Showing posts with label Mickey Mouse. Show all posts
Showing posts with label Mickey Mouse. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Aku gilakan dia balik.Salahkah?

   Dulu aku pernah gilakan dia.Tak kiralah sama ada pagi, petang atau malam.Dia mesti bersama aku.Tapi aku diberitahu, dari segi hukum, tak baik aku terus bersama dengannya.Hukumnya  bukan haram, iaitu hanya makruh.Tetapi kalau makruh maknanya Allah tak suka.Wallaualam!Jadi dah agak lama juga aku tinggalkan dia.



  Namun, hari Ahad yang lepas, aku terbaca satu rencana tentang Profesor Diraja Ungku Aziz.Umurnya dah pun 90 tahun tapi masih gagah menulis dan terus kaya dengan ilmu dan ilham.Bila ditanya apakah rahsianya, beliau memberitahu kerana cintanya pada dia; dia yang sama yang telah lama aku tinggalkan.Jadi, aku rasa aku patut gilakan dia balik.Tak salah kan?Mana tahu dengan kuasa Allah, aku boleh menjadi seorang yang sangat berilmu dan bijak seperti Profesor Diraja Ungku Aziz.Jadi, hari ini aku start makan dia balik time makan tengah hari.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... bawang besar

-
-
-
-
-

... atau pun jenis yang ini kerana kedua-dua sedap dimakan dengan nasi!

   Aku tahu lepas makan bawang ni, mulut dan nafas pasti rasa tak selesa dan berbau.Jadi aku amalkan petua yang aku jumpa di mana entah, aku pun dah lupa iaitu, lepas makan berulamkan bawang ni, makanlah roti putih satu dua keping atau pun 'kemam' gula pasir agak-agak sesudu hingga gula tu cair sendiri dalam mulut.

Apa?Tak de kelas makan bawang?
Profesor Diraja Ungku Aziz pun tak kisah pasal kelas kerana besarnya faedah makan bawang tu.

p/s: Okla.
Aku nak sambung buat beg duit felt Mickey  Mouse aku dulu.
Daa!

Tempahan beg duit felt lagi

   Dalam proses untuk menyiapkan 4 beg duit felt untuk kanak-kanak dengan harga RM10 setiap satu.Seorang nakkan gambar Mickey Mouse dan 3 lagi nak The Smurfette.Selain daripada itu, ada 4 tempahan skaf / cekak rambut felt.Siap beritahu lagi nak yang bunga-bunga macam selalu aku buat tu.High taste juga budak-budak sekarang ni.Brooch ada juga tapi buat brooch sekejap je. Opps!Ada seorang nak keychain teddy bear.Fuh!!Penat tapi seronok layan kerenah budak-budak.Sambil tu bolehlah blogging sambil lari-lari anak menjenguk kawan-kawan.





Contoh yang 3 orang budak cinonet tu nak ;The Smurfette.