Showing posts with label hasil kraf felt. Show all posts
Showing posts with label hasil kraf felt. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Frustrated felt

   Orang lain tengah mabuk dengan durian crepe, tapi aku mabuk dengan felt.Banyak jugalah tempahan nak disiapkan.Walau pun penat dan betul-betul mencuri masa aku,sampai tak sempat nak lipat baju,padahal aku memang malas tahap gaban bab lipat baju ni.Beli baju tak pe.Tapi, sekurang-kurangnya, dengan menyiapkan tempahan felt ni, dapat juga menghiburkan hatiku yang lara.Aku khuciwaa....wa..wa..Tu yang aku bagi tajuk frustrated felt tu.

   AAHHHH!!!!Lantaklah.Malas aku nak fikir.Yang penting, aku kena kuatkan tekad, tetapkan iman, tingkatkan kesabaran, tingkatkan iman, penuhkan kocek, banyakkan blogging hehehehe, selalu blogwalking hahahaha and be a better me.Mudah-mudahan, setiap kesakitan yang datang, diberi ganjaran kebaikan... Hu hu hu wa wa....

    Oleh kerana aku tengah sedih, airmata je mengalir dalam hati, meh kita tengok gambar frustrated felt yang aku sempat siapkan sehari dua ni.Lepas tu, aku nak jalan-jalan baca entry aka blogwalking ...Jom!
-
-
-
-
-
-
Yang ni aku buat untuk adik aku, Nisa'.


Ni tempahan anak murid.Idayu namanya.



Yang ni tempahan cikgu sekolah di Kota Tinggi.


Ni pulak tempahan blogger Cik Pensil.

Ni tempahan jiran depan rumah mak.

Hu hu hu
wa wa wa
-
-
-
-
-
Aku masih sedihlah...

Sudah cukup cukup sudah
cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja.....





Wednesday, November 14, 2012

Pencil Case Felt untuk Cik Pensil

   Aku janji dengan Cik Pensil nak poskan tempahan pencil case felt yang ditempah pada 15 hb.Tapi, esok kan cuti?Iye tak?jadi, kalau sempat dan tak de apa-apa aral, aku akan poskan hari ni.Harap-harap Cik pensil sukalah ye.




Saiz : 20 cm x 7 cm
Harga : Mulai RM10, ikut design.



Saturday, August 4, 2012

Tempahan tanda nama felt.

   Sambil mengemas, sambil blogging, sambil dengar Sinar, sambil baca surat khabar dan sambil buat name tag felt.Kebetulan ada 10 tempahan name tag guna kain felt ni.Satu huruf 30 sen je dah tu tambah harga tapak 60 sen.Nampak mudah buat benda ni tapi kalau kombinasinya tak menarik, hasilnya pun tak menarik. Yang dah siap, lupa pulak nak upload gambar.Felt yang lain, boleh klik di side bar tu ye.