Showing posts with label Tempahan kraft felt. Show all posts
Showing posts with label Tempahan kraft felt. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Tok pun tempah beg duit felt.

   Baru je terima surat dari Kota Tinggi.Surat dari kakak aku tersayang yang disertakan dengan 10 tempahan untuk beg duit.Sehari dua ni memang tak sempatlah aku nak buat.Mana nak buat audit akademik, nak menyemak buku anak-anak murid aku, nak buat modul, nak lengkapkan fail panitia untuk SPSK dan macam-macam lagi.Tambah dengan kesihatan aku yang macam yoyo sekarang ni.Tapi, hujung minggu, insyaallah akan aku siapkan.Tempahan diterima daripada :

1.   Syarifah Syaima - warna pink ( umur 3 tahun) 
2.   Syarifah Safia - warna kuning ( umur 2 tahun )
3.   Afifah - warna biru ( umur 5 tahun.Tema : Angry Bird )
4.   Maisarah - Warna pink ( umur 5 tahun.Tema : Angry Bird )
5.   Aysar ( budak lelaki ) - Warna hijau (Umur 7 tahun)
6.   Aisyah - Warna pink ( Umur 8 tahun )
7.   Nur Izzah - Warna kuning ( Umur 9 tahun )

      - Semua nak beg duit felt macam yang biasa aku buat.Ada keychain sekali.Kalau budak    
      perempuan keychain love.Kalau budak lelaki, nak letak keychain apa ye?

8.   Chila - Warna biru ( Umur 38 tahun )
9.   Pinas - Warna kuning ( Umur 40 tahun )
10. Tok   -  Warna merah ( Umur tak dinyatakan tapi tok ni nenek budak-budak kat atas tu)

      - First time nak buat untuk orang dewasa.Agak-agak apa tema yang sesuai ye? Tok nak 
      saiz besar sikit dari yang lain-lain.

Contoh beg duit felt boleh intai di SINI.




Contoh tema Angry Bird.

Contoh keychain felt boleh jenguk di SINI.
Contoh brooch felt selak di SINI.
Contoh kotak serbaguna berbentuk kek sila singgah SINI.

Kalau semua ok, tambah 2 lagi tempahanbeg duit daripada Najhan Azima.
1. Angry Bird (No.4 / tukar ke background merah) untuk ALYA
2.Angry Bird ( No.7 ) untuk Damia Uzma.


2 tempahan brooch kekwa warna purple dan 1 keychain Ladybird sedang dalam proses.

Saturday, March 31, 2012

Keychain felt pulak.

Sambil tunggu order baru dari Kota Tinggi,
aku siapkan dulu keychain di bawah tu.



Keychain Bear bawa beg.
RM4




Keychain love purple ni aku buatkan untuk blogger Dayang Deno.
Niat hati nak beri masa balik terengganu baru-baru ni, tapi Deno takde sebab ke KL.
Takpelah.Aku poskan je nanti.
Yang ni kalau ada nak tempah, RM4 juga.




Samalah juga, RM4.



Keychain ni aku buatkan khas untuk anak buah aku Mahira Fatnin Mohd Za'aid.
Mudah-mudahan dapat menghiburkan hatinya yang kehilangan ibu baru-baru ni.
Kalau ada sesiapa nak tempah pun boleh.
RM4 juga.




Keychain ni nampak pelik sikit.Ada gambar lembu.
RM4 je.



Keychain ni aku buat mengikut kehendak anak murid aku yang menempah.
RM4 juga.



Keychain Ladybird ni ramai pulak yang berkenan.
Sekejap lagi aku nak buat bentuk yang lebih kurang sama tapi sebagai brooch / sepit tudung.
Keychain ni pun RM4.



 Contoh-contoh lain dan harga, boleh rujuk di bawah.


Opps!Untuk cekak rambut aku lupa nak letak link di sidebar.Nantilah bila ada masa aku buat.