Kalau anda selalu ke FB atau blog aku, tentu anda perasan yang aku suka giler pada kucing.Kalau boleh, tiap-tiap entry aku nak cerita pasal kucing.Bila tengok kucing-kucing yang gemuk dan gebu tu, apatah lagi dengan mata yang biru atau hijau, aku rasa seronok sangat.Marah pun boleh jadi hilang.Kira macam terapi untuk aku.Bukan setakat kucing bersih, cantik dan gebu je tapi bila tengok kucing terbiar pun aku rasa suka sangat.
Tapi masalahnya.... hu hu hu..... masalahnya wa ...wa ...wa .... masalahnya ...sob..sob... sob... aku tak boleh langsung sentuh kucing!Bila aku sentuh je, macam ada apa entah bendaalah yang merayap ke seluruh muka aku.Kemudian menjalar ke seluruh badan terutama tangan.Mulalah merah-merah, gatal-gatal, bengkak, atau kesan macam digaru akan kelihatan.Lebih teruk lagi, mulalah aku bersin tak henti-henti dan diikuti dengan tanda-tanda flu atau selsema ( sama ke?) Hinggalah peringkat paling teruk, sakit kepala.
Selama ni, bila terasa nak bermanja dengan si Panji, satu-satunya kucing hero aku tu, aku terpaksa telan ubat yang aku beli di farmasi.Tapi, sampai bila?Jadi, aku nak mintak tolong sungguh-sungguh, langsung aku tak melawak tau!, bagi sesiapa yang tahu petua nak hilangkan alergi atau alahan aku tu, silalah kongsi dengan aku.Kasihanilah diriku ini. :( Satu lagi alahan aku adalah , tak boleh lansung makan sotong kalau tak nak tumbuh bisul-bisul kecil ( jerawat batu?) di muka.Makan udang atau ikan kering pulak akan buat aku bersin tak henti-henti!Sampai terkujat-kujat! :(
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kesian si Panji.
Merajuk aku bagi makan tapi tak pegang dia langsung!
Dahlah bagi terus dalam bekas besar gedabak tu.
1 comments:
awak ni saya rasa ada resdung ni...tak try berubat ke???
Post a Comment