Wednesday, November 21, 2012

Frustrated felt

   Orang lain tengah mabuk dengan durian crepe, tapi aku mabuk dengan felt.Banyak jugalah tempahan nak disiapkan.Walau pun penat dan betul-betul mencuri masa aku,sampai tak sempat nak lipat baju,padahal aku memang malas tahap gaban bab lipat baju ni.Beli baju tak pe.Tapi, sekurang-kurangnya, dengan menyiapkan tempahan felt ni, dapat juga menghiburkan hatiku yang lara.Aku khuciwaa....wa..wa..Tu yang aku bagi tajuk frustrated felt tu.

   AAHHHH!!!!Lantaklah.Malas aku nak fikir.Yang penting, aku kena kuatkan tekad, tetapkan iman, tingkatkan kesabaran, tingkatkan iman, penuhkan kocek, banyakkan blogging hehehehe, selalu blogwalking hahahaha and be a better me.Mudah-mudahan, setiap kesakitan yang datang, diberi ganjaran kebaikan... Hu hu hu wa wa....

    Oleh kerana aku tengah sedih, airmata je mengalir dalam hati, meh kita tengok gambar frustrated felt yang aku sempat siapkan sehari dua ni.Lepas tu, aku nak jalan-jalan baca entry aka blogwalking ...Jom!
-
-
-
-
-
-
Yang ni aku buat untuk adik aku, Nisa'.


Ni tempahan anak murid.Idayu namanya.



Yang ni tempahan cikgu sekolah di Kota Tinggi.


Ni pulak tempahan blogger Cik Pensil.

Ni tempahan jiran depan rumah mak.

Hu hu hu
wa wa wa
-
-
-
-
-
Aku masih sedihlah...

Sudah cukup cukup sudah
cukup sampai di sini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja.....





1 comments:

Unknown said...

Amboi Teacher SO..sakan buat felt..sudahlah, jangan diikut sangat perasaan kuciwa tu..tak elok tau..nanti muka cepat kedut..jatuh pulak saham..kak zan tak tau!

Post a Comment