ni, tolonglah share dengan aku ye.
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Petua cantikkan kulit dan wangikan badan

   Malam ni mood nak share petua je.Kali ni petua nak cantikkan kulit dan wangikan badan pulak.Khas untuk pembaca blog Scarlett's Petals.Petua ni sesuai untuk semua jantina, tak kira umur kecuali bayi yang belum tumbuh gigi je.Caranya mudah je iaitu dengan menggunakan beras, daun cekur dan kunyit hidup.

   Ambik beras dalam semangkuk dan kunyit 3 cm.Daun cekur tu 5 helai.Tumbuk semua sampai 3/4 lumat.Jangan blend tau!Bila dah tumbuk, basahkan badan.Kemudian, sapukan bahan yang ditumbuk tadi ke seluruh badan.Biar sampai separuh kering.Bila dah separuh kering, gonyoh badan kita yang telah dilumur dengan bahan tumbuk tadi.Gonyoh betul-betul sampai tertanggal semua daki dan sel-sel mati.Bila dah abis semua digonyoh, bolehlah mandi seperti biasa.Hmmm... segar dan wanginya bau!

Kalau rajin cuci, ambik dengan ubi dan akarnya sekali.

   Kalau rajin buat dalam seminggu sekali ke, dengan izin Allah, kulit kita jadi cantik, lembut dan halus.Tak payah buang duit pergi spa.Kalau tak de beras ( menipu beno!), gantikan dengan kelapa parut dicampur garam.Bungkus kelapa dan garam tu dalam kain muslin atau kain batik lama.( Guna garam halus.Kalau garam kasar, mau meraung kita sebab habis calo-balo!) Kemudian gonyoh badan guna bungkusan tu.Kulit akan cantik, lembut dan wangi seperti bayi.Tak tipu punya!

   Cara lain adalah dengan menggunakan daun pandan.Ambik pandan kemudian blend.Jangan buang hampasnya tapi guna untuk gonyoh badan macam guna kelapa tadi.Sebelum tu, air pandan yang ada tu, campur dengan air mandi dalam tab mandi.Kalau takde tab mandi, gunalah besen besar atau kolam budak-budak pun boleh.Jangan berendam dalam sink pulak.Buang tebiat namanya tu.Berendam le dalam air pandan tu sambil gonyoh-gonyoh badan.Kalau rajin buat, garenti bau kita macam agar-agar pandan atau ondeh-ondeh.Hahaha....Ok?Berani cuba?

   
Untuk kita-kita aje tau!
Kucing tak mao!

Petua cantikkan rambut.

   Tiba-tiba aku teringat 'aku' dulu-dulu.'Aku' dulu-dulu seorang yang sangat setia pada petua orang tua-tua.Macam-macam petua terutama petua kecantikan yang aku ikut.Maklumlah, masa tu mana ada blog!Banyaklah masa aku nak melayan petua.Tambah pulak, tinggal jauh di kampung.Nak beli apa-apa kena ke pekan yang agak jauhlah juga.Walau pun sebenarnya dekat sebab zaman dulu mana ada kereta ke bas ke teksi.

   Antara petua yang sangat setia aku buat adalah melebatkan rambut.Sebenarnya bila ikut petua ni, rambut bukan setakat jadi lebat, tetapi juga lembut, berkilat, bermaya , tak de kelemumur dan juga melambatkan uban.Buktinya, dalam umur masuk 4 series ni , rambut aku masih macam rambut Raja Ema zaman dulu-dulu!Hahaha!!!

   Petuanya senang je.Ambik daun bunga raya yang tua.Nak tau tua ke tak, tak payah tanya berapa umur pokok tu tapi cukup dengan ambik daun yang paling pangkal, yang hitam pekat berkilat.Ambiklah dalam 10 helai ke.Kemudian, ambik segayung air.(Gayung ni kalau di Terengganu orang kata 'cebok' tapi kat Johor, 'cebok' tu lain pulak maknanya)Next step, ramas daun tadi sampai keluar lendirnya.


   Bila dah keluar lendir tu, basahkan rambut kemudian lumurkan air ramasan tu di kepala.Gonyoh-gonyohkan sikit kepala tu bagi air daun bunga raya tu meresap elok.Bungkus dengan tuala lembab dalam setengah jam.Nak sejam pun boleh.Kemudian, bila dah cukup tempoh, cuci kepala bersih-bersih.Buatlah seminggu sekali ke.Dengan izin Allah, rambut kita akan lebat dan berkilat.Yang paling penting, sejuk je kepala tu.

   Kalau tak de daun bunga raya, jangan risau.Tak payah susah keluar masuk kampung cari.Ganti je dengan daun rambutan dan buat dengan cara yang sama.Kalau pokok rambutan pun tak de, guna daun lidah buaya atau aloe vera.Ok juga.Kalau tak de juga, tebang pokok pisang dah tu buat lubang di pangkal batang pisang yang tinggal tu.Biar 2,3 jam sampai keluar air di batang pisang tu.Kemudian, lumur atas kepala dan ikut cara yang sama.

   Kalau tak de juga?Alah... banyak songeh pulakTijah!Cari je daun sup atau daun saderi.Buat cara yang sama.Pun boleh juga.Malas nak pegi beli?Hampeh betul!Cari jelah syampu Rejoice.Habis cerita.Kalau tak de juga, lumur je clorox garenti uban tak tumbuh.Macam mana?Ada berani?


Lihatlah rambutku!
Cantik kan?

Sunday, June 3, 2012

Petua untuk cantik dulu dan sekarang.

  Zaman Dulu:Zaman aku anak dara sunti umur lebih kurang 13,14 tahun dulu, aku dah mula gila cuba macam-macam petua.Antaranya petua untuk haluskan kulit.Aku punyalah rajin dok rendam beras dah tu tumbuk agak-agak hancur campur dengan kunyit hidup.2,3 kali seminggu gonyoh pada seluruh badan lebih kurang macam buat skrub.Lepas mandi tu rasa badan bersih semacam je.Tiba-tiba je rasa akulah yang paling cantik.Hahaha!

   Untuk wangikan badan pulak, aku suka sangat tumbuk daun pandan yang aku kerat-kerat.Ambil airnya dan lumur seluruh badan.Fuh!!!Wangi je baunya.Sampaikan aku sendiri ingat yang aku ni tuan puteri.Hahaha!Maklumlah budak kampung zaman aku dulu mana sama dengan budak kampung zaman sekarang!

   Bukan setakat tu je, aku paling suka lumur santan pekat campur perahan air pandan pada rambut aku.Lepas dibiar lebih kurang sejam, aku cuci dengan sabun ( masa tu aku belum pandai guna syampu) mandi.Sabun yang paling popular yang aku ingat adalah sabun Lux.Lepas hilang minyak dan buih sabun tu, aku gonyoh pulak dengan limau nipis yang dibelah dua.Pedih bukan main tapi tulah, nak cantik punya pasal,aku on je.Zaman anak dara dulu, rambut aku panjang lebih pinggang.

   Selain santan, untuk rambut juga aku suka sangat gunakan daun bunga raya.Ambil yang tua dah tu ramas-ramas hingga keluar lendirnya dan lumur di kepala.Sejuk je rasa kepala.Kata orang, baik untuk hitamkan rambut.Kalau tak pun, cari pokok pisang yang dah kena tebang, dah tu korek tengah-tengah batang tu buat lubang.Tak lama lepas tu, adalah air yang berkumpul dalam lubang tu.Ambil air tu dan lumur di kepala.Pun elok kononnya untuk hitam dan kilatkan rambut.

  Untuk gigi pula, aku pernah try gosok dengan arang.Alah, zaman dulu arang kan banyak dijual.Ambil sikit dah tu tumbuk lumat-lumat dan gonyoh pada gigi.Konon gigi boleh putih.Bab tumbuk arang nilah aku kena tarik telinga dengan mak sebab aku lupa nak basuh.Mak pulak memang garang!Apa lagi, merah le telinga aku.Hehehe.Kalau tak guna arang, aku ambik segenggam dua garam halus mak dan lumur pada gigi.Ni pun aku pernah kena tarik telinga dengan mak sebab sekejap je garam dah habis dah tu aku lupa nak beritahu mak garam dah habis.Akibatnya, ada sekali tu kami makan asam pedas tawoooo!Zaman tu kedai bukan dekat nak pergi beli garam.

Zaman sekarang :Untuk cantikkan kulit, aku suka guna bedak lulur jenama Bunga Tanjung.Bau dia tu yang aku suka.Dah berbelas tahun kot rasanya aku guna bedak ni.Bekalan tak pernah putus.Tapi ada sekali tu aku terbeli yang mungkin tiruan sebab langsung takde bau.Satu jenis lagi aku tak berapa suka sebab kurang ummph.Bila dah guna bedak sedia untuk dilumur ni tak payahlah aku enat-penat rendam dan tumbuk beras macam dulu.

   Untuk wangikan badan, biasanya colet je perfume.Cuma sesekali je aku buat sauna bath di rumah guna daun pandan, serai wangi dan lain-lain.Bukan tak nak buat cuma bila dah berumur sikit ni, malaaaaaaaaas sangat nak guna sauna tu.Akhirnya, biar je sauna tu dalam bilik tak berusik.

   Untuk rambut pulak,   dah berzaman dah aku tak guna petua lama.Teringin juga tapi malas sangat.Akhirnya, aku guna je Rejoice untuk cuci.Kalau tak silap aku dah guna Rejoice sejak 1989.Rambut pun aku dah bagi kontot sejak umur 21.Tapi uban langsung tak de tau mungkin seba petua yang aku amalkan dulu-dulu.Lembut?Bolehlah tahan.

    Untuk gigi, dah lama aku tak jumpa arang nak bagi putih gigi.Akhirnya Colgate je aku tonyoh.Yang penting, bersih dan segar.Takde satu pun petua yang aku amalkan sampai sekarang dek kerana kekangan masa dan sebab zaman sekarang ni beli je di Watson ke Guardian ke atau kedai mamak.Macam-macam ada!Anda bagaimana?

-
-
-
-
-
-

Jenama favourite aku.
( tak sangka Hok Sengoti pun pakai ni)
-
-
-
-
-
-
Try guna yang ni tapi tak berapa sesuailah.
Lenglonglengchai pulak pakai dua-dua!


Tuesday, February 21, 2012

Aku gilakan dia balik.Salahkah?

   Dulu aku pernah gilakan dia.Tak kiralah sama ada pagi, petang atau malam.Dia mesti bersama aku.Tapi aku diberitahu, dari segi hukum, tak baik aku terus bersama dengannya.Hukumnya  bukan haram, iaitu hanya makruh.Tetapi kalau makruh maknanya Allah tak suka.Wallaualam!Jadi dah agak lama juga aku tinggalkan dia.



  Namun, hari Ahad yang lepas, aku terbaca satu rencana tentang Profesor Diraja Ungku Aziz.Umurnya dah pun 90 tahun tapi masih gagah menulis dan terus kaya dengan ilmu dan ilham.Bila ditanya apakah rahsianya, beliau memberitahu kerana cintanya pada dia; dia yang sama yang telah lama aku tinggalkan.Jadi, aku rasa aku patut gilakan dia balik.Tak salah kan?Mana tahu dengan kuasa Allah, aku boleh menjadi seorang yang sangat berilmu dan bijak seperti Profesor Diraja Ungku Aziz.Jadi, hari ini aku start makan dia balik time makan tengah hari.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... bawang besar

-
-
-
-
-

... atau pun jenis yang ini kerana kedua-dua sedap dimakan dengan nasi!

   Aku tahu lepas makan bawang ni, mulut dan nafas pasti rasa tak selesa dan berbau.Jadi aku amalkan petua yang aku jumpa di mana entah, aku pun dah lupa iaitu, lepas makan berulamkan bawang ni, makanlah roti putih satu dua keping atau pun 'kemam' gula pasir agak-agak sesudu hingga gula tu cair sendiri dalam mulut.

Apa?Tak de kelas makan bawang?
Profesor Diraja Ungku Aziz pun tak kisah pasal kelas kerana besarnya faedah makan bawang tu.

p/s: Okla.
Aku nak sambung buat beg duit felt Mickey  Mouse aku dulu.
Daa!

Thursday, December 1, 2011

Resipi ayam kari pain killer

   Aku suka cuba petua tak kiralah petua orang tua atau petua orang muda.Aku juga suka makan ayam terutama ayam pencen.Tak kiralah orang nak kata ayam pencen tu kegemaran orang kampung sebab aku memang orang kampung pun walau pun kampung aku seekor kambing pun tak ada.Jadi, suatu hari tu, aku telah membeli seekor ayam pencen dengan harga RM9.50.Mak aih!Minggu sebelumnya seekor baru RM7.Cekik darah betul!Nasib baik tukang jual ayam tu handsome, kalau tak, aku cekik dia sekali!

   Balik rumah, aku pun dengan cekapnya ewah!Kalah Master Chef menyiapkan ayam pencen tu untuk dimasak.Apa lagi, menu terbaik untuk ayam pencen kalau tak kari.Kemudian aku teringat petua konon katanya nak bagi ayam tu cepat empuk, masukkan sebiji dua panadol.Aku pun melilau cari panadol.Apa tak melilau sebab aku tengok takde panadol dalam peti ubat aku.Minggu lepas, macam ada tapi sekarang dah tak de.Makan panadol macam makan kacang goreng pulak.

  Sedang aku mencari-cari tu, aku ternampak pain killer yang memang biasa aku standby di rumah.Entah syaitan apa menghasut aku, aku pun ambil sebiji dan campak ke dalam kari yang sedang dimasak.Tak terfikir langsung yang panadol dan pain killer tu tak sama.Selepas 20 minit, aku try tengok empuk tak ayam tu.Mak aih!Punyalah empuk sampai tertanggal isinya bila aku sentuh dengan senduk.

   Hati aku pun dah berbunga-bunga nak makan nasi lauk ayam pencen masak kari.Tapi bila aku suap je ayam tu ke mulut, mak datuk pahitnya masyaallah!Ayam pencen aku dah bertukar rasa jadi buah peria!Ku sangkakan kerana hempedu terpecah semasa proses memotong tapi pahitnya tak boleh aku telan.Fikir punya fikir baru aku teringat, mungkin itu disebabkan oleh pain killer yang aku masukkan.Jadi terpaksalah aku tengok je kari ayam tu dalam pinggan.

   Dah tak de rezeki nak merasa ayam pencen masak kari, nak buat macam mana?Oleh kerana perut dah lapar dan aku kena cepat pergi rumah mak, hari tu aku makan nasi dengan sayur je.Abis aku kena kutuk gara-gara ayam kari pain killer!



Cantik ayam ni posing.




Ayam yang tak sanggup aku makan!

Gambar credit to Cik Google