Aku mula menulis dairi masa umur aku 10 tahun.Macam-macam aku tulis.Walau pun budak umur 10 tahun biasanya masih main teng teng, tapi aku dah ada hobi sendiri, iaitu menulis.Macam-macam aku tulis.Sajak, gurindam, cerpen dan macam-macam lagi.Sampailah umur aku 13 tahun, aku masih lagi menulis dairi.
Tapi, suatu hari, kakak aku yang sulung, telah mencuri baca dairi aku!Cis!Aku hot betul masa tu.Melalak-lalak aku menangis!Dahlah dia curi baca, dia ketawakan aku pulak!Biasalah budak umur 13 tahun.Baru pandai nak terima surat cinta.Zaman akulah tu.Zaman sekarang, 13 tahun dah boleh menikah.Aku pun bendul juga sebab tulis semua tentang budak lelaki tu dalam dairi aku.Ala... Bukan tulis apa pun.Tapi, zaman aku dulu, jangankan nak tulis pasal kisah cinta ke ada hati pada seseorang ke, nak lukis bentuk 'love' pun malu.Budak sekarang, tak tau malu! Hahaha....Ops!balik pada cerita aku tadi, lepas kakak aku gelakkan aku punyalah baik sebab konon 'ada pak we', aku pun tobat tak nak tulis dairi lagi sampailah sekarang!Punyalah aku tobat!
Bila dah agak 'keras tebu' macam sekarang, jangankan nak beli dairi bila masuk tahun baru, terfikir nak beli dairi pun tak!Apatah lagi dengan ada blog ni.Walau pun tak seberapa, di sinilah aku mencoretkan segala yang terbuku di hati.Of Courselah aku tapis.Kan public ni.Agak-agaklah, relevan lagi ke menulis dairi di tahun 2013 nanti?Tak ketinggalan zaman ke?
Gambar dairi pun takde...
Zaman dulu nak lukis bentuk ni pun malu tau!
0 comments:
Post a Comment