Showing posts with label contoh-contoh kraf felt. Show all posts
Showing posts with label contoh-contoh kraf felt. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Frustrated felt

   Orang lain tengah mabuk dengan durian crepe, tapi aku mabuk dengan felt.Banyak jugalah tempahan nak disiapkan.Walau pun penat dan betul-betul mencuri masa aku,sampai tak sempat nak lipat baju,padahal aku memang malas tahap gaban bab lipat baju ni.Beli baju tak pe.Tapi, sekurang-kurangnya, dengan menyiapkan tempahan felt ni, dapat juga menghiburkan hatiku yang lara.Aku khuciwaa....wa..wa..Tu yang aku bagi tajuk frustrated felt tu.

   AAHHHH!!!!Lantaklah.Malas aku nak fikir.Yang penting, aku kena kuatkan tekad, tetapkan iman, tingkatkan kesabaran, tingkatkan iman, penuhkan kocek, banyakkan blogging hehehehe, selalu blogwalking hahahaha and be a better me.Mudah-mudahan, setiap kesakitan yang datang, diberi ganjaran kebaikan... Hu hu hu wa wa....

    Oleh kerana aku tengah sedih, airmata je mengalir dalam hati, meh kita tengok gambar frustrated felt yang aku sempat siapkan sehari dua ni.Lepas tu, aku nak jalan-jalan baca entry aka blogwalking ...Jom!
-
-
-
-
-
-
Yang ni aku buat untuk adik aku, Nisa'.


Ni tempahan anak murid.Idayu namanya.



Yang ni tempahan cikgu sekolah di Kota Tinggi.


Ni pulak tempahan blogger Cik Pensil.

Ni tempahan jiran depan rumah mak.

Hu hu hu
wa wa wa
-
-
-
-
-
Aku masih sedihlah...

Sudah cukup cukup sudah
cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja.....





Monday, June 18, 2012

Tok pun tempah beg duit felt.

   Baru je terima surat dari Kota Tinggi.Surat dari kakak aku tersayang yang disertakan dengan 10 tempahan untuk beg duit.Sehari dua ni memang tak sempatlah aku nak buat.Mana nak buat audit akademik, nak menyemak buku anak-anak murid aku, nak buat modul, nak lengkapkan fail panitia untuk SPSK dan macam-macam lagi.Tambah dengan kesihatan aku yang macam yoyo sekarang ni.Tapi, hujung minggu, insyaallah akan aku siapkan.Tempahan diterima daripada :

1.   Syarifah Syaima - warna pink ( umur 3 tahun) 
2.   Syarifah Safia - warna kuning ( umur 2 tahun )
3.   Afifah - warna biru ( umur 5 tahun.Tema : Angry Bird )
4.   Maisarah - Warna pink ( umur 5 tahun.Tema : Angry Bird )
5.   Aysar ( budak lelaki ) - Warna hijau (Umur 7 tahun)
6.   Aisyah - Warna pink ( Umur 8 tahun )
7.   Nur Izzah - Warna kuning ( Umur 9 tahun )

      - Semua nak beg duit felt macam yang biasa aku buat.Ada keychain sekali.Kalau budak    
      perempuan keychain love.Kalau budak lelaki, nak letak keychain apa ye?

8.   Chila - Warna biru ( Umur 38 tahun )
9.   Pinas - Warna kuning ( Umur 40 tahun )
10. Tok   -  Warna merah ( Umur tak dinyatakan tapi tok ni nenek budak-budak kat atas tu)

      - First time nak buat untuk orang dewasa.Agak-agak apa tema yang sesuai ye? Tok nak 
      saiz besar sikit dari yang lain-lain.

Contoh beg duit felt boleh intai di SINI.




Contoh tema Angry Bird.

Contoh keychain felt boleh jenguk di SINI.
Contoh brooch felt selak di SINI.
Contoh kotak serbaguna berbentuk kek sila singgah SINI.

Kalau semua ok, tambah 2 lagi tempahanbeg duit daripada Najhan Azima.
1. Angry Bird (No.4 / tukar ke background merah) untuk ALYA
2.Angry Bird ( No.7 ) untuk Damia Uzma.


2 tempahan brooch kekwa warna purple dan 1 keychain Ladybird sedang dalam proses.

Saturday, February 25, 2012

Nasib seorang blogger

   Kesian dia..
Jam dah pukul 10.35 pagi.
Konon kata nak blogging pagi-pagi.
Almaklumlah, blogger tegar!
Tapi dengan pinggan mangkuk bertimbun yang minta dibelai
kain baju berlonggok minta disidai
Perut menyanyi keroncong minta diisi...
Terpaksalah dia melupakan hasrat blogging.
Buka blog, tengok visitor..
ala.... berapa je baru sudi datang jenguk!
Maka makin susah hatilah dia.
Tapi,
tanggung jawab pada keluarga mesti ditunaikan dulu.
Insyaallah..
kalau ikhlas,
Allah akan permudahkan segala urusan selepas ini sama ada...
 nak blogging ke,
nak menjahit ke,
nak buat beg duit felt ke,
nak itu, nak ini
dan macam-macam lagi.

Yang pasti,
sekarang adalah masa untuk berperang
dengan periuk dan belanga
kerana sebentar lagi,
masa untuk makan tengah hari.

Alamak!!!
Teringin pula nak makan kek untuk minum petang!

Fuhhh!

( 'DIA' di atas adalah aku )




kenapalah kau goda aku lagi???

Friday, February 24, 2012

Beg duit felt Mickey Mouse

Tada!!!!
Dah pun siap...
Beg duit felt Mickey Mouse
tempahan cinonet bernama Alyaa
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Bahagian belakang
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Bahagian depan.
Warna dan design semua budak Alyaa tu yang tentukan sendiri.
Dengan saiz 3 " x 5", harga RM10 aku rasa ok kan?



Tuesday, February 7, 2012

Fuh!!!!Akhirnya siap juga!

Setelah puas berhempas pulas,
akhirnya siap juga tempahan kraft felt beg duit The Smurfette ni.
-
-
-
-
-
-
Sekejap lagi,bolehlah aku mengemas rumah
sambil menunggu masa untuk blogging malam nanti.
-
-
-
-
-
-
-



-
-
-
-


Bahagian belakang.

Terima kasih Allah,
kerana mempermudah urusanku.

Dah siap!!!!

Beg duit felt Angry Bird terkini...
-
-
-
-


Ni bahagian belakang.
Jahitan nampak macam senget pulak dalam gambar.
Yang betul, tak pulak!
-
-
-
-


Ni bahagian depan.
Harap-harap Cik Nisa puas hati ye!
Kejap lagi nak buatkan untuk Cik Aishah pulak.

Sunday, February 5, 2012

Banyaknya tempahan.... alhamdulillah...

   Cerita tentang felt lagi.Tak sangka, banyak juga tempahan untuk kraf felt aku.Beg duit, keychain, beg, kad matrik, frame gambar, cekak rambut, pouch untuk handset dan bekas pen.Insyaallah, walau pun sibuk, aku akan cuba siapkan semuanya.... Mudah-mudahan, urusanku dipermudahkan... Amin....

Contoh-contoh yang dah siap...

























... dan macam-macam lagilah....