Showing posts with label kraf felt. Show all posts
Showing posts with label kraf felt. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Siap satu lagi beg felt...

   Dalam pada sibuk ikut serta kempen mengundi Mia ( Tengok sticky post tu), sempat juga aku siapkan satu lagi beg duit felt.100 handmade.Macam biasa, siap je aku pn snap gambar dan konon nak bluetooth ke netbook.Tapi, malangnya, netbook aku masih tak ok dan Cik Temah Samsung aku ni tak boleh bluetooth.Nak guna cara lain, aku pun dah tak ingat mana aku campak benda alah nak sambung ke cpu ni.Aduhai!Maka terpaksalah aku simpan dulu gambar beg duit felt aku yang cute ni. Ada sesiapa lagi yang berkenan?







Terpaksalah aku letak gambar lama.

Friday, April 20, 2012

Tak sabarnya nak buat...

Bilalah aku nak balik rumah ni...
Tak sabar nak buat ni...


... dan ini


( Ni gambar Google)

...ini




( Gambar pinjam Google )


( Gambar pinjam Google )


( Gambar pinjam Google )

Dan macam-macam lagilah....

Tuesday, February 21, 2012

Aku gilakan dia balik.Salahkah?

   Dulu aku pernah gilakan dia.Tak kiralah sama ada pagi, petang atau malam.Dia mesti bersama aku.Tapi aku diberitahu, dari segi hukum, tak baik aku terus bersama dengannya.Hukumnya  bukan haram, iaitu hanya makruh.Tetapi kalau makruh maknanya Allah tak suka.Wallaualam!Jadi dah agak lama juga aku tinggalkan dia.



  Namun, hari Ahad yang lepas, aku terbaca satu rencana tentang Profesor Diraja Ungku Aziz.Umurnya dah pun 90 tahun tapi masih gagah menulis dan terus kaya dengan ilmu dan ilham.Bila ditanya apakah rahsianya, beliau memberitahu kerana cintanya pada dia; dia yang sama yang telah lama aku tinggalkan.Jadi, aku rasa aku patut gilakan dia balik.Tak salah kan?Mana tahu dengan kuasa Allah, aku boleh menjadi seorang yang sangat berilmu dan bijak seperti Profesor Diraja Ungku Aziz.Jadi, hari ini aku start makan dia balik time makan tengah hari.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

... bawang besar

-
-
-
-
-

... atau pun jenis yang ini kerana kedua-dua sedap dimakan dengan nasi!

   Aku tahu lepas makan bawang ni, mulut dan nafas pasti rasa tak selesa dan berbau.Jadi aku amalkan petua yang aku jumpa di mana entah, aku pun dah lupa iaitu, lepas makan berulamkan bawang ni, makanlah roti putih satu dua keping atau pun 'kemam' gula pasir agak-agak sesudu hingga gula tu cair sendiri dalam mulut.

Apa?Tak de kelas makan bawang?
Profesor Diraja Ungku Aziz pun tak kisah pasal kelas kerana besarnya faedah makan bawang tu.

p/s: Okla.
Aku nak sambung buat beg duit felt Mickey  Mouse aku dulu.
Daa!