Showing posts with label cara buat bunga felt. Show all posts
Showing posts with label cara buat bunga felt. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Kelas dan Cara buat decoupage.

   Telah lama aku teringin nak mencuba seni yang ini.Tapi tak sangka yang peluang datang tanpa diduga.Telah lama benar aku tinggalkan berus-berus lukisan aku.Warna Winsor & Newton aku pun dah lama tak bersentuh.Berhabuk.Sedang aku berangan-angan untuk kembali melukis, aku terjumpa seseorang yang sangat menarik perhatian aku dengan hasil kerja tangannya.Cantik sangat!Ibarat peperiksaan, aku beri gred A+.Bila aku hubungi, tak sangka rupa-rupanya, jarak rumah kami hanya 5 minit berjalan kaki!

    Seperti yang dipersetujui, Ahad, 30 November lalu, aku pun muncul di rumahnya tepat jam 1.45 petang, sebagai seorang pelajar.Dengan bayaran yang sangat ok, semua bahan disediakan dan aku diajar dari A hinggalah Z.Selama ini ku sangkakan, lukisan 100%, tetapi rupa-rupanya adalah teknik yang diajar.Patutlah cantiknya, aduhai!Terima kasih ye cikgu.Mula-mula, cikgu aku tu terangkan cara umum ikut step agar otak aku lebih mudah terima.Kemudian, satu demi satu step diterangkan dengan sangat detail.

   Pertama kali bermain dengan glaze atau varnish, lebih-lebih lagi menggunakan tangan, aku rasa kekok sangat.Tapi setelah beberapa ketika, aku mula rasa selesa dan yakin.Hasilnya?Bolehlah untuk yang pertama kali membuat decoupage macam aku.Rambang mata melihat rumah cikgu aku tu penuh dengan pelbagai hasil kerja tangannya.Dari luar rumah hinggalah ke dapur!Dari telur ayam hinggalah gergaji kayu!Secara jujurnya, rumah begitulah yang aku inginkan.Insya Allah, target aku, bulan Jun 2015, rumah aku sekarang ni dah berubah menjadi syurga deoupage ciptaanku sendiri.Sebagai signature, aku nak blend dengan bunga-bunga felt dan cross stitch.Kalau boleh, aku nak cuba hasilkan lukisan kanvas sebagai tambahan.Cuma takut masa tak mengizinkan.Tamak ke?Taklah kan?

   Tiba-tiba teringat pula janji dengan kawan untuk belajar mengait.Seni yang satu ni memang aku jauh ketinggalan.Maklumlah kali terakhir aku mengait, aku pun dah lupa bila.Harap-harap, dapatlah aku asah semula skill mengait aku yang dah berkarat.Tapi, kena cari masa yang sesuailah.Kalau kelas decoupage aku ambil masa dari pukul 2 hingga 6 petang, kelas mengait jangan sampai ke subuh sudahlah.Cuma semua tu kena buat dalam masa cuti sekolah ni.Kalau dah mula musim sekolah, aku 'berseni' dengan anak-anak murid aku sajalah.Doakan aku dapat mencapai misi aku yang ini dalam masa cuti sekolah ni ye.


 

Inilah hasil pertama seni decoupage aku.
Aku namakan Scarlett's bouquet of life.
Ada comot sikit bahagian kanan tu kan?
Nasib baik cikgu aku tu tak reject.


Yang ini hasil yang kedua.Aku namakan My empty Happiness.
Kenapa empty? Adalah.....



Yang ni bukan decoupage ye.
Yang ini aku ambil cenkerang kekapis, aku basuh dan lukis guna Winsor & Newton.
Nampak kilat sebab aku sapu dengan Cutex.
Jadilah sebab tak de glaze.


Nampak tak yang putih tu?
Itulah kulit asal kekapis.Baru lukis je tapi belum cat.

Thursday, November 6, 2014

Big Shot untuk crafter.

   Dah lama tak upate pasal felting.Aktiviti ni masih berjalan seperti biasa cuma tak sempat je nak update.Dahlah Encik LENOVO tak bangun lagi dari koma.Esoklah hantar jumpa doktor.Masih ada warranty lagi.Bukan kena bayar pun.Berbalik pasal felting, esok nak pulun buat keychain.Kena serah pada tuannya segera.Penat memanglah tapi minat punya pasal.Kalau nak kaya tu, tak kot!Hehehe!

   Cakap pasal felting juga, alhamdulillah berkat duit tempahan felting, dapat juga aku beli Big Shot jenama Sizzix.Selain dies untuk 3D rose.Seronok menggelek buat bunga.Dah order 2nd dies tapi POSLAJU terlampau laju sampaikan hantar barang ke rumah 2 November,aku ada di rumah,kata aku tak de.Aku di bilik belakang mungkin tak dengar.Dah tu tipu pulak kata dah call.Takkan dah call tak de miss call yang masuk.5 hb aku check di pejabat, dies aku tu dah dipos balik ke Melaka!Hampeh!Laju sungguh!Kali kedua dah aku kena macam ni!

   Tapi tak pelah.Felting punya pasal, aku sanggup tunggu.Selain felting, aku ter'berkenan' pulak dengan clay.Order 20 warna dengan eyelet.Berkobar-kobar nak buat tapi harap!Bzzzz memanjang.Ada tak de pun cuti sekolah nilah baru start enjin.Tu pun kalau ada masa.Hmm... Sabar jelah walau pun dah terbayang hasil clay yang aduhai indah tu.

   Aku ni tamak juga rupanya.Teringin juga nak balik hobi asal, painting.Kanvas last yang aku beli entah mana aku campak.Berus lukisan dah berzaman tak berusik.Harap-harap, warna yang ada masih belum expired.Tu tak campur cross stitch yang lama aku beli tapi tak sentuh-sentuh.Alahai!Ampunkanlah aku!Sibuk-sibuk pun ada hati juga aku nak bake cakes.Lama beno rasanya oven aku sejuk.Tak pun teringin juga nak buat pavlova.Dah ingat-ingat lupadah.Huhuhu!Kesiannya aku!


Dah lama tak buat kotak macam ni.



SIZZIX BIG SHOT n dies masa baru sampai.

Oklah.Nak sambung buat kerja lagi.
Da!!!


Wednesday, November 14, 2012

Pencil Case Felt untuk Cik Pensil

   Aku janji dengan Cik Pensil nak poskan tempahan pencil case felt yang ditempah pada 15 hb.Tapi, esok kan cuti?Iye tak?jadi, kalau sempat dan tak de apa-apa aral, aku akan poskan hari ni.Harap-harap Cik pensil sukalah ye.




Saiz : 20 cm x 7 cm
Harga : Mulai RM10, ikut design.



Saturday, September 29, 2012

Keychain felt untuk Jemari Suri

   Tempahan felt tetap macam biasa walau pun terpaksa selang seli dengan tidur lepas makan ubat.Terkini, aku terima tempahan dari Jemari Suri iaitu keychain nama.Baru siap separuh dan masih belum diletakkan keychain lagi.Mudah-mudahan JS yang baik hati, berpuas hati dengan hasil kerja tangan aku ni.JS juga pernah menempah beg duit felt.Kalau  keychain ni tak ok, beritahu tau JS!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni contoh beg duit felt yang JS tempah
Keychain belum smepat pasang.
-
-
-
-
-



Nilah keychain tempahan JS.
Belum sempat pasang keychain lagi.

-
-
-
-


Untuk brooch, ada contoh di SINI.


Tuesday, July 3, 2012

Sambung buat beg duit felt...

   Oleh kerana tadi sibuk blogwalking dan tak sempat langsung nak sambung buat beg duit felt tempahan yang ada tu, hari ni balik sekolah, aku mesti cepat-cepat buat.Terlanjur mood masih ada.Kang dibuatnya aku malas kang, dok mengadap ASTRO jelah kerja aku.Lepas siap satu atau dua beg tu, barulah seronok nak menyemak buku sekolah budak-budak!!!Jom menjahit jom!

-
-
-
-







Antara contoh yang dah ditempah.
Untuk design lain, klik di side bar tu.

Opps!
Kek pun ada tempahan.
-
-
-
-
-

Sunday, July 1, 2012

Gam makan jari.

   Sedang aku asyik tunggu gam dari glue gun aku menitik untuk tampal mata itik di beg duit felt yang ditempah, tiba-tiba, setitik besar gam tu jatuh atas jari telunjuk tangan kiri aku!Panik punya pasal, aku pun cepat-cepat 'sapu' gam tu.Ingatkan bolehlah tanggal tanpa masalah!Tau-tau dengan kulit jari telunjuk aku sekali tertanggal!Sakitnya yang amat sangat!Nasib baiklah ada minyak gamat dan aku pun sapu cepat-cepat!Tapi, alhamdulillah, hari ni siap lagi 9 tempahan.Ada 3 tempahan beg duit lagi dan 2 tempahan keychain.Harap-harap, esok siap dan dapat aku poskan.Juga keychain dan kek yang aku buat untuk Deno yang dah 2 bulan tertangguh! Oh ya!Satu lagi perlu aku siapkan iaitu untuk hantaran adik aku si AFJ Toyek tersayang yang akan bertunang pada 14 Julai ni.Doakan aku sihat ye!

-
-
-
-
-
Inilah antara beg yang berjaya aku siapkan!








Masa nak tampal mata itik nilah, kulit jari aku tertanggal!
Aduh!Sakitnya!!!





Sunday, May 6, 2012

Cup cake felt .Ala.....


     Orang lain buat cup cake betul.Aku buat cup cake felt.Bukan sebab tak sempat, tapi sebab nak jaga badan.Dah kira obese dah ni.First time buat cup cake felt.Rasa tak berapa jadi.Tak pelah, esok aku try lagi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ala... tak cantiklah...

Kek  yang sebelum ni, kek keladi dan red velvet cantik.
Tak caya, klik SINI.

Buat sementara, aku stop dulu buat beg duit.
Kalau keychainbrooch,hair clip, dan cekak rambut boleh buat sambil blogging.
Sambil menyelam minum air kata orang.


Oklah.Aku nak sambung tengok Harry Porter di Channel 5 Media Corp ni.
   

Friday, April 20, 2012

Tak sabarnya nak buat...

Bilalah aku nak balik rumah ni...
Tak sabar nak buat ni...


... dan ini


( Ni gambar Google)

...ini




( Gambar pinjam Google )


( Gambar pinjam Google )


( Gambar pinjam Google )

Dan macam-macam lagilah....

Wednesday, March 21, 2012

Bunga felt dan SPM

   Hari ini, tak de apa yang aku buat.Tergolek dari malam semalam, bangun sekejap untuk ke klinik dan ambil mc.Kemudian, tergolek lagi.Pain killer pun dah tak sudi hilangkan migrain aku.Aku dah cuba macam-macam cara tapi makin kerap pula dia datang.Dahlah hari ni keputusan SPM diumumkan dan aku teringin sangat berjumpa dengan anak-anak murid kesayanganku terutama budak-budak band.Tapi, apa bolehku buat.Ini pun seribu rahmat kerana aku boleh bangun walau pun orang lain dah nak masuk tidur!

   Alang-alang aku dah bangun ni, baik aku publish gambar brooch felt yang aku reka tapi belum sempat aku abadikan di blog aku ni.Mudah-mudahan, esok, aku lebih sihat dan boleh menyiapkan beberapa lagi tempahan yang ada.Sambil tu, aku jenguk-jenguk FB dan seperti yang dijangka, banyak status tentang SPM.Aku bersyukur sangat kerana ramai yang berjaya dan ada juga yang mendapat straight A.Oklah...tengok gambar ye!


 

Antara anak muridku yang berjaya cemerlang.
7A2B walau pun tahun lepas, time nak exam masih sibuk lagi dengan band practice.
Teacher angkat topi!
Tahniah ye Yong
Moga dapat segera ke universiti.

Ok.Sekarang aku share brooch felt yang aku sebut tadi.


Biasanya 5 petals, yang ni 6.
-
-
-


Yang ni RM3 tiap satu.Yang biru tu double layer.

-
-
-
-
-
-

Antara yang dah siap dan sedia untuk dihantar
-
-
-
-
-



Yang ni tunggu untuk dipack.

Kalau ada yang sudi nak menempah,
sila ke SINI ye.



Monday, March 19, 2012

Akhirnya...

Siap juga akhirnya tempahan 20 biji(?) brooch @ keronsang yang ditempah.
Esok, bolehlah aku berikan...
Niat hati nak blogging,
tapi letih yang amat.
Maka esoklah aku blogging ye.
-
-
-
-
-
-


Jangan jemu datang selalu.

Saturday, March 17, 2012

Hasil tengok Raja Lawak 6.(Siapa kata takde hasil?)

Sambil tengok Raja Lawak 6 malam tadi,
aku sempat buat brooch-brooch ni.
Gelak,gelak juga tapi masa tak baik dibuang sia-sia.
Jemputlah tengok!
-
-
-
-
-
-
-
-
Seronok juga buat benda ni...
-
-
-
-


Ni kira brooch bunga kekwa le ni...

-
-
-
-



Ni pun bunga kekwa juga.
-
-
-
-
-



Ni bunga apa ye?
Emmmm...
Tak kisahlah Labu.
Hentam sajalah.
Janji bunga.
Kalau ada yang nak beli, bunga kekwa tu RM4 dan yang 'hentam sajalah tu RM3.
Jenis kain, biasalah ...felt. 

Untuk tempahan dan contoh, 
sila ke SINI.

Ops!Ops! Nak tambah sikit...
Aku suka Shiro menang Raja Lawak 6.
Bukan sebab dia orang anak Johor,
tapi sebab lawak dia orang malam tadi terutama yang jadi YB tu,
lawak berisi.
Penuh sindiran.

p/s: Tengok tak Cinta Tampal?
Budak Shiro ada dalam tu
Pegang watak penting lagi.



Friday, March 16, 2012

Brooch kekwa felt dan lapis

Tada!!!!!!
Rekaan terkini aku...


Brooch kekwa
Saiz : 2 inci
Harga :RM4 setiap satu



Saiz : 2 inci
Harga : RM4