Showing posts with label bunga felt. Show all posts
Showing posts with label bunga felt. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Felt bekas pensel



Saiz : 20 cm x 7 cm
Harga : Mulai RM10 ( ikut bunga dan corak)

Bunga dan pensel tu pun felt.

Contoh-contoh lain seperti cekak rambut, brooch, keychain dan kek felt,
boleh klik gambar di side bar.

Saturday, March 31, 2012

Keychain felt pulak.

Sambil tunggu order baru dari Kota Tinggi,
aku siapkan dulu keychain di bawah tu.



Keychain Bear bawa beg.
RM4




Keychain love purple ni aku buatkan untuk blogger Dayang Deno.
Niat hati nak beri masa balik terengganu baru-baru ni, tapi Deno takde sebab ke KL.
Takpelah.Aku poskan je nanti.
Yang ni kalau ada nak tempah, RM4 juga.




Samalah juga, RM4.



Keychain ni aku buatkan khas untuk anak buah aku Mahira Fatnin Mohd Za'aid.
Mudah-mudahan dapat menghiburkan hatinya yang kehilangan ibu baru-baru ni.
Kalau ada sesiapa nak tempah pun boleh.
RM4 juga.




Keychain ni nampak pelik sikit.Ada gambar lembu.
RM4 je.



Keychain ni aku buat mengikut kehendak anak murid aku yang menempah.
RM4 juga.



Keychain Ladybird ni ramai pulak yang berkenan.
Sekejap lagi aku nak buat bentuk yang lebih kurang sama tapi sebagai brooch / sepit tudung.
Keychain ni pun RM4.



 Contoh-contoh lain dan harga, boleh rujuk di bawah.


Opps!Untuk cekak rambut aku lupa nak letak link di sidebar.Nantilah bila ada masa aku buat.







Wednesday, March 21, 2012

Bunga felt dan SPM

   Hari ini, tak de apa yang aku buat.Tergolek dari malam semalam, bangun sekejap untuk ke klinik dan ambil mc.Kemudian, tergolek lagi.Pain killer pun dah tak sudi hilangkan migrain aku.Aku dah cuba macam-macam cara tapi makin kerap pula dia datang.Dahlah hari ni keputusan SPM diumumkan dan aku teringin sangat berjumpa dengan anak-anak murid kesayanganku terutama budak-budak band.Tapi, apa bolehku buat.Ini pun seribu rahmat kerana aku boleh bangun walau pun orang lain dah nak masuk tidur!

   Alang-alang aku dah bangun ni, baik aku publish gambar brooch felt yang aku reka tapi belum sempat aku abadikan di blog aku ni.Mudah-mudahan, esok, aku lebih sihat dan boleh menyiapkan beberapa lagi tempahan yang ada.Sambil tu, aku jenguk-jenguk FB dan seperti yang dijangka, banyak status tentang SPM.Aku bersyukur sangat kerana ramai yang berjaya dan ada juga yang mendapat straight A.Oklah...tengok gambar ye!


 

Antara anak muridku yang berjaya cemerlang.
7A2B walau pun tahun lepas, time nak exam masih sibuk lagi dengan band practice.
Teacher angkat topi!
Tahniah ye Yong
Moga dapat segera ke universiti.

Ok.Sekarang aku share brooch felt yang aku sebut tadi.


Biasanya 5 petals, yang ni 6.
-
-
-


Yang ni RM3 tiap satu.Yang biru tu double layer.

-
-
-
-
-
-

Antara yang dah siap dan sedia untuk dihantar
-
-
-
-
-



Yang ni tunggu untuk dipack.

Kalau ada yang sudi nak menempah,
sila ke SINI ye.



Friday, March 16, 2012

Brooch kekwa felt dan lapis

Tada!!!!!!
Rekaan terkini aku...


Brooch kekwa
Saiz : 2 inci
Harga :RM4 setiap satu



Saiz : 2 inci
Harga : RM4

Monday, January 16, 2012

Smurf kain felt

   Dalam sibuk dengan kerja sekolah dan macam-macam lagi ni, aku terima beberapa tempahan untuk beg duit dan cekak rambut menggunakan kain felt.Mudah-mudahan dapat aku siapkan segera.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kali ni tempahan warna biru pulak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Beg duit tema Angry Bird aku dah pernah buat.
Taklah susah sangat.

-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tapi beg duit tema Smurf ni, aku kena cari ilham dulu...

-
-
-
-
-


Ni yang aku siapkan minggu lepas...